- SAKIT PINGGANG - Sakit pinggang merupakan simptom yang paling biasa bagi penyakit buah pinggang. Ia mungkin berlaku pada sebelah kanan atau sebelah kiri sahaja. Bila di peringkat yang lebih teruk ia akan menyebabkan kesakitan di kedua-dua belah.
- MASALAH KULIT - Apabila buah pinggang bermasalah, toksin tidak dapat dikumuhkan daripada tubuh dengan berkesan. Ia akan menyebabkan pengumpulan toksin dalam tubuh. Toksin yang terkumpul inilah yang akan menyebabkan gatal-gatal kulit, ruam dan kemerahan.
- PERUBAHAN PADA AIR KENCING - Perubahan pada air kencing juga perlu diperhatikan. Antaranya ialah bau yang lebih kuat daripada biasa, warna yang lebih pucat atau lebih gelap, kencing berbuih macam air sabun, rasa sakit ketika kencing, sukar membuang air kecil dan juga terdapat darah dalam air kencing. Jika terdapat tanda-tanda di atas, jangan berlengah untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya dengan doktor.
- EDEMA ATAU BENGKAK - Bila toksin tak dapat dikumuhkan dengan baik ia akan menyebabkan edema atau bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka. Jika pakai kasut, ia akan menjadi lebih ketat daripada biasa. Pada peringkat yang lebih teruk, ia akan menyebabkan bengkak paru-paru dan juga hati.
- RASA SEJUK WALAUPUN DALAM PERSEKITARAN ATAU CUACA YANG PANAS - Salah satu fungsi buah pinggang yang penting ialah menghasilkan hormon erythropoietin yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dalam badan menyebabkan anemia atau kekurangan iron . Paras iron yang rendah menyebabkan individu tersebut rasa sejuk. Ia juga menyebabkan tubuh rasa lemah dan rasa letih yang kronik.
Health is Wealth. Pengedar Sah Bagi Vitamin Semulajadi Yang Halal - Shaklee Sejak 2012.
Tuesday 17 January 2017
Ketahui 5 Tanda Penyakit Buah Pinggang Supaya Dapat Elak Dialisis
Friday 6 January 2017
Tentang Sedekah
Allah Maha Berkuasa untuk memberikan keajaiban.
Thursday 5 January 2017
Cara Basuh Sayur Supaya Hilang Racun Serangga / Pestisid
Monday 2 January 2017
Perancangan Kewangan Untuk 2017
Friday 23 December 2016
Kalau Boleh Hadiahkan Produk Shaklee Kepada Setiap Keluarga, Nak Hadiahkan Apa?
Alhamdulillah sukanya bila Kak Kam dapat hadiahkan sebotol Vivix kepada setiap keluarga di Malaysia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi status ni mungkin hanya wujud dalam angan-angan kut. Jika ditanya apabila berpeluang, produk apa yang Kak Kam mahu hadiahkan kepada setiap keluarga di Malaysia, jawapannya tentulah Vivix.
Kerana Vivix merupakan produk Shaklee yang paling premium dan paling 'murah' iaitu RM 475 sebotol.
Vivix bertindak dari peringkat sel iaitu unit terkecil dalam tubuh manusia. Vivix bertindak mempertahankan sel daripada radikel bebas, memperbaiki sel yang rosak, memberi tenaga kepada sel dan meningkatkan prestasi sel.
Tak hairanlah jika macam-macam penyakit kronik dan pelik-pelik boleh bertambah baik dengan Vivix. Sebab 4 tindakan Vivix seperti di atas.
Di sebalik testimoni yang banyak, Vivix sebenarnya mempunyai landmark study di mana ia merupakan bukti kukuh dan tak dapat disangkal lagi.
Testimoni macam-macam orang boleh claim. Tapi landmark study tak boleh. Suplemen Shaklee ada landmark study.
Ko hado?
Nak tahu lebih lanjut pasal landmark study Vivix boleh baca http://bit.ly/2gg4Bf0.
