Showing posts with label Vitamin untuk lelaki. Show all posts
Showing posts with label Vitamin untuk lelaki. Show all posts

Wednesday 8 May 2019

Vitamin Shaklee Untuk Lemah Tenaga Batin Lelaki

Masalah lemah tenaga batin merupakan perkara yang taboo untuk dibincangkan. Malangnya ia merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh lelaki yang berkahwin di Malaysia. Di sini saya kongsikan sharing daripada salah seorang Master Coordinator Shaklee yang telah pun menjalankan bisnes ini lebih daripada 20 tahun. Tak payah lagi bergantung kepada produk yang tidak dijamin selamat yang berlambak di pasaran. Shaklee kan ada. Dijamin selamat dan berkesan. Semoga bermanfaat. 

----------------------------------------------------------------------------------------



KHAS utk lelaki perkasa. Kenapa ayahanda tak tinggal 3 beradik ni setiap hari 2 kali? Pernah ke kite terbaca dalam surat khabar yang 70% lelaki Lembah Kelang hadapi LTB? (Lemah tenaga batin). Faktor makanan yang tak seimbang dengan tiada masa atau malas nak bersenam diparahkan lagi dengan tekanan (stress) nak ke pejabat (jalan jem) dan di pejabat (balik lewat) antara faktor penyumbang kepada masalah negara seperti di atas. Juga tekanan berpunca dari masalah kewangan dan rumahtangga.

Inilah yang dikatakan penyakit gaya hidup moden. It is an aquired disease full stop!!
Penyakit atau masalah kesihatan lelaki yang biasa adalah:
* letih dan kurang tenaga zahir dan lemah tenaga batin (ED).
* penyakit 3 serangkai terutama risiko serangan jantung di awal usia
* prostat menyerang bila melangkaui 40an
* kanser usus juga bila umur 50an ke atas

Jika anda sayangkan orang lelaki di sekeliling anda pastikan mereka mengamalkan items di atas ya.
1) Omega 3 : baik untuk saluran darah yang sihat dan mencegah inflamasi. Baik untuk cegah gout dan darah tinggi juga improve blood circulation. Juga baik untuk sakit sendi dan lutut.
2) Zinc : mineral untuk lelaki sejati. Kebanyakan zinc terletak pada prostate lelaki. Ia akan mencergaskan hormon dan enzim menjadikan lelaki lebih sensitif terhadap pasangan. Ia menjadikan sperma lebih baik dari sudut kuantiti dan kualiti.
3) CoQ trol : ada vitamin Coq10 makanan enjin sel kite. Jantung dan organ penting menjadi lebih efisien dan produktif mengeluarkan tenaga terutama yang selalu complain lesu dan kurang upaya.

Ayahanda amalkan semua produk shaklee di samping yang 3 ni..dose ayahanda Omega 5 biji 2x sehari, zinc 2-3 biji 2x dan coq trol 2 biji. Jika anda sayangkan ayah, abang atau suami anda beri hadiah kepada mereka. 

Pastikan depa telan untuk seminggu walaupun terpaksa kena suap lepas tu depa akan minta sendiri sebab power depa dah lain macam (mcm turbo). Tak percaya cuba la ya.

Kredit : Master Hj Roslan Ghazali 



 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms / whatsapp : 013-9243387 



Tuesday 20 October 2015

Vitamin Untuk Bakal Pengantin

Bila start cuti sekolah, pasti ramai yang akan menamatkan zaman bujang. Dalam sibuk membuat persiapan perkahwinan, bakal pengantin jangan lupa ambil berat tentang kesihatan juga. Tak nak la bila tiba hari bahagia nanti tiba-tiba jatuh sakit pula.

Bakal pengantin pun kena ambil vitamin ke? Sudah semestinya. Pasti pengantin perempuan mahu kelihatan cantik di hari perkahwinan lebih-lebih lagi nak kelihatan cantik untuk suami tersayang. Pengantin lelaki apa kurangnya. Mahu kelihatan segak dan tampan juga. Biar sama cantik sama padan.

Vitamin yang disyorkan untuk bakal pengantin ini bukan sahaja untuk luaran malah untuk kesihatan dalaman juga. 2 dalam 1 la. Apakah vitamin Shaklee yang dicadangkan untuk bakal pengantin?

Untuk Bakal Pengantin Perempuan


ESP
Bagi yang belum pernah tahu, ESP merupakan protein dalam bentuk serbuk soya yang sangat famous untuk kecantikan. ESP merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, mengurangkan masalah jerawat, menjadikan kulit berseri-seri, mencerahkan kulit serta dapat mengurangkan parut. Bila amalkan ESP secara konsisten, seluruh tubuh akan mendapat kesan positif bukan hanya setakat kulit muka sahaja. Selain itu, ESP memberi rasa kenyang dan dalam masa yang sama dapat bagi tenaga (mengurangkan keletihan).

Vitalea
Vitalea ni multivitamin yang lengkap dengan nutrisi untuk keperluan harian. Ia memberi tenaga dan dalam masa yang sama Vitalea juga dapat mencantikkan kulit. Ia memberi efek kemerah-merahan pada kulit wajah. Amalkan secara konsisten dan anda pasti akan dapat lihat hasilnya.

Alfalfa
Alfalfa ni boleh diibaratkan sebagai jamu moden untuk kesihatan dalaman wanita. Ia dapat mengurangkan keputihan, membantu mengurangkan simptom prahaid (PMS), menyingkir lemak dan mengurangkan keletihan. Alfalfa juga berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Kesannya, ia dapat mengurangkan toksik dalam badan dan seterusnya dapat mencantikkan kulit. Tetapi perlu diingat alfalfa tidak sesuai diambil oleh pesakit SLE dan pesakit auto-imun yang lain.

B Kompleks
B kompleks berfungsi memberi tenaga, mengelak stress dan insomnia, dan juga dapat membantu mengurangkan masalah senggugut. Untuk kulit pula, ia dapat mengatasi masalah kulit kusam. B kompleks juga perlu diambil seawal mungkin bila dah berkahwin sebagai persediaan untuk hamil. Asid folik yang terkandung dalam B kompleks Shaklee sangat sangat penting kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan tiub neural pada bayi yang mengakibatkan kecacatan tulang belakang atau sumbing.

Untuk Bakal Pengantin Lelaki 


Vitalea 
-sama seperti di atas-

Zink 
Zink penting untuk kesihatan prostat, membantu meningkatkan kemampuan seksual lelaki dan juga meningkatkan kiraan sperma yang sekaligus dapat meningkatkan peluang pasangan untuk hamil. Zink juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dalam melawan penyakit. 

Vitamin E
Vitamin E dapat meningkatkan kiraan sperma, tingkatkan tenaga seksual dengan membekalkan lebih oksigen dan juga dapat meningkatkan kesuburan dengan mengurangkan radikel bebas yang merosakkan sperma. 

Vitamin untuk bakal pengantin ini boleh diambil sebulan sebelum hari perkahwinan. Tapi kalau nak kesan yang meletop, ambil lagi awal (3 atau 4 bulan sebelum). Supaya sempat la jerawat atau parut jerawat tu hilang atau sekurang-kurangnya, berkurangan.

Untuk order hubungi :

Kamilah Mustapa
Pengedar Sah Shaklee