Showing posts with label Testimoni Vivix untuk kulit. Show all posts
Showing posts with label Testimoni Vivix untuk kulit. Show all posts

Saturday 1 August 2020

Kesan Selepas Ambil 1 Botol Vivix

Vivix merupakan produk bestseller Shaklee. Walaupun harganya agak premium, namun bila dah rasa kesannya, orang dah tak kisah dengan harganya. Pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan.

Saya nak share cerita saya sendiri bila ambil sebotol Vivix. Pertama, dapat membuang lebih lancar. Najis agak kehitaman berbanding biasa. Sebab Vivix ni juga agen detox. Maaf jika ada yang berasa jijik. Kalau boleh nak cerita secara detail. Mana tahu berguna untuk mereka yang belum lagi cuba Vivix. 

Kedua, kulit lebih lembap dan kemerah-merahan. Bila tengok tapak tangan, memang nampak yang kulit tu lembap dan bersinar. Berbanding sebelum ni. Nampak sedikit pucat. Mungkin sebab pengaliran darah lebih lancar ke seluruh badan. Tapak tangan dan jari juga rasa lembut je, berbanding sebelum ni rasa kasar. 

Ketiga, muka lebih glowing. Yang ni berkait dengan point kedua di atas. Sebelum ni, kulit muka saya agak kusam. Lepas ambil Vivix, nampak lebih glowing, lebih bermaya dan kemerah-merahan. 

Keempat, parut jerawat dan jeragat semakin pudar. Hilang terus tu tak la. Sebab jeragat ni bukan senang nak hilang. Kena rawat daripada akarnya iaitu lapisan kulit di sebelah dalam. Tentang parut jerawat pula, memang dari dulu lagi masalah ni tak hilang-hilang. Alhamdulillah makin kurang lepas habis 1 botol Vivix ni. 

Kelima, biji kolesterol atau milia seed di pipi dah berkurangan. Yang ni saya tak pasti sebenarnya. Sama ada milia seed atau biji kolesterol. Tapi rasanya milia seed sebab warnanya putih. Biasanya, bila sentuh pipi sebelah kanan, dekat dengan mata, memang dapat rasa biji-biji  tu. Tapi lepas ambil Vivix, kulit lebih licin dan tinggal 1,2 je milia seed. 

Keenam, tiada lagi tumit kasar. Macam point kedua juga, kulit kat kaki juga lebih lembap. Jadi tiada lagi tumit kasar. Saya memang tak rajin nak sapu losyen bagai. Tapi sekarang saya dah tau. Tak perlu pakai losyen pun bila dah minum Vivix. 

Ketujuh, rasa lebih bertenaga. Sebelum ni, kalau naik tangga rumah saya yang berada di tingkat 5 tu, memang kena berhenti sekejap tengah jalan tu. Ambil nafas. Bila ambil Vivix, boleh naik straight je. Tak payah berhenti. Wow! Amazing. Memang best. 

Kelapan, lemak di sekitar pinggang dah berkurangan. Perut juga semakin kempis bila ambil Vivix. 

Nak rasai kesan Vivix yang awesome ni, boleh hubungi Kamilah Mustapa - 0139243387




Friday 25 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Kulit


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 9: ZAINAH MUKHTAR

KULIT MUKA SEMAKIN CERAH SEKATA SELEPAS AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum. Nama saya Zainah Mukhtar. Saya pengguna dan juga pengedar vitamin Shaklee. Saya dah makan hampir semua vitamin shaklee sejak 2 tahun lalu, ada 4-5 jenis yang belum. Vivix adalah yang terbaru saya cuba. Sebelum ni memang selalu tengok kawan-kawan dan pelanggan jer yang bercerita tentang keberkesanan vivix ni. Terdetik juga dalam hati, satu hari aku mesti cuba vivix.

Dipendekkan cerita, saya dapat sebotol vivix hasil daripada bermain kutu. Sebab vivix ni agak mahal untuk saya sebagai seorang surirumah, jadi nak cuba punya pasal main kutu vivix la.

Sebelum minum vivix saya memang dah amalkan vitamin-vitamin lain juga seperti ESP, VITA C, VITA E, B COMP, OSTEMATRIX, GLA, ALFALFA dan beberapa lagi. Setiap hari memang ambil vitamin2 ni semua. Saya ambil untuk menjaga kesihatan dan untuk kecantikan.

Saya teruja sangat dengan vivix ni. Saya nak buat 'eksperimen' kat diri sendiri. Sebelum ni ramai dah cakap vivix ni best, vivix ni vivix tu, jadi tiba masa saya pula nak cuba.

Saya berhenti ambil vitamin2 yang lain kecuali ESP 3 hari sebelum minum vivix. Saya dengan ESP ni kawan baik, waktu sarapan mesti minum segelas ESP. Saya jarang ambil sarapan yang berat2, cukup segelas ESP untuk memberi saya rasa kenyang dan tenaga sehingga waktu makan tengahari.

Maka saya cuba vivix satu sudu kecil buat permulaan selama 3 hari. Selepas 3 hari saya ambil 1 sudu besar pula. Saya mula perasan ada perubahan bila saya tengok cermin selepas bangun tidur. Wow!! Sangat luar biasa kesan vivix ni, kulit wajah saya nampak lembap dan pori2 terbuka dah berkurang. Lepas seminggu tona kulit dah nampak makin lebih sekata dan semakin cerah. Saya senyum sorang2 depan cermin, seronoknyaaa.

Sekarang barulah saya percaya yang vivix ni betul-betul memberi kesan untuk awet muda. Sebelum ni macam kurang percaya sebab tak cuba sendiri.

Saya memang takde pakai krim kecantikan. Krim malam Nutri White yang saya pakai sebelum ni pun dah lama habis sebelum saya minum vivix.

Jadi saya sangat syorkan pada semua yang nak wajah awet muda tapi malas nak makan vitamin banyak-banyak atau nak tepek krim siang malam, elok sangat minum vivix 1 sudu sebelum tidur. Bangun pagi tengok cermin mesti senyum sorang-sorang.

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tak cuba maka tak tahu. Begitulah dengan vivix, mesti kena cuba sendiri.

Itulah kesan vivix kepada saya. Terima kasih Shaklee, terima kasih Supermom Shaklee Story.




ATAU

Untuk pertanyaan dan order hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.