Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Saturday 13 February 2016

Ambil Set Menyusu Shaklee Dapat Bonus Kulit Cantik Sampai Suami Puji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira-kira 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu. 



Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya. Macam-macam cara kan nak bagi anak tu direct feed balik. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je. 





Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang.

Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin. Saya kecewa sangat-sangat sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu. 

Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan.

Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis. 

Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah.

Tak boleh jadi ni.

Saya google then terbaca pasal pengalaman-pengalaman ibu-ibu yang consume Shaklee ni. Saya baca baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan. Saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha. Plus jadi warna kuning. 

Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena. Mama dia pun dapat rehat secukupnya.

Tu bab susu.

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam-salam semua, dia tenung saya dan cakap. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni. 

Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang menyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri.

Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay.

Pakej haaa. Badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless. Semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee.

Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan ni.

LIYANA UZIR

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 3 November 2014

10 Manfaat Omega Guard untuk Semua

1. Omega membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Risiko alahan pada bayi juga dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega.
2. Omega sangat baik untuk kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan - fizikal dan mental. Juga sesuai untuk pesakit ADHD dan asma.  
3. Omega mencegah penyakit saluran darah dan strok. Dengan cara menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah.
4. Omega melegakan kesakitan dan bertindak sebagai painkiller. Ia bermanfaat untuk penyakit yang berkaitan dengan sendi atau otot.
5. Omega penting untuk kesihatan mata kerana DHA yang terdapat dalam Omega merupakan komponen utama retina mata.
6. Omega mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, paru-paru, prostat dan kolon. Ia bertindak menghalang pertumbuhan sel tumor.
7. Omega membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. 
8. Omega mencegah serangan penyakit jantung. 
9. Omega membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Bermanfaat untuk pesakit diabetes. 
10. Omega membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga bermanfaat untuk pesakit skizofrenia.
11. Omega penting untuk kecantikan kulit.

Omega sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Omega terdapat dalam :

  • Set Mengandung
  • Set Menyusu
  • Set Kesihatan Sendi
  • Set Slimming
  • Set Kesihatan Lelaki
  • Set Kesihatan Wanita
  • Set Kesihatan Kanak-kanak
  • Set Gout
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kecantikan Kulit
  • Set Kencing Manis
  • Set Buasir
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Friday 23 May 2014

Doa Tambah Susu Ibu 2



doa tambah susu, doa banyakkan susu


Cara mengamalkannya :
Letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.

Kredit : resepirahsiaku.com

Doa Tambah Susu Ibu 1





Friday 16 May 2014

24 Kelebihan Susu Ibu

1. Susu ibu mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh bayi 4 hingga 6 bulan pertama.

2. Susu ibu mengandungi protein dan lemak yang memenuhi keperluan semulajadi bayi. 
3. Laktosa dalam susu ibu lebih banyak berbanding susu-susu lain, dan inilah yang diperlukan oleh bayi.
4. Vitamin mencukupi terkandung dalam susu ibu. Tiada vitamin berlebihan atau jus buah-buahan yang tidak diperlukan oleh bayi.
5. Zat besi yang mencukupi terdapat dalam susu ibu. Walaupun kadarnya tidak begitu tinggi, bayi mampu menyerap amaun yang diperlukan dengan baik. 
6. Susu ibu mengandungi jumlah air yang mencukupi walaupun tinggal di kawasan yang beriklim panas dan kering.
7. Susu ibu mengandungi garam, kalsium dan fosfat yang mencukupi untuk bayi.
8. Susu ibu mengandungi enzim lipase yang berfungsi mercerna lemak. 
9. Bayi susu ibu tidak mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun yang tinggi berbanding bayi yang tidak mendapat susu ibu. 
10. Susu ibu merupakan pelindung yang paling penting daripada kematian bayi yang berpunca daripada  diarrhetic illnesses dan jangkitan salur pernafasan.
11. Susu ibu mencegah penyakit yang berkaitan dengan alergi seperti asma, ekzema dan sebagainya. Ia juga mencegah beberapa jenis penyakit ketika anak itu berusia belasan tahun dan ke atas.

12. Diabetes dan masalah pencernaan jarang berlaku pada bayi susu ibu.
13. Penyusuan susu ibu membantu bayi yang sakit sembuh lebih cepat.

14. Susu ibu mudah dan lebih cepat dicerna. Bayi lebih cepat lapar berbanding jika diberi susu lain selain susu ibu.

15. Susu ibu dah tersedia dan tidak perlu dibancuh.
16. Susu ibu tidak akan rosak atau masam walaupun bayi tidak menyusu selama berhari-hari.

