Showing posts with label Asid Lemak. Show all posts
Showing posts with label Asid Lemak. Show all posts

Monday 3 November 2014

10 Manfaat Omega Guard untuk Semua

1. Omega membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dalam kandungan. Risiko alahan pada bayi juga dapat dikurangkan dengan pengambilan Omega.
2. Omega sangat baik untuk kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan - fizikal dan mental. Juga sesuai untuk pesakit ADHD dan asma.  
3. Omega mencegah penyakit saluran darah dan strok. Dengan cara menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah.
4. Omega melegakan kesakitan dan bertindak sebagai painkiller. Ia bermanfaat untuk penyakit yang berkaitan dengan sendi atau otot.
5. Omega penting untuk kesihatan mata kerana DHA yang terdapat dalam Omega merupakan komponen utama retina mata.
6. Omega mengurangkan risiko kanser seperti kanser payudara, paru-paru, prostat dan kolon. Ia bertindak menghalang pertumbuhan sel tumor.
7. Omega membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. 
8. Omega mencegah serangan penyakit jantung. 
9. Omega membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Bermanfaat untuk pesakit diabetes. 
10. Omega membantu mengurangkan tekanan, kemurungan dan insomnia. Ia juga bermanfaat untuk pesakit skizofrenia.
11. Omega penting untuk kecantikan kulit.

Omega sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga dewasa. Omega terdapat dalam :

  • Set Mengandung
  • Set Menyusu
  • Set Kesihatan Sendi
  • Set Slimming
  • Set Kesihatan Lelaki
  • Set Kesihatan Wanita
  • Set Kesihatan Kanak-kanak
  • Set Gout
  • Set Darah Tinggi
  • Set Kecantikan Kulit
  • Set Kencing Manis
  • Set Buasir
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
SMS/Whatsapp 0139243387

Saturday 7 December 2013

Harga Runtuh Omega Guard Shaklee

Bulan ini merupakan bulan promosi untuk Omega Guard. Jadi maknanya anda akan dapat harga runtuh Omega Guard Shaklee untuk bulan ini sahaja. Tapi ada syaratnya iaitu Beli 6 Percuma 1. Sebelum saya bercerita lanjut tentang promosi bulan ini, kita berkenalan dulu dengan Omega. Yelah selalu sebut Omega tapi sebenarnya Omega ni apa ye?

Apa Itu Omega


Omega merupakan asid lemak tak tepu yang penting untuk kesihatan kita. Asid lemak ini tidak dihasilkan oleh badan maka kita perlu dapatkannya daripada pemakanan seharian. Ia terbahagi kepada 3 iaitu : 
  1. Omega-3 
  2. Omega-6
  3. Omega-9
Sumber Omega-3 ialah ikan laut air sejuk (salmon, tuna mackerel), walnut dan juga flaxseed. Manakala sumber bagi Omega-6 ialah kebanyakannya dalam bentuk asid linoleik daripada minyak tumbuhan seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak bunga matahari dan walnut. Omega-9 pula terdiri daripada minyak zaitun, avokado dan kacang tanah.

harga omega guard
Ikan salmon : Kaya dengan Omega 3 (Kredit) 

Jadi untuk entry ini kita fokus kepada suplemen minyak ikan iaitu Omega-3. Omega-3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)





Biasanya kita selalu dengar EPA, DHA ni dalam iklan susu tepung di televisyen. Itulah Omega-3. Seperti gambar di atas, kita disyorkan supaya makan ikan sebanyak 2 kali seminggu, menurut American Public Health Association. 

Tetapi adakah kita mengambil Omega-3 yang mencukupi dengan memakan ikan dalam diet seharian kita? 

Bagi yang gemar makan ikan, ok lah. Tapi macam mana dengan mereka yang tak suka makan ikan? Nak dapatkan sumber Omega-3 daripada mana?

Seperti yang saya sebut di atas, asid lemak Omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh badan, dan perlu dapatkannya daripada makanan. Jadi tak dapat tidak, kita perlu ambil makanan dengan Omega-3 ini. 

Shaklee menyediakan suplemen yang kaya dengan Omega-3 iaitu Omega Guard. Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000 mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA dan EPA. 

Sama ke minyak ikan Shaklee dengan minyak ikan yang lain? 

Jawapannya tentulah tak sama. Ia bukan dihasilkan daripada cod liver oil (minyak hati ikan) yang diwar-warkan berkhasiat tapi sebenarnya tidak. Dalam Islam pun tidak digalakkan untuk makan organ haiwan. Jadi agaknya kenapalah kita sering disogokkan bahawa cod liver oil ni bagus untuk kesihatan kanak-kanak terutamanya ye? Itu masing-masing kena jawab sendiri.

Berbanding dengan Omega jenama lain di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Selain itu, minyak ikan Shaklee dihasilkan melalui proses penyulingan yang dapat menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, arsenik, merkuri dan sebagainya. 

Jika anda pernah mengambil suplemen Omega, adakah anda pasti bahawa suplemen yang anda ambil itu selamat daripada sisa toksid di atas?



Sempena promosi bulan ini, jika membuat pembelian 6 botol Omega Guard, anda akan dapat PERCUMA 1 botol. Nak dapatkan keahlian percuma dengan pembelian Omega? Hubungi saya segera. Saya akan terangkan selanjutnya. 

SMS 013-924 3387