Friday 24 August 2018

Masa Exercise Yang Paling Baik

Semalam semasa sedang menjemur kain di depan rumah, ada 2 orang tengah jogging aka berjalan, lalu depan rumah. Sorang perempuan, sorang lelaki. I guess they must be adik-beradik. Masa tu dah lewat dah. Pukul 10 lebih. 

Ting! Tiba-tiba dapat idea. Why not saya pun turut jogging di kawasan perumahan ni je, tapi jogging waktu pagi la. Lepas subuh ke. Dapat sejam sehari pun ok sangat dah. 

Kalau malam, tak berapa sesuai kut. Lagi pun, tujuan exercise supaya kita bertenaga tak tercapai la. Pulak tu, lepas exercise, tidur. Jadi memang tak sesuai untuk saya. 

Apa pun, saya berterima kasih sangat kat adik tu yang beri ilham kepada saya untuk start jogging. Ye dah lama sangat nak jadikan ia sebagai rutin tapi masalahnya tak start start pun. 

Bukan saya je yang kena turunkan berat badan sebenarnya. Khadijah pun. Makin hari makin buncit perutnya tu. Nak buat macam mana, makan tak pernah tak berselera. 

Jadi ada lebih kurang 4 bulan je lagi nak habis 2018 ni. Tak kira saya mesti dapat berat badan ideal iaitu 55 kg pada 31 Disember 2018 ni. 

InsyaAllah esok nak start. May Allah ease. 


Thursday 16 August 2018

Vitamin Untuk Kesuburan Suami dan Isteri

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dikategorikan mengalami masalah ketidaksuburan apabila dah berkahwin selama setahun tapi masih belum hamil. Bagi pasangan yang lebih lanjut usia pula, tempoh tersebut lebih pendek iaitu 6 bulan. 

Bagi pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan ini, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Selain itu, boleh juga ambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri dalam masa yang sama kerana kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. 

Vitamin antioksidan antara yang sangat penting yang perlu diambil oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri. Resveratrol dalam Vivix merupakan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikel bebas. 

Kualiti telur (ovum) bergantung kepada paras aliran darah di sekitar ovari dan juga jumlah antioksidan yang mencukupi untuk melindungi daripada radikel bebas. Jika jumlah antioksidan kurang, ia menyebabkan sel telur yang tidak sihat, tidak matang dan sebagainya. 

Selain itu, resveratrol dapat mengelak masalah ejakulasi pramatang dan jumlah sperma yang sedikit di kalangan lelaki dengan cara meningkatkan kandungan nitric oxide dalam tubuh. Nitric oxide yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan juga ejakulasi pramatang.

Resveratrol juga dapat mengekalkan kesihatan sperma dan seterusnya memudahkan untuk hamil. Selain mengambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri, ikhtiar dengan doa dan sedekah jangan dilupa.  





*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday 14 August 2018

Kurus Tanpa Diet Dalam Masa 2 Bulan

Sebenarnya bila bercakap tentang kuruskan badan, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika nak kurus dengan cepat, contohnya dalam masa seminggu ke. 

Bila baca testimoni produk boleh kurus dengan cepat seawal 3 hari, saya musykil apa la kandungan dalam produk tu yang boleh bagi kesan yang cepat. Takut ada bahan terlarang je. Yang peliknya ramai juga yang berminat nak cuba tu. 

Ada juga nak kurus tanpa diet yang betul, nak kurus tanpa bersenam, nak kurus tanpa tinggal nasi, macam-macam ragam. Yang sebetulnya, jika nak kurus perlu jaga pemakanan, bersenam dan juga ambil suplemen untuk mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. 

Untuk artikel hari ni saya nak share pengalaman pengguna Shaklee yang telah berjaya kurus tanpa berdiet pun. Atau dalam lain perkataan terkurus tanpa sengaja. 

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 18 : ELYANIE CHE ROS

BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN 17 KG DENGAN CEMERLANG TAK SAMPAI 2 BULAN & TANPA DIET!




Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada follower Supermom Shaklee Story semua.

Saya Elyanie Binti Che Ros. Isteri kepada Mohd Zahir Bin Kamaruddin. Mama kepada Ahmad Aryan Razin Bin Mohd Zahir. Boleh panggil saya yanie, yanie berusia 27 tahun. Asal Ipoh Perak sekarang sudah menetap di Kuala Lumpur.

Untuk makluman semua hari nie yanie nak sharekan dengan korang berkaitan testimoni suami tersayang yanie yang super awesome yang buat kami suami isteri hati berbunga-bunga.

Suami yanie sendiri semakin fall in love dengan supplemen SHAKLEE sampai dia semakin semangat nak share bila kawan-kawannya bertanya kenapa dia semakin berubah dan nampak lain sangat sekarang daripada dahulu.

Siapa yang pernah jumpa suami yanie masa badan dia gemuk dan berisi sampai tak nampak leher memang akan perasan bila jumpa suami yanie sekarang kerana perubahannya sangat ketara dan memang ramai cakap dan tegur suami yanie semakin kurus, nampak ketara sesangat daripada dahulu.

Korang bayangkan sekarang suami yanie sudah boleh pakai size seluar 32-30 taw itu pun kadang longgar terpaksa juga pakai tali pinggang. Sebenarnya dulu suami yanie punya size seluar 38-36 oiii. (Bapak besar giler). Memang super terkejut yanie suami punya size pinggang turun mendadak sangat.