17. Regular feeding, and feeding when the child desires it, prevents conception.
18. Susu ibu tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
19. Bayi yang diberi susu ibu lebih cepat perkembangannya dalam melihat, bercakap dan berjalan. 
20. Hisapan oleh bayi sejurus selepas melahirkan menghasilkan oksitosin yang menyebabkan pengecutan rahim dan seterusnya mengurangkan pendarahan pada ibu.
21. Ibu yang menyusukan tidak mudah mendapat kanser payudara atau kanser ovari.

22. Ibu yang menyusukan lebih mudah mendapat berat badan asal sebelum mengandung.
23. Susu ibu berubah mengikut keperluan harian bayi. Sebagai contoh, susu ibu bagi bayi yang dilahirkan pramatang berbeza dengan susu ibu bagi bayi yang dilahirkan cukup bulan. Subhanallah! Isn't it amazing?

24. Bayi yang diberi susu ibu lebih bijak dan ia dapat dilihat seawal sebaik sahaja dilahirkan. Kajian menunjukkan bayi susu ibu lebih banyak melakukan pergerakan dan menunjukkan tindak balas berbanding bayi lain. 

Rujukan : www.al-islam.org

SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang set menyusu Shaklee.

Siti Nor Kamilah
ID 885322

Thursday 8 May 2014

Set Penyusuan Shaklee Basic

Bila sebut set menyusu ramai ingat bila ambil set ni confirm susu ibu akan bertambah banyak. Sebenarnya pengambilan set penyusuan bukan membanyakkan susu ibu, tapi ia memberi nutrisi secukupnya kepada ibu supaya lebih bertenaga, lebih sihat untuk menjayakan penyusuan tersebut.

Selepas bersalin, pengeluaran susu ibu kurang adalah perkara yang normal. Namun ada juga ibu yang tiada masalah langsung atau pun boleh dikatakan banyak susu. 

Ibu yang kekurangan susu mulalah rasa risau takut-takut tak dapat nak susukan bayi dengan sempurna. Mungkin si ibu berfikiran bahawa memang susunya sikit dan tak boleh nak buat apa dah untuk atasi masalah tersebut. Usah panik! 


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.


Antara suplemen yang boleh membantu ibu menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun ialah :

1. Vitalea (multivitamin)
Lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk melengkapi nutrisi yang diperlukan akibat diet tak seimbang. Selepas bersalin ibu cenderung untuk mengalami kekurangan zat, apatah lagi jika mengamalkan pantang yang strict yang mengabaikan pengambilan buah dan sayur-sayuran.

2. Vitamin C
Untuk pertumbuhan dan pemulihan tisu. Vitamin C penting untuk untuk perkembangan bayi. Ibu menyusu yang mengambil vitamin C akan menyalurkan khasiat melalui susu ibu - bayi tidak mudah terkena penyakit kerana sistem imun yang tinggi. Vitamin C juga berperanan mencantikkan kulit.

3. B Kompleks
Membantu mengelak stress dan juga untuk tenaga. Apabila stress, penghasilan susu ibu turut terjejas. Juga membantu untuk mendapatkan kulit yang cantik.

4. Alfalfa
Banyak nutrien penting dan vitamin yang semuanya penting untuk pertumbuhan yang sihat. Alfalfa digunakan secara tradisional sebagai milk booster sejak berabad-abad dahulu lagi. 






Selain pengambilan suplemen yang konsisten, perkara yang paling penting untuk menjayakan penyusuan termasuklah pengambilan air sebanyak 3 liter sehari. Selain itu, kekerapan mengepam setiap 2 hingga 3 jam sekali.

Semua itu hendaklah dilakukan tanpa rasa jemu demi memastikan insan tersayang mendapat khasiat yang secukupnya melalui susu ibu, dan bukannya susu formula. 

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 5 April 2014

Bolehkah Ambil Alfalfa Selepas Bersalin / Semasa Pantang

Alfalfa sememangnya terkenal sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang menyusu. Namun macam-macam pendapat berkenaan pengambilan alfalfa selepas bersalin yang menyebabkan sesetengah orang ragu-ragu untuk mengambilnya. 

Ada pendapat yang mengatakan alfalfa hanya boleh diambil 2 minggu selepas bersalin, manakala yang lain berpendapat ia boleh diambil sejurus selepas bersalin.

Jadi bolehkah ambil alfalfa selepas bersalin / semasa pantang?

