Saturday 16 May 2020

Jurnal 100 Hari Exercise (Day 2)

Tadi nyaris tak pergi briskwalk. Tiba-tiba je rasa mengantuk lepas berbuka puasa. Try tidur sekejap, tapi takleh lelapkan mata pun. 

Jadi, saya decide untuk terus bersiap-siap dan keluar. Malam ni sejuk je. Tak macam semalam, takde angin. 

Mungkin sebab nak hujan. Kilat ada kelihatan sekali sekala, tapi agak jauh. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Malam ni baru rasa lenguh sikit kaki tu. Tak lari pun walaupun teringin sangat. Sebab memang tak larat. I guess, kena turunkan berat badan sikit kut baru boleh start lari. 

Hari ni baru rasa berpeluh sikit berbanding semalam. Plus lepas balik tu saya buat kerja pertukangan sikit (gergaji kayu), makin banyak peluh keluar. 

Rasa best pulak briskwalk malam ni. Tak lupa juga saya bawa air Performance Lime. Nak tidur ambil 4 biji Ostematrix supaya lenguh-lenguh ni hilang dan juga mudah bangun pagi. Rasa tak sabar nak habiskan journey 100 hari ni :)

Masa saya tulis blog ni dah nak dekat pukul 12 malam, jadi catatan saya ni adalah post pada 15 Mei dan bukannya 16 Mei. 

Malam nanti saya sambung pula untuk Day 3. InsyaAllah. 

Friday 15 May 2020

Seminar Rezeki Magik

Alhamdulillah dalam tempoh PKP ni, takleh gi mana-mana, saya berpeluang join seminar online dari rumah je. Nama pun Seminar Rezeki Magik. 

Saya dapat join pun kira magik juga sebab adik yang sponsor. Out of nowhere. Yuran sebenar dalam RM 300 juga untuk seorang. Alhamdulillah 'ala kulli hal. I am abundant. 

Seminar ni terdiri daripada 3 speaker iaitu Prof Dr Muhaya, Pak Nasrullah (Magnet Rezeki) dan juga Ustaz Hakim (Avengers). 

Seminar 2 hari ni mengajar tentang cara-cara supaya kita dapat capai magik dalam kehidupan sehari-hari. Bukan berdasarkan logik semata-mata. 

Best sangat seminar ni, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Banyak juga persoalan yang bermain di fikiran selama ini, terjawab dalam seminar ini. Tinggal nak apply je. 

Yang paling memberi kesan kepada saya, dapat belajar cara solat taubat daripada Pak Nasrullah. Ilmu ni sangat mahal. Siap praktikal lagi di mana seminar bermula pukul 4.00 pagi. Belajar cara buat solat taubat dan terus apply on the spot. 

Amazing. Daripada lebih seribu peserta, dalam 800 orang juga yang join live fb pukul 4 pagi tu. InsyaAllah semoga Allah turunkan rahmat dan keberkatan kepada semua peserta termasuklah saya. Amin. 

I am magic. 

Jurnal 100 Hari Exercise (Day 1)

Dah lama sebenarnya saya tak konsisten exercise. Entah la. Rasa malas sangat walaupun saya tahu banyak kesan positif saya rasai selepas exercise. Macam post saya sebelum ini

Rasa macam letih sangat. Jadi takde tenaga untuk exercise. Lepas exercise, selalu rasa letih + mengantuk juga. Jadi, ini antara faktor yang menyebabkan malas exercise. 

Tapi, lepas saya baca ebook Inche Hujan - Magik 7, makin berkobar-kobar rasa nak exercise bila baca cerita orang yang konsisten exercise. Tu pun belum habis lagi baca sebenarnya. 

Nak dapat magik, kena exercise

Tu point penting yang saya dapat. 

Bulan puasa ni, masa yang terbaik untuk exercise tak lain tak bukan ialah waktu malam. Nak exercise waktu pagi sebelum sahur agak sukar sebab kena masak. 

Melainkan saya usaha bangun awal seawal 3 atau 3.30 pagi, boleh la. Tapi bukan senang. 

Biasanya start masak dalam pukul 4.15 pagi. Walaupun hanya panaskan lauk atau goreng ayam/ikan je, still kena awal. 

Dari segi saintifik, saya kurang pasti tentang baik atau tak exercise waktu malam. Yang penting sekarang, saya nak konsisten exercise, ikut jadual saya sendiri. 

Jadi, saya ambil keputusan untuk try semula exercise malam macam dulu. 

Sebenarnya saya juga risau tengok badan anak saya, Khadijah yang bagaikan dipam-pam sejak PKP ni. Yelah makan tidur makan tidur. Bimbang tak muat baju sekolah je bila dah mula sekolah nanti. 

Ajak dia exercise dalam rumah je (tengok exercise kat youtube), dia tak nak. Jadi nak tak nak kena jugak ajak dia join sekali. 

Tapi briskwalk atau jogging dia tak nak. Dia nak naik basikal je. Basikal pula dah bocor tayarnya.

Jadi bila kedai basikal dah buka masa PKPB barulah saya boleh hantar ke kedai basikal untuk tukar tayar. Kesian pula bila tengok kedai basikal tu takde customer pun. 

Mesti terjejas pendapatan. Yang kesian lagi, pekerja. Berapa la agaknya gaji dia dapat. Dahla baru je start kerja semula. 