Thursday 22 December 2016
Impian Saya 20 Tahun Lagi
Kalau nak beli kereta dan rumah pun secara cash. Mungkin ada yang berpendapat rugi jika beli cash. Tapi buat masa ni itulah pendirian saya. Masa depan tak tahu lagi.
Dah ada rumah impian yang ada sekurang-kurangnya 6 bilik. Maybe dah ada beberapa buah rumah yang disewakan. Dan juga property lain. Serta mendapat pendapatan pasif daripadanya. Duit berkepuk-kepuk dalam bank.
Nak tolong orang pun tak berkira. Sebab duit bukan lagi satu isu. Macam-macam lagilah. Kalau nak cerita satu hari pun tak habis lagi hari ni. Impian yang lain tu saya simpan sorang-sorang je.
Yang paling penting tentunya memiliki kesihatan yang tip top. Sebab tak guna jika ada segala-galanya tapi terlantar sakit. Kesihatan memang kekayaan yang sebenar-benarnya.
Tak kisah jika orang kata impian kita terlalu besar kerana hanya kita tahu apa yang kita nak.
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.
Tuesday 20 December 2016
Cara Urus Masa Antara Bisnes dan Tanggungjawab Lain
Biasanya awal pagi buat senarai to-do-list dulu. Kalau rajin buat sebelum tidur lagi.
Pagi banyak digunakan untuk bisnes, basuh baju, exercise dan juga masak. Biasanya jarang Kak Kam kemas rumah waktu pagi sebab waktu pagi merupakan masa produktif untuk Kak Kam.
Lepas lunch tu biasa masa kurang produktif sebab tend to mengantuk. So gilir-gilir buat kerja rumah dan bisnes masa ni.
Sebelum buat Shaklee time management ke laut. Banyaaak masa sangat tengok tv berjam-jam la, bersantai la, macam-macam. Sekarang lebih hargai masa dan cuba elak dari buat perkara yang membazir masa.
Kalau ada tools yang membolehkan kita jimat masa memang akan digunakan sebaiknya. Dulu kain baju lipat. Sekarang tak lagi bila dah tau tips jimat masa urus pakaian. Heaven sungguh bila takde longgokan baju untuk dilipat.
Jadual waktu harian pun buat. Ala macam jadual waktu sekolah tu. Tapi susah sikit nak ikut. Lebih banyak buat ikut dan asalkan kerja siap.
Apapun masih banyak lagi yang perlu dibaiki dalam mengurus masa. Terutamanya masa untuk siapkan entry blog. Biasanya ambil masa berhari nak siapkan satu entry.
Lepas ni aim nak siapkan 1 entry dalam masa kurang setengah jam je macam otai-otai buat. Wish me luck!
Lagi tips urus masa di sini : http://bit.ly/2g2dHfg
Monday 19 December 2016
Khasiat biji labu dalam Nutriferon
Menu hari ni masak lemak putih labu. Berkebetulan pulak dengan topik yang nak dikongsi hari ni iaitu labu. Labu antara makanan yang disebut dalam Alquran sebagai yaqteen. Ayat 146 surah As-Saffat.
Kalau nak tahu labu merupakan makanan yang dimakan oleh Nabi Yunus setelah keluar dari perut ikan nun. Di mana ketika itu Nabi Yunus mengalami kecederaan fizikal yang sangat teruk - tubuhnya amat lemah, sakit-sakit, rambut gugur, tubuh melecur akibat berada dalam perut ikan yang berasid itu. Dan pulih serta menjadi bertenaga setelah makan labu.
Jadi dari sini kita tahu memang banyak khasiat labu ni. Selain itu, labu juga merupakan makanan kegemaran Rasulullah.
Salah satu produk Shaklee juga mengandungi labu atau lebih tepat biji labu iaitu nutriferon. Biji labu digunakan untuk menghasilkan interferon semulajadi dalam tubuh di mana ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia.
Ia adalah hasil kajian selama 40 tahun, formula eksklusif dipatenkan oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai biasa. Hanya di Shaklee.
