Saturday 18 June 2016

Atasi Kuning atau Jaundis Pada Bayi Dengan Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum. Saya Yaya. Ibu kepada seorang anak. Saya nak buat testi sendiri pasal Esp & Set Pantang Shaklee. Macam mana saya boleh jatuh cinta & percaya dengan produk Shaklee ni.


Masa tahun 2013 saya baru tahu pasal kewujudan Shaklee ni. So, saya pun Tanya dengan Kak Aziyana masa tu pasal esp. Tujuan saya semata-mata nakkan tenaga masa mengandung dan masa bulan puasa. Saya bli esp sahaja masa tu. 


Sepanjang saya minum, saya rasa perubahan pada diri saya. Dahla boleh buat resipi sendiri. macam-macam saya try buat, semua sedap. Tak rasa lapar sangat. mampu untuk buat kerja lagi. Tapi masa tu sempat sekejap je dalam bulan puasa sebab nak habis da. (Sebab masa tu tak terfikir nak tambah lagi).


Lepas bersalin, saya beli full set berpantang Shaklee. Tapi masa tu barang dapat lambat. dah seminggu lebih bersalin baru dapat set Shaklee. 100% makan Shaklee sahaja. tak mkn Jamu pon sebab masa tu baby saya kena kuning. Nak cite pasal kuning baby ni, anak saya masa hari ke-3 camtu kena kuning. 


Saya tak boleh makan Jamu, sebab panas. Mak saya suruh minum air susu kambing yang piau tu ok. fuh! Kembang jugak la nak menelannya. saya kena minum air pegaga. macam-macam la kena makan. tapi kuning baby tetap tak turun. Bila Shaklee sampi je terus saya tak minum semua tu sebab loya tekak nak telan dah.


Saya makan je Shaklee, next appointment MasyaAllah. terkejut saya terus turun mendadak. doc kata tak payah amik darah da. Doc Tanya saya makan ape, saya cakap mkn Shaklee. die kata oooo. good2! Teruskan makan! Syukur Alhamdullilah. kalau tak sedih saya tengok tangan baby yang kecik tu kena amik darah. Dah la payah nak Cari urat. Hmm. Lepas tu, part saya pulak Alhamdulillah nak membuang tersangat la mudah. Lega je.


Hihi. rahim cepat kecut, luka Alhamdulillah cepat baik. Dan yang ketaranya kulit saya masa mengandung jadi hitam disesetengah tempat terus hilang. jadi sekata dah. sampai adik Ipar dok tanya2 makan ape. hihi. Kuku jadi kilat dan pink2 gitu. rambut kurang guguar, badan rasa bertenaga, tak lesu la. Susu badan Alhamdulillah melimpah ruah. Kadang tu asyik kena tukar baju je. Ermm. 


Dan yang paling2 saya suka Berat badan saya turun. Padahal saya makan jugak nasi. mungkin sebab pembuangan toksin yang lancar. So, berat badan saya maintain. Bila 1st time check Kat klinik, nurse tu sampai suruh saya timbang lagi sekali die nak tengok. sebab turun banyak. Sampai die kata, kalau camni die pon nak mengandung lagi. takyah risau Katanya. hihi.


Bila da Ada pengalaman sendiri macam ni kan, kita tak takut nak share dengan org lain. dalaman yang paling penting untuk kita jaga. Alhamdulillah sekarang da 34 minggu. da siap da beli set Shaklee awal2. ESP beli lebih untuk minum waktu pregnant ni. HB ok. normal.11 ke atas. semua ok.


Alhamdulillah..


YAYA ABD ARIS































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Kulit Cantik Dan Berseri-seri Dengan GLA Complex, Zink dan Collagen Powder Shaklee


Assalamualaikum. saya Sarah. berumur 31 tahun. sudah berkahwin dan mempunyai 2 cahaya mata. sebelum ni takde niat. memang takde sedetik niat pun ambil suplemen shaklee untuk cantik. pertama kali amalkan suplemen shaklee sebab nak bertenaga dan nak cari milk booster. 

time tu tengah menyusu mia, anak pertama saya. memang tengah aktif mengumpul stok. saat pertama jatuh hati dengan shaklee bila saya amalkan suplemen shaklee semasa bulan puasa. Alhamdulillah dari 5 oz sekali pam boleh increase 11 oz sekali pam. ibu mana yang tak excitedkan. saya berjaya menyusukan anak saya secara eksklusif 3 tahun dengan Set Menyusu Shaklee ( Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, Alfalfa, ESP). Alhamdulillah..

