Bila start cuti
sekolah, pasti ramai yang akan menamatkan zaman bujang. Dalam sibuk membuat
persiapan perkahwinan, bakal pengantin jangan lupa ambil berat tentang
kesihatan juga. Tak nak la bila tiba hari bahagia nanti tiba-tiba jatuh sakit
pula.
Bakal pengantin pun kena ambil vitamin ke? Sudah semestinya.
Pasti pengantin perempuan mahu kelihatan cantik di hari
perkahwinan lebih-lebih lagi nak kelihatan cantik untuk suami tersayang.
Pengantin lelaki apa kurangnya. Mahu kelihatan segak dan tampan juga. Biar sama
cantik sama padan.
Vitamin yang disyorkan untuk bakal pengantin ini bukan
sahaja untuk luaran malah untuk kesihatan dalaman juga. 2 dalam 1 la. Apakah
vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk bakal pengantin?
Untuk Bakal Pengantin Perempuan
ESP
Bagi
yang belum pernah tahu, ESP merupakan protein dalam bentuk serbuk soya yang
sangat famous untuk kecantikan. ESP merangsang pembentukan semula kulit,
mengurangkan kedutan, mengurangkan masalah jerawat, menjadikan kulit berseri-seri,
mencerahkan kulit serta dapat mengurangkan parut. Bila amalkan ESP secara
konsisten, seluruh tubuh akan mendapat kesan positif bukan hanya setakat kulit
muka sahaja. Selain itu, ESP memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama
dapat bagi tenaga (mengurangkan keletihan).
Vitalea
Vitalea
ni multivitamin yang lengkap dengan nutrisi untuk keperluan harian. Ia memberi tenaga
dan dalam masa yang sama Vitalea juga dapat mencantikkan kulit. Ia memberi efek
kemerah-merahan pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten dan anda pasti akan
dapat lihat hasilnya.
Alfalfa
Alfalfa
ni boleh diibaratkan sebagai jamu moden untuk kesihatan dalaman wanita. Ia
dapat mengurangkan keputihan, membantu mengurangkan simptom prahaid (PMS),
menyingkir lemak dan mengurangkan keletihan. Alfalfa juga berfungsi mencuci
hati, darah dan usus. Kesannya, ia dapat mengurangkan toksik dalam badan dan
seterusnya dapat mencantikkan kulit. Tetapi perlu diingat alfalfa tidak sesuai
diambil oleh pesakit SLE dan pesakit auto-imun yang lain.
B Kompleks
B
kompleks berfungsi memberi tenaga, mengelak stress dan insomnia, dan juga dapat
membantu mengurangkan masalah senggugut. Untuk kulit pula, ia dapat mengatasi
masalah kulit kusam. B kompleks juga perlu diambil seawal mungkin bila dah berkahwin sebagai persediaan untuk hamil. Asid folik yang terkandung dalam B kompleks Shaklee sangat sangat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi yang mengakibatkan kecacatan tulang belakang atau sumbing.
Untuk Bakal Pengantin Lelaki
Vitalea
-sama seperti di atas-
Zink
Zink penting untuk kesihatan prostat, membantu meningkatkan kemampuan seksual lelaki dan juga meningkatkan kiraan sperma yang sekaligus dapat meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. Zink juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit.
Vitamin E
Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma, tingkatkan tenaga seksual dengan membekalkan lebih oksigen dan juga dapat meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikel bebas yang merosakkan sperma.
Vitamin untuk bakal pengantin ini boleh diambil sebulan sebelum hari perkahwinan. Tapi kalau nak kesan yang meletop, ambil lagi awal (3 atau 4 bulan sebelum). Supaya sempat la jerawat atau parut jerawat tu hilang atau sekurang-kurangnya, berkurangan.
Untuk order hubungi :
Kamilah Mustapa
Pengedar Sah Shaklee