Sebenarnya ada beberapa keadaan yang perlu diambil perhatian sebelum anda mengambil alfalfa. Secara asasnya, alfalfa boleh diambil sejurus selepas bersalin jika kedua-dua ibu dan bayi tidak mengalami sebarang masalah seperti bayi pramatang atau jaundis (kuning). 

Untuk masalah jaundis, seelok-eloknya alfalfa tidak diambil. Tunggu sehingga bayi bebas daripada jaundis, barulah ibu boleh mula mengambilnya.

Untuk bayi pramatang pula, juga dinasihatkan supaya tidak mengambil alfalfa sejurus selepas bersalin. Hanya perlu ambil vitamin yang asas untuk pantang seperti Vitalea, Vitamin C, B Kompleks, zink dan boleh ditambah ESP. 

Sebenarnya, alfalfa terkandung dalam set pantang seperti yang disyorkan oleh Shaklee. Jadi sudah tentu ianya selamat untuk diambil kecuali untuk beberapa keadaan seperti yang saya sebutkan di atas. 

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan memerlukan konsultasi selanjutnya, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 013-924 3387. 

Siti Nor Kamilah 
ID Shaklee : 885322 



Monday 9 September 2013

Menyusukan Anak Sambil Kuruskan Badan

Ramai di kalangan ibu yang baru dalam dunia penyusuan masih dalam ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan terutama apabila ayat yang selalu diberitahu ialah :

1. Jangan control makan sebab ianya akan ditukarkan menjadi susu ibu.
2. Pastikan pengambilan air yang seimbang dengan makanan.

Sesungguhnya makanan dan minuman itulah yang akan menghasilkan susu. Ada juga pendapat mengatakan lagi banyak makan lagi banyak susu. Ini kerana penghasilan susu ibu itu sendiri akan membakar kalori si ibu dan membantu badan si ibu tidak naik mendadak.

Namun tidak saya nafikan ada ibu-ibu yang menyusukan anak yang mendapati dirinya semakin membesar atau kenaikan berat sejak mengandung yang tidak turun-turun. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi antaranya ialah genetik, metabolisme yang rendah, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup.

Bagi ibu-ibu baru ada antara mereka yang sanggup berhabis duit ke tempat pelangsingan, bagi yang berduit boleh sahaja. Namun ada juga yang mengamalkan produk pelangsingan yang kononnya dijamin selamat untuk penyusuan. Bagi pendapat ibu secara peribadi, jika kita benar-benar berniat nak menyusukan si comel kita, kita perlu concern dengan apa jua yang kita makan kerana sesungguhnya ia memberi kesan kepada si kecil. 

Jika produk pelangsing itu membuatkan si ibu cirit birit, adalah lebih baik jangan diteruskan. Ini dikhuatiri mengganggu sistem penghadaman si kecil yang sedang menyusu dan boleh membawa kemudaratan pada si ibu dan juga anak akibat dehidrasi.

Ada juga email yang diterima yang bertanyakan apakah suplemen yang boleh membantu si ibu menghasilkan susu ibu dengan baik dan waktu yang sama membantu si ibu melangsingkan badan. Untuk merungkai persoalan ibu yang bertanya, saya kongsikan di blog ini agar ibu-ibu di luar sana yang berniat untuk menguruskan berat badan mendapat manfaat bersama.

Antara suplemen yang membantu ibu yang menyusu sambil berniat untuk melangsingkan badan ialah :

1. Protein soya (Alhamdulillah ramai yang telah mencuba protein soya ini memberi maklum balas yang buat ibu senyum lebar, antaranya ialah bengkak susu, bertenaga dan kulit kelihatan sangat cerah tanpa menggunakan krim pencerah!)

2. Multivitamin- ia sangat penting demi memastikan badan si ibu dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.



3. B complex- memastikan si ibu tetap bertenaga dan mood yang stabil.


4. Vitamin C- sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.

5. Alfalfa- membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik.

6. Performance drink- memastikan kandungan gula dalam badan si ibu sentiasa stabil dan mengelakkan dehidrasi.


Semua suplemen ini ibu makan sepanjang penyusuan beserta beberapa suplemen lain dan alhamdulillah ibu sangat puas hati. Suplemen ini semua selamat untuk penyusuan dan membantu si ibu menjaga badannya.

Cara pengambilan yang betul sangat membantu si ibu mencapai kejayaan!

Siapa tak nak cantik kan? Kecantikan itu adalah milik setiap insan! Nah, di samping berikan terbaik untuk anak, dapat yg terbaik utk diri sendiri, bonus juga buat suami!

Kredit : anakkuwiraku.com

Jika berminat untuk mencuba, hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah