Showing posts with label Sumbing. Show all posts
Showing posts with label Sumbing. Show all posts

Friday 13 December 2019

Bila Dan Kenapa Perlu Ambil Asid Folik?

Ramai antara kita dah tahu tentang kepentingan asid folik semasa hamil. Tapi sebenarnya apa fungsi atau kebaikan asid folik ni? Sejak join bisnes Shaklee ni, banyak ilmu baru mengenai kesihatan yang saya dapat. Antaranya mengenai asid folik ni. 

Sebenarnya setiap bulan Shaklee ada Health and Wellness Talk. Dalam talk ni la para pengedar atau ahli Shaklee boleh tambah ilmu tentang kesihatan, dan juga lebih-lebih lagi tentang suplemen yang kami jual. Dah lama sebenarnya saya hadiri talk tersebut tapi masih lagi segar dalam ingatan apa yang saya belajar pada hari tersebut. 

Menurut nutritionist Shaklee, asid folik ni kita perlu ambil sebaik sahaja dah kahwin, sebab kita tak tahu bila masa kita akan mengandung. Bila dah tahu, sedar-sedar dah 4 minggu, 6 minggu. 

Sedangkan pembentukan tiub neural pada janin dah pun bermula seawal minggu-minggu pertama kehamilan. Jadi jika berlaku kekurangan asid folik pada masa tersebut, risiko untuk janin mengalami kecacatan tiub neural (spina bifida) adalah tinggi. 


Image result for neural tube defects


Selain itu, kekurangan asid folik juga boleh menyebabkan sumbing. 


Image result for sumbing


Pendek kata, pengambilan asid folik yang mencukupi dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada janin. Bak kata nutrionist Shaklee, bila dah tahu hamil, masa tu dah terlambat. Telan asid folik berbotol pun tak dapat cegah jika dah berlaku kecacatan pada janin. 

Nauzubillahiminzalik. 

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah, wanita yang dah berkahwin memang wajib ambil asid folik setiap masa sebab memang kita tak tahu bila masa kita akan mengandung, sekalipun ada mengamalkan sebarang kaedah untuk merancang kehamilan. 

Akhir sekali, suka saya nak kongsikan mengenai kepentingan vitamin semasa hamil dan juga selepas hamil menurut Dr Hamid Arshat. 


Related image

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms / whatsapp : 013-9243387