Saturday 5 April 2014

Bolehkah Ambil Alfalfa Selepas Bersalin / Semasa Pantang

Alfalfa sememangnya terkenal sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang menyusu. Namun macam-macam pendapat berkenaan pengambilan alfalfa selepas bersalin yang menyebabkan sesetengah orang ragu-ragu untuk mengambilnya. 

Ada pendapat yang mengatakan alfalfa hanya boleh diambil 2 minggu selepas bersalin, manakala yang lain berpendapat ia boleh diambil sejurus selepas bersalin.

Jadi bolehkah ambil alfalfa selepas bersalin / semasa pantang?

Sebenarnya ada beberapa keadaan yang perlu diambil perhatian sebelum anda mengambil alfalfa. Secara asasnya, alfalfa boleh diambil sejurus selepas bersalin jika kedua-dua ibu dan bayi tidak mengalami sebarang masalah seperti bayi pramatang atau jaundis (kuning). 

Untuk masalah jaundis, seelok-eloknya alfalfa tidak diambil. Tunggu sehingga bayi bebas daripada jaundis, barulah ibu boleh mula mengambilnya.

Untuk bayi pramatang pula, juga dinasihatkan supaya tidak mengambil alfalfa sejurus selepas bersalin. Hanya perlu ambil vitamin yang asas untuk pantang seperti Vitalea, Vitamin C, B Kompleks, zink dan boleh ditambah ESP. 

Sebenarnya, alfalfa terkandung dalam set pantang seperti yang disyorkan oleh Shaklee. Jadi sudah tentu ianya selamat untuk diambil kecuali untuk beberapa keadaan seperti yang saya sebutkan di atas. 

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan memerlukan konsultasi selanjutnya, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 013-924 3387. 

Siti Nor Kamilah 
ID Shaklee : 885322 



No comments:

Post a Comment