Thursday 16 August 2018

Vitamin Untuk Kesuburan Suami dan Isteri

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin dikategorikan mengalami masalah ketidaksuburan apabila dah berkahwin selama setahun tapi masih belum hamil. Bagi pasangan yang lebih lanjut usia pula, tempoh tersebut lebih pendek iaitu 6 bulan. 

Bagi pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan ini, dinasihatkan supaya mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor. Selain itu, boleh juga ambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri dalam masa yang sama kerana kekurangan nutrisi juga boleh menyebabkan ketidaksuburan. 

Vitamin antioksidan antara yang sangat penting yang perlu diambil oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri. Resveratrol dalam Vivix merupakan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikel bebas. 

Kualiti telur (ovum) bergantung kepada paras aliran darah di sekitar ovari dan juga jumlah antioksidan yang mencukupi untuk melindungi daripada radikel bebas. Jika jumlah antioksidan kurang, ia menyebabkan sel telur yang tidak sihat, tidak matang dan sebagainya. 

Selain itu, resveratrol dapat mengelak masalah ejakulasi pramatang dan jumlah sperma yang sedikit di kalangan lelaki dengan cara meningkatkan kandungan nitric oxide dalam tubuh. Nitric oxide yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular dan juga ejakulasi pramatang.

Resveratrol juga dapat mengekalkan kesihatan sperma dan seterusnya memudahkan untuk hamil. Selain mengambil vitamin untuk kesuburan suami dan isteri, ikhtiar dengan doa dan sedekah jangan dilupa.  





*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

No comments:

Post a Comment