Nutriferon dapat mengukuhkan sistem imun seawal 3 hari. Bila sistem imun kebal kita tak akan mudah mendapat penyakit dan jika sakit pun ia tidak berlarutan atau kronik.
Nutriferon ni memang antara produk favourite. Bila rasa nak demam-selsema, bersin, gatal-gatal tekak bila ambil nutriferon tak jadi nak demam. =)
Banyak lagi manfaat biji labu. Antaranya
~cantikkan kulit dan mengurangkan kedutan
~atasi masalah kecacingan
~baik untuk kesihatan lelaki (prostat)
~melawan kanser
~awet muda
~antioksidan
~memerangi virus,kuman dan mikrob
~atasi jangkitan kulat
~mengurangkan senggugut dan lain-lain.
Untuk ubat cacing, biji labu perlu dihancurkan dan diminum airnya. Nak lagi senang, ambil je nutriferon.
Yang sering sakit2, demam,selsema, batuk dan selalu MC memang digalakkan ambil ni. Bolehlah kurangkan jumlah MC yang diambil nanti.
Sementara ada promosi ni boleh contact Kak Kam. 013 924 3387.
Sunday 18 December 2016
National Trip Shaklee 2016 - Langkawi
National Trip Shaklee untuk tahun ini ialah Langkawi. Maybe ada yang tanya. Langkawi je? Bukan oversea pun. Anytime pun boleh pergi. Apa yang best sangat tu.
Sebenarnya ni baru trip dalam negara. Trip luar negara tu lain. InsyaAllah tahun depan ke Jepun.
Sebenarnya trip Shaklee dalam negara pun awesome sangat. Dapat duduk The Westin Langkawi Resort and Spa yang bertaraf 7 bintang. Antara hotel yang termahal kat Langkawi katanya.
Harga bilik semalam pun lebih RM 1000. Jadi untuk trip 3 hari 2 malam dah berapa? Tidur pulak atas 'heavenly bed' yang berharga RM 13k pulak.
Kalau pergi sendiri agak-agak kita stay tak kat hotel macam tu. Maybe tak kecuali memang duit dah terlebih-lebih. hehe.
Layanan memang best terutamanya daripada staff-staff shaklee sendiri. Trip ni adalah reward Shaklee untuk mereka yang bekerja keras. Nak dapatkannya bukan senang.
Bila pulak turn Kak Kam agaknya? InsyaAllah soon.
Saturday 17 December 2016
First Time Jumpa Mak Shaklee
Kenal mak shaklee aka upline aka ibuk dah lama sebenarnya. Masa belajar kat Kustem dulu. Sekarang UMT.
Pernah juga jadi housemate. Berprogram, beraktiviti sama-sama. Pendek kata memang dah kenal baik la.
Masa mula-mula beli Shaklee tak beli daripada ibuk pun. Beli dengan orang lain. Then masa decide nak jadi ahli tu baru contact ibuk rasanya. Ingat-ingat lupa dah.
Walaupun Kak Kam kat Terengganu dan ibuk kat Melaka/KL takde masalah pun nak buat bisnes. Banyak kali juga jumpa untuk coaching santai especially bila ibuk turun Terengganu atau area berdekatan.
Ibuk ni sebenarnya pegawai perikanan. Tapi dalam masa yang sama buat bisnes Shaklee. Nama pun boss mestila sibuk, selalu outstation lagi tapi still ada masa untuk buat bisnes dengan cemerlang gemilang terbilang.
Kak Kam pun tak mampu kut kalau berada di situasi yang sama. Doakan Kak Kam dapat ikut jejak langkah beliau dan seterusnya jadi Master Coordinator Shaklee.
Banyak sangat pertolongan yang ibuk hulurkan dan juga tunjuk ajar yang tak mampu untuk dibalas. Bila down seringkali juga pinjam semangat daripada beliau.
Zillion thanks to ibuk Zeti Hafiza Zakaria. Uhibbuki fillah. And because of you i'm still here.