Showing posts with label Vitamin untuk bakal pengantin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk bakal pengantin. Show all posts

Tuesday 20 October 2015

Vitamin Untuk Bakal Pengantin

Bila start cuti sekolah, pasti ramai yang akan menamatkan zaman bujang. Dalam sibuk membuat persiapan perkahwinan, bakal pengantin jangan lupa ambil berat tentang kesihatan juga. Tak nak la bila tiba hari bahagia nanti tiba-tiba jatuh sakit pula.

Bakal pengantin pun kena ambil vitamin ke? Sudah semestinya. Pasti pengantin perempuan mahu kelihatan cantik di hari perkahwinan lebih-lebih lagi nak kelihatan cantik untuk suami tersayang. Pengantin lelaki apa kurangnya. Mahu kelihatan segak dan tampan juga. Biar sama cantik sama padan.

Vitamin yang disyorkan untuk bakal pengantin ini bukan sahaja untuk luaran malah untuk kesihatan dalaman juga. 2 dalam 1 la. Apakah vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk bakal pengantin?

Untuk Bakal Pengantin Perempuan


ESP
Bagi yang belum pernah tahu, ESP merupakan protein dalam bentuk serbuk soya yang sangat famous untuk kecantikan. ESP merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengurangkan masalah jerawat, menjadikan kulit berseri-seri, mencerahkan kulit serta dapat mengurangkan parut. Bila amalkan ESP secara konsisten, seluruh tubuh akan mendapat kesan positif bukan hanya setakat kulit muka sahaja. Selain itu, ESP memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama dapat bagi tenaga (mengurangkan keletihan).

Vitalea
Vitalea ni multivitamin yang lengkap dengan nutrisi untuk keperluan harian. Ia memberi tenaga dan dalam masa yang sama Vitalea juga dapat mencantikkan kulit. Ia memberi efek kemerah-merahan pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten dan anda pasti akan dapat lihat hasilnya.

Alfalfa
Alfalfa ni boleh diibaratkan sebagai jamu moden untuk kesihatan dalaman wanita. Ia dapat mengurangkan keputihan, membantu mengurangkan simptom prahaid (PMS), menyingkir lemak dan mengurangkan keletihan. Alfalfa juga berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Kesannya, ia dapat mengurangkan toksik dalam badan dan seterusnya dapat mencantikkan kulit. Tetapi perlu diingat alfalfa tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE dan pesakit auto-imun yang lain.

B Kompleks
B kompleks berfungsi memberi tenaga, mengelak stress dan insomnia, dan juga dapat membantu mengurangkan masalah senggugut. Untuk kulit pula, ia dapat mengatasi masalah kulit kusam. B kompleks juga perlu diambil seawal mungkin bila dah berkahwin sebagai persediaan untuk hamil. Asid folik yang terkandung dalam B kompleks Shaklee sangat sangat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi yang mengakibatkan kecacatan tulang belakang atau sumbing.

Untuk Bakal Pengantin Lelaki 


Vitalea 
-sama seperti di atas-

Zink 
Zink penting untuk kesihatan prostat, membantu meningkatkan kemampuan seksual lelaki dan juga meningkatkan kiraan sperma yang sekaligus dapat meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. Zink juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit. 

Vitamin E
Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma, tingkatkan tenaga seksual dengan membekalkan lebih oksigen dan juga dapat meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikel bebas yang merosakkan sperma. 

Vitamin untuk bakal pengantin ini boleh diambil sebulan sebelum hari perkahwinan. Tapi kalau nak kesan yang meletop, ambil lagi awal (3 atau 4 bulan sebelum). Supaya sempat la jerawat atau parut jerawat tu hilang atau sekurang-kurangnya, berkurangan.

Untuk order hubungi :

Kamilah Mustapa
Pengedar Sah Shaklee