Pejam celik pejam celik dah 3 tahun rupanya saya mengamalkan shaklee dengan konsisten. Alhamdulillah memang tak pernah ke klinik atau warded. kalau nak bandingkan life saya sebelum makan shaklee. memang boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti selsema, batuk atau demam. kecil-kecil dulu memang selalu warded je. ada sedikit masalah semasa ibu saya melahirkan saya menyebabakan antobodi saya tak kuat. Alhamdulillah nikmat ni paling tak ternilai. nikmat rasa sihat sentiasa.

Selepas 6 bulan. saya pregnant anak kedua. masa saya pregnant ramai pulak tegur saya "sarah muka dah bersih" ."sarah nampak berseri-seri". ingatkan time pregnant je. manalah tau kan dapat seri dari anak dalam perut. tapi dalam pantang pun ada lagi yang tegur bercahaya muka. sampai dah habis pantang pun asal jumpa je kawan-kawan semua menegur. nampak sangat kan muka saya yang dulu mesti sangat-sangat lah teruk.

fb kan sejak akhir-akhir nie asyik lah up memory-memory picture yang lama. 2 tahun lepas pun ada. bila tengok balik. memang beza sangat muka sekarang dengan dulu. muka sekarang dah bersih. jerawat dah tak tumbuh. bekas jerawat pun dah samar-samar je. dan kulit muka makin cerah. actually kan sebelum saya amalkan shaklee selalu je ramai yang tegur saya nampak macam tak sihat. selalu tegur saya sakit. mungkin sebab kulit muka saya nampak kusam.

Saya fikir-fikir balik apa saya makan ye. haha baru teringat sebelum pregnant aritu ada tambah GLA Complex, Zinc Complex dan Collagen Powder. patutlah terpregnant. terambil GLA Complex rupanya hihi. lepas tambah Collagen Powder aritu mmg bekas jerawat cepat je pudar. tapi jerawat still tumbuh je kat muka. then add on GLA Complex barulah jerawat stop tumbuh. masa pregnant saya cuma ambil Set Pregnant (Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP, Omega Guard) dan Zinc Complex je. berpantang pun saya continue je semua suplemen-suplemen nie.

Alhamdulillah dari niat cuma nak bertenaga dan sihat je. dapat pulak bonus kulit makin cantik berseri. Alhamdulillah dapat nikmat hidup yang lebih baik dengan shaklee. insyaAllah terus konsisten mengamalkan shaklee sampai bila-bila.

SARAH MOHAMAD NOOR































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah



Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin Dengan Cara Yang Selamat dan Berkesan

BERAT SENANG TURUN SELEPAS BERSALIN


Assalamualaikum . Saya Ainul Mustafa ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi pengalaman saya makan set hamil dan berpantang Shaklee.

Semasa melahirkan anak pertama, saya belum berjumpa Shaklee. Sepanjang hamil berat naik 13kg dan selepas habis berpantang 44 hari berat hanya turun 9kg.

Anak pertama saya sudah 1 tahun pun berat saya susah sangat nak turun. Pelbagai cara , product saya guna tetapi hasilnya kurang berjaya malah akibatnya berat makin naik dan susu ibu makin berkurang

Semasa hamil anak ke dua, saya makan set Hamil Shaklee secara konsistent. Alhamdulillah sepanjang hamil tiada masalah dan berat naik 5kg sahaja sepanjang hamil. Tetapi berat anak kedua lebih dari anak pertama

Dalam tempoh berpantang juga, saya hanya mengambil set berpantang Shaklee. Susu banyak, luka cepat sembuh dan anak saya yang kena jaundice pun cepat pulih.

Paling best sekali, seminggu berpantang berat saya sudah hilang 8kg, Naik 5kg turun 8kg. Habis sahaja berpantang berat saya makin turun malah lebih kurus dari sebelum hamil.

Sekarang anak sudah 1 tahun pun berat masih boleh lagi maintain, susu pun masih meriah. 

Set hamil dan berpantang yang menjadi pojaan ramai wanita sekarang.

AINUL FADZILAH



















Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 0139243387

Monday 13 June 2016

Testimoni Vivix untuk Jeragat, Masalah Batu Karang, Kencing Tak Lawas, Period Tak Teratur Dan Sakit Kepala Keterlaluan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3. Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering. Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.

Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal. Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolagen Shaklee. Saya mencuba sebanyak sekotak. Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa di bahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.

Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami. Di samping masalah batu karang saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX. Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari di mana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.

Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari. Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi. Saya tidak lagi mengalami sakit di bahagian buah pinggang kiri, tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu. Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.

Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa. Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu. Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid di sekolah. Minum vivix asalnya sebab nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini. Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata. Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh.

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik. Alhamdulillah. Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX. I love vivix very much. muahhh ckit

SUHAILA ABDUL































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Testimoni Hipertiroid dan Kencing Manis Semasa Mengandung

As Salam. Saya Fairus Emilia, SID Shaklee since 2013. Cerita saya bersama Shaklee bermula semasa menyusukan