Showing posts with label Bayi pramatang. Show all posts
Showing posts with label Bayi pramatang. Show all posts

Saturday 19 May 2018

Testimoni Set Pantang Shaklee dan Bayi Tak Cukup Bulan Serta Jaundis

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 28 : EREENA HAMZAH


SET BERPANTANG SHAKLEE BANTU IBU ANAK 5 TIDAK MUDAH LETIH DAN BERAT BAYI CEPAT NAIK
 
Salam dan hai semua..Nama saya Ereena Hamzah. Boleh panggil Aryn. Saya berasal dari Papar Sabah.

Saya adalah ibu kepada 5 orang anak kecil dan baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan anak ke 5.

Semasa mengandungkan anak ke 5, doktor sahkan bayi dalam kandungan saya kecil dan menyebabkan saya bertemu Pakar O & G setiap 2 minggu. Hal ini memang merisaukan. 

Apabila usia kandungan 37 minggu, pakar mencadangkan agar saya bersalin kerana risau berat bayi yang ringan berbanding adik beradiknya yang lain dan takut-takut ada komplikasi lain semasa kandungan yang tidak diketahui. Risau mendengar itu, saya bersetuju dan saya diinduce keesokan harinya.

Lahir dengan berat 2.07 kg, Eishal memang agak kecil berbanding bayi seusianya yang lahir cukup bulan.

Dan kerana berat badannya yang ringan, Eishal berdepan dengan masalah jaundice yang agak tinggi.

Tiap hari kami akan check bacaan jaundice dan berat badan. Badan saya memang letih apatah lagi perlu menjaga 4 orang anak yang lain lagi.

Sejak dari hari pertama Eishal lahir, saya memang amalkan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vita Lea, B complex, Vit C dan Ostematrix dan tidak pernah skip.

Set ini sangat membantu saya agar tidak mudah letih dan stress dalam keadaan berpantang dan susu meriah. Penting untuk pastikan susu saya banyak kerana perlu kerap susukan Eishal agar berat badannya naik serta bacaan jaundicenya cepat turun dan dalam masa yang sama saya susukan juga kakaknya.

Alhamdulillah, selepas sebulan lahir, berat badan Eishal meningkat ke 3.1kg dan jaundicenya juga turun. Kami tidak perlu check untuk jaundice lagi selepas itu.

Bagai tidak percaya juga berat Eishal yang naik dengan banyak bagi saya kerana Eishal bukan mudah bagi bayi kecil dan punya jaundice yang tinggi untuk naik sebanyak itu since Eishal kerap membuang.

Saya percaya perjalanan penyusuan Eishal ini banyak dibantu oleh set berpantang Shaklee ini. Saya sangat bersyukur dapat mengamalkannya seawal kelahiran Eishal. Alhamdulillah.




Beli secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 

ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.