Saturday 21 December 2019

Kulit Glowing Dengan Exercise

Sejak saya mula jadikan senaman satu rutin, saya perasan sesuatu. Kulit muka jadi lebih gebu, lebih lembut dan licin. Atau lain perkataan, lebih glowing. Saya tertanya-tanya juga la. Sedangkan saya takde pun pakai skincare atau krim tertentu. 


Rupa-rupanya, baru saya sedar bahawa ia merupakan side effect exercise. Side effect yang bagus. Seriously, sebelum ni tak tahu. Nak buat macam mana, dah nak dekat 40 tahun hidup, ni baru nak mula exercise. Agak lambat, tapi better late than never. 

Sebelum ni takde kesedaran untuk amalkan cara hidup sihat. Arwah Abah dulu cikgu sukan tapi anak dia takde pun yang mewarisi bakat beliau. Saya sendiri selepas join Shaklee baru hati terbuka sedikit demi sedikit untuk mula mengambil berat tentang kesihatan. 

Mana taknya, bila kita tengok orang lain (Master Coordinator Shaklee) boleh jogging sehingga berpuluh kilometer setiap hari, secara tak langsung kita jadi terinspirasi sama. Tapi tak mampu la nak buat macam tu. Kita buat ikut kemampuan diri sendiri. 

Macam saya, saya mampu exercise di rumah je dalam 30 minit hingga sejam sehari. Ikut video kat youtube je. Saya exercise memang sebab nak kurus pun, tapi yang lebih penting daripada itu ialah sebab nak jaga kesihatan.

Yang dah lama saya abaikan. Sedangkan tubuh badan kita ni adalah amanah daripada Allah yang perlu kita jaga. 

Di sini saya share tentang kebaikan exercise untuk kulit.

kredit

kredit

kredit

Jom exercise!

Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp 013-924 3387

1 comment: