Thursday 22 October 2015

8 Tips Supaya Cepat Dapat Jodoh

Ada orang yang dipermudah jalannya dalam mendapat jodoh. Ada juga orang yang dah makin bertambah usia tapi tak juga bertemu jodoh. Ajal, maut, jodoh semuanya telah ditentukan oleh Allah cuma ia boleh diubah dengan doa. Bila lihat kawan-kawan seusia masing-masing dah pun berpasangan, kadang-kadang hati kita turut terusik. Cemburu pun ada melihat kebahagiaan orang lain sedangkan kita masih lagi sendiri. 

Yang penting jangan cepat berputus asa dalam usaha mencari jodoh. Tips yang diberikan oleh Dato' Ustazah Siti Norbahyah ini mungkin boleh membantu untuk yang ingin mendapat jodoh:




1. Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya, berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika saya di Tingkatan Satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan yang terkandung dalamnya," beliau berkongsi amalannya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam 
Menurutnya, Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadis bahawa berdoa pada waktu tengah malam (waktu qiamullail) yang mana Allah SWT mustajabkan doa sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutama dalam soal jodoh dimustajabkan.

3. Doa ibu bapa
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutamanya yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan-halangan yang tertentu. 

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudah dan dikabulkan oleh Allah SWT. 

5. Solat sunat taubat
Beliau menyarankan agar melakukan solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa supaya diringankan jodoh. 

"Kita mahu Allah menunaikan hajat kita, tetapi kita dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi, mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon hajat," katanya.

6. Pohon restu ibu bapa
Tanyalah ibu bapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh yang terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengakui menerima kiriman surat daripada beberapa orang lelaki termasuk suaminya sendiri, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut."

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengirimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata, surat yang dikirimkannya itu berjaya meyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin. 

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik dengan kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya. 

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat empat untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik.


Surah Yusuf : Ayat 4

Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam Surah al-Qasas, ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya sehingga kini. 

Surah al Qasas : Ayat 24

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat, tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat," katanya.

8. Solat hajat
Jika kesemuanya sudah diamalkan, maka langkah yang terakhir ialah melakukan solat sunat Hajat memohon agar dipermudah dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya. 

Kita sebagai umat Islam hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam. 

Surah Yunus : Ayat 81

Sumber : Majalah Anis, bilangan 172.

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


  

Tuesday 20 October 2015

Vitamin Untuk Bakal Pengantin

Bila start cuti sekolah, pasti ramai yang akan menamatkan zaman bujang. Dalam sibuk membuat persiapan perkahwinan, bakal pengantin jangan lupa ambil berat tentang kesihatan juga. Tak nak la bila tiba hari bahagia nanti tiba-tiba jatuh sakit pula.

Bakal pengantin pun kena ambil vitamin ke? Sudah semestinya. Pasti pengantin perempuan mahu kelihatan cantik di hari perkahwinan lebih-lebih lagi nak kelihatan cantik untuk suami tersayang. Pengantin lelaki apa kurangnya. Mahu kelihatan segak dan tampan juga. Biar sama cantik sama padan.

Vitamin yang disyorkan untuk bakal pengantin ini bukan sahaja untuk luaran malah untuk kesihatan dalaman juga. 2 dalam 1 la. Apakah vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk bakal pengantin?

Untuk Bakal Pengantin Perempuan


ESP
Bagi yang belum pernah tahu, ESP merupakan protein dalam bentuk serbuk soya yang sangat famous untuk kecantikan. ESP merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengurangkan masalah jerawat, menjadikan kulit berseri-seri, mencerahkan kulit serta dapat mengurangkan parut. Bila amalkan ESP secara konsisten, seluruh tubuh akan mendapat kesan positif bukan hanya setakat kulit muka sahaja. Selain itu, ESP memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama dapat bagi tenaga (mengurangkan keletihan).

Vitalea
Vitalea ni multivitamin yang lengkap dengan nutrisi untuk keperluan harian. Ia memberi tenaga dan dalam masa yang sama Vitalea juga dapat mencantikkan kulit. Ia memberi efek kemerah-merahan pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten dan anda pasti akan dapat lihat hasilnya.

Alfalfa
Alfalfa ni boleh diibaratkan sebagai jamu moden untuk kesihatan dalaman wanita. Ia dapat mengurangkan keputihan, membantu mengurangkan simptom prahaid (PMS), menyingkir lemak dan mengurangkan keletihan. Alfalfa juga berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Kesannya, ia dapat mengurangkan toksik dalam badan dan seterusnya dapat mencantikkan kulit. Tetapi perlu diingat alfalfa tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE dan pesakit auto-imun yang lain.

B Kompleks
B kompleks berfungsi memberi tenaga, mengelak stress dan insomnia, dan juga dapat membantu mengurangkan masalah senggugut. Untuk kulit pula, ia dapat mengatasi masalah kulit kusam. B kompleks juga perlu diambil seawal mungkin bila dah berkahwin sebagai persediaan untuk hamil. Asid folik yang terkandung dalam B kompleks Shaklee sangat sangat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi yang mengakibatkan kecacatan tulang belakang atau sumbing.

Untuk Bakal Pengantin Lelaki 


Vitalea 
-sama seperti di atas-

Zink 
Zink penting untuk kesihatan prostat, membantu meningkatkan kemampuan seksual lelaki dan juga meningkatkan kiraan sperma yang sekaligus dapat meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. Zink juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit. 

Vitamin E
Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma, tingkatkan tenaga seksual dengan membekalkan lebih oksigen dan juga dapat meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikel bebas yang merosakkan sperma. 

Vitamin untuk bakal pengantin ini boleh diambil sebulan sebelum hari perkahwinan. Tapi kalau nak kesan yang meletop, ambil lagi awal (3 atau 4 bulan sebelum). Supaya sempat la jerawat atau parut jerawat tu hilang atau sekurang-kurangnya, berkurangan.

Untuk order hubungi :

Kamilah Mustapa
Pengedar Sah Shaklee


Monday 19 October 2015

Vitamin Untuk Haid Tidak Teratur

Antara masalah yang biasa dihadapi oleh wanita ialah masalah haid yang tidak teratur. Bukan sahaja anak dara, wanita yang dah berkahwin pun ramai yang alami masalah ni. Lebih-lebih lagi lepas bersalin. Kerana perubahan hormon.

Alhamdulillah setakat ni saya belum pernah menghadapi masalah tersebut. Kalau lewat 2, 3 hari tu normal la. Tapi saya amat memahami mereka yang mengalaminya. Lebih-lebih lagi bagi yang telah berkahwin. Agak sukar untuk menentukan waktu subur.

Saya banyak juga mendapat customer yang mempunyai masalah haid tak teratur ni. Dan alhamdulillah banyak yang dah berjaya dapat kitaran haid yang normal lepas ambil GLA Complex. Kebanyakannya belum habis sebotol pun dah dapat kesan. Alhamdulillah. Apapun ia bukannya magic.



Dengan harga yang tak sampai RM 100 pun sebotol untuk kegunaan 1 hingga 2 bulan dan ia dapat menyelesaikan masalah yang telah lama berlanjutan, pasti ia pelaburan yang berbaloi.

Tak naklah jadi macam Puan Ija ni. 

Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Promosi bulan Oktober :

Beli 6 dapat 7
Beli 2 diskaun 5%

Saya ingin membantu anda yang mengalami masalah haid tak teratur ni. Hubungi :

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387