Jadi alhamdulillah hari ni first day. Dalam setengah jam je briskwalk. Jadi la. Walaupun briskwalk ni tak berpeluh sangat berbanding exercise dalam rumah (tengok video kat youtube), i'm happy. This is my small win. 

Tadi cakap kat Khadijah, kan best kalau ummi pun ada basikal. Boleh la naik basikal sama-sama. Mana tau kan. Ada rezeki insyaAllah boleh. 





Thursday 2 April 2020

Vitamin Kuatkan Antibodi Tubuh

Umum mengetahui tentang kebaikan vitamin C dalam mengekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi tubuh supaya dapat melawan penyakit. Tapi sebenarnya, bukan vitamin C sahaja yang boleh kita ambil. Banyak lagi. 

Lebih-lebih lagi ketika wabak Covid-19 ni melanda, laku sungguh vitamin C sampai takde stok. Yang terbaru, 30,000 botol vitamin C Shaklee sold out hanya dalam masa setengah jam. Apa lagi vitamin yang boleh kita ambil untuk kuatkan antibodi tubuh?

1. Multivitamin
Multivitamin terdiri daripada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari. Multivitamin Shaklee iaitu VitaLea Iron Plus mengandungi 28 vitamin dan mineral penting termasuklah vitamin C, E dan beta karotena untuk perlindungan antioksida.



2. Vitamin B
Vitamin B berfungsi menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga dan juga fungsi penting yang lain. Vitamin B Kompleks Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B dan dilengkapi dengan biotin dan asid folik.


3. Omega 3
Asid lemak Omega 3 terdapat dalam membran yang menyelaputi sel dalam tubuh kita. Asid lemak Omega 3 merupakan asid lemak di mana ia perlu diambil setiap hari dan tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri. Jadi tak dapat tidak, kita perlu mengambil makanan yang mengandungi asid lemak ini atau ambil suplemen. 

4. Protein
Protein merupakan asas kepada sel termasuklah sel imun. Kekurangan protein menyebabkan sistem imun menurun sebanyak 30%. Ini kerana antibodi yang membantu tubuh melawan jangkitan penyakit dihasilkan daripada protein. Sel sihat > organ sihat > sistem sihat >  tubuh yang sihat. 



Semua vitamin di atas merupakan nutrisi asas yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang optimum dan seterusnya dapat kuatkan antibodi tubuh. 

Ia bukannya diambil bila kita dah sakit, tapi perlu diambil sebelum kita sakit. Vitamin juga bukan merawat penyakit. Ia hanyalah membantu mencegah daripada penyakit. 

Jika ditakdirkan kita mendapat jangkitan penyakit yang ditakuti itu, sekurang-kurangnya ia tidaklah teruk dan juga lebih cepat sembuh berbanding mereka yang lemah sistem imun tubuhnya. 


Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 0139-9243387

Friday 20 March 2020

Covid-19 di Malaysia : Apa Perlu Kita Lakukan

Sekarang di mana-mana orang bercakap tentang Covid-19. Bila scroll newsfeed facebook, semua orang cerita tentang Covid-19. Share itu share ini. Tidak kurang juga netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat di facebook tentang isu Covid-19 ni.



Bagi saya, walaupun kita rasa kita betul dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika berlaku wabak Covid-19 ni, ia bukanlah alasan untuk kita mengutuk orang.

Rata-rata share atau update benda yang negatif dengan penuh emosi. Bukannya tak boleh risau. Boleh. Penyakit yang boleh bawa maut dalam masa yang singkat kut.

Saya pun risau tapi biarlah berpada-pada. Kita ambil langkah yang sepatutnya untuk mengelak daripada virus ni. Dan selebihnya kita tawakal. 

Salah satu cara saya mengurangkan rasa risau dan stress tentang Covid-19 ni ialah dengan tidak membuka media sosial terutamanya facebook dan juga tak baca berita. Kalau tak, 24 jam asyik fikir pasal Covid-19 je. Bertambah risau jadinya. 

Dalam law of attraction sendiri, kita akan menarik perkara yang selalu kita fikirkan walaupun kita tak nak. Sebagai contoh, ketika memandu kita risau jika berlaku kemalangan, maka itulah yang kita akan dapat. 


 Image result for you attract what you think

Jadi, apa yang perlu kita lakukan semasa wabak Covid-19 ni?

- Duduk di rumah.
- Makan makanan yang berkhasiat, dan bukannya makanan rapu. 
- Ambil suplemen untuk tingkatkan sistem imun badan kita. 
- Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh melemahkan sistem imun seperti merokok.  
- Jika perlu keluar, pakai mask dan kerap cuci tangan. 
- Kurangkan masa dengan media sosial supaya tidak terlalu risau dan juga stress bila baca tentang Covid-19 ni. Stress juga boleh menyebabkan sistem imun badan menjadi lemah.
- Patuhi arahan pihak berkuasa
- Selebihnya, kita boleh berdoa dan melakukan ibadat yang lain (seperti solat hajat) supaya dijauhkan daripada mendapat penyakit ini.

Selain daripada itu, mungkin di luar kawalan kita. Dan kita tak mampu buat apa-apa. Jadi, usah terlalu risau. InsyaALLAH semua ini akan berakhir juga. Cepat atau lambat je.

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387