Suami yanie happy sangat sekarang. Sekarang suami yanie pun lebih suka makan buah-buahan dan minum air masak lebih 3 liter setiap hari. Memang air manis makin kurang minum. Makan nasi pun sekarang kurang sesangat.

Untuk pengetahuan semua suami yanie sebenarnya tak pernah diet pun langsung dan tak pernah fikir nak turunkan berat badan. Suami yanie pun makan sama jer macam selalu setiap hari. Tapi setiap hari suami yanie sebenarnya memang akan consume supplemen dari SHAKLEE iaitu VIVIX & ESP untuk kekalkan tenaga dan hidup lebih sihat.

ESP SHAKLEE suami yanie akan ambil setiap hari sebelum pergi kerja & VIVIX SHAKLEE suami yanie ambil sebelum tidur. Tue la rahsia sebenarnya suami yanie dapat kurus dan badan lebih bertenaga sepanjang masa walaupun banyak kerja perlu dilakukan di pejabat mahupun kerja luar.

Alhamdullilah syukur sangat dan tak sangka suami yanie dapat turunkan berat badan hampir 17 kg. Dia hanya konsisten pengambilan ESP & VIVIX SHAKLEE setiap hari dalam masa kurang daripada 2 bulan sahaja. Bayangkan kalau dia diet memang tak sampai sebulan pun boleh dapat berat badan yang ideal.

Makan SHAKLEE bukan sahaja buat kita jadi sihat bertenaga tapi totally ubah 360 darjah diri kita taw. Bayangkan kalau kita dah 20tahun consume SHAKLEE mestilah makin gojes sihat cantik bertenaga walaupun masa tue dah berusia 30an atau 40an kan???

Kenapa kita semua perlu tunggu lagi. Wajib buat pilihan sekarang untuk kita hidup lebih sihat , cantik , kurus , bertenaga dan semakin gojes dengan mengamalkan supplemen SHAKLEE. Jangan sia-siakan amanah dari Allah. Sama-sama kita jaga sebaik mungkin. 


Coretan Ikhlas,
Elyanie Che Ros
Isteri Mohd Zahir 
Mama Ahmad Aryan Razin 




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Sunday 12 August 2018

The Miracle Morning 3

Semalam tak bangun awal sebab saya stay up. Alhamdulillah hari ni sambung balik. Bangun pukul 4 pagi. Tidur pun pukul 1. Susah nak tidur sebab minum kopi petang tu. 

Silence, Affirmation, Scribing, Visualization, Reading done. Exercise je tak buat huhu. 

Hari ni saya baca buku yang dibeli masa kat Big Bad Wolf dulu. Tengok buku macam menarik. Jadi saya beli. Dan mungkin juga ada info yang boleh saya apply untuk bisnes. Tajuknya : UNSTUCK- Your Guide to The Seven Stage Journey Out of Depression tulisan James S. Gordon, MD. 


Belum habis lagi baca. Dah baca pun banyak yang tak dapat nak tangkap. Jadi mesti kena baca lagi berulangkali supaya faham. 

Next Big Bad Wolf saya akan pastikan dapat borong 1 atau 2 kotak buku. Murah sangat tau. Tak jumpa kat tempat lain harga murah macam tu. Dah la bahasa Inggeris. Ye la buku bahasa Inggeris ni kan mahal. Harap-harap ada la rezeki untuk ke sana lagi. Maybe hujung tahun ni kut. 

Saturday 11 August 2018

Malas Makan Vitamin Tapi Nak Bertenaga, Nak Cantik

Pada umumnya semua dah tahu, bila kita rasa letih tak bertenaga, nak lakukan aktiviti seharian pun terbatas, ini merupakan masanya yang terbaik untuk cuba makan vitamin. Ada juga yang bergantung kepada nescafe, kopi, atau minuman tenaga sebagai energy booster baru dapat 'berfungsi' dengan baik.  Kalau tak, letih lemah semua ada.

Pengambilan minuman di atas, lebih-lebih lagi dalam bentuk 3 ini 1, bukanlah tak boleh. Namun, jika diambil dengan banyak atau dalam masa yang panjang, contohnya 3 kali sehari, dikhuatiri sakit buah pinggang pula yang bakal kita dapat.

Minuman tenaga yang ada di pasaran juga tinggi dengan kandungan gula. Silap haribulan boleh kena potong kaki sebab kencing manis. 

Lagipun sampai bila kita nak bergantung kepada bahan-bahan itu semua? Lama-lama boleh jadi ketagih. Tak sah kalau sehari tak ambil.

Kalau nak tahu, Shaklee ada suplemen yang sesuai untuk orang yang malas makan vitamin banyak-banyak jenis. Nak 1 je vitamin yang dah merangkumi pelbagai manfaat untuk kesihatan. Lagipun susah nak telan vitamin dalam bentuk pil.

Vitamin tersebut ialah Vivix iaitu dalam bentuk cecair. Vivix kaya dengan antioksidan, bagus untuk tenaga dan juga dapat membantu mencegah pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kanser, kencing manis dan lain-lain. Dan untuk wanita pula, dapat bonus lagi bila dapat kulit cantik dengan pengambilan Vivix ini.


vitamin untuk tenaga, vitamin awet muda


Cara pengambilannya amat mudah iaitu hanya 1 sudu sehari. Jadi jika anda malas atau susah nak makan vitamin, cubalah Vivix hari ini.







*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.