Friday 16 May 2014

24 Kelebihan Susu Ibu

1. Susu ibu mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh bayi 4 hingga 6 bulan pertama.

2. Susu ibu mengandungi protein dan lemak yang memenuhi keperluan semulajadi bayi. 
3. Laktosa dalam susu ibu lebih banyak berbanding susu-susu lain, dan inilah yang diperlukan oleh bayi.
4. Vitamin mencukupi terkandung dalam susu ibu. Tiada vitamin berlebihan atau jus buah-buahan yang tidak diperlukan oleh bayi.
5. Zat besi yang mencukupi terdapat dalam susu ibu. Walaupun kadarnya tidak begitu tinggi, bayi mampu menyerap amaun yang diperlukan dengan baik. 
6. Susu ibu mengandungi jumlah air yang mencukupi walaupun tinggal di kawasan yang beriklim panas dan kering.
7. Susu ibu mengandungi garam, kalsium dan fosfat yang mencukupi untuk bayi.
8. Susu ibu mengandungi enzim lipase yang berfungsi mercerna lemak. 
9. Bayi susu ibu tidak mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun yang tinggi berbanding bayi yang tidak mendapat susu ibu. 
10. Susu ibu merupakan pelindung yang paling penting daripada kematian bayi yang berpunca daripada  diarrhetic illnesses dan jangkitan salur pernafasan.
11. Susu ibu mencegah penyakit yang berkaitan dengan alergi seperti asma, ekzema dan sebagainya. Ia juga mencegah beberapa jenis penyakit ketika anak itu berusia belasan tahun dan ke atas.

12. Diabetes dan masalah pencernaan jarang berlaku pada bayi susu ibu.
13. Penyusuan susu ibu membantu bayi yang sakit sembuh lebih cepat.

14. Susu ibu mudah dan lebih cepat dicerna. Bayi lebih cepat lapar berbanding jika diberi susu lain selain susu ibu.

15. Susu ibu dah tersedia dan tidak perlu dibancuh.
16. Susu ibu tidak akan rosak atau masam walaupun bayi tidak menyusu selama berhari-hari.

17. Regular feeding, and feeding when the child desires it, prevents conception.
18. Susu ibu tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
19. Bayi yang diberi susu ibu lebih cepat perkembangannya dalam melihat, bercakap dan berjalan. 
20. Hisapan oleh bayi sejurus selepas melahirkan menghasilkan oksitosin yang menyebabkan pengecutan rahim dan seterusnya mengurangkan pendarahan pada ibu.
21. Ibu yang menyusukan tidak mudah mendapat kanser payudara atau kanser ovari.

22. Ibu yang menyusukan lebih mudah mendapat berat badan asal sebelum mengandung.
23. Susu ibu berubah mengikut keperluan harian bayi. Sebagai contoh, susu ibu bagi bayi yang dilahirkan pramatang berbeza dengan susu ibu bagi bayi yang dilahirkan cukup bulan. Subhanallah! Isn't it amazing?

24. Bayi yang diberi susu ibu lebih bijak dan ia dapat dilihat seawal sebaik sahaja dilahirkan. Kajian menunjukkan bayi susu ibu lebih banyak melakukan pergerakan dan menunjukkan tindak balas berbanding bayi lain. 

Rujukan : www.al-islam.org

SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang set menyusu Shaklee.

Siti Nor Kamilah
ID 885322

No comments:

Post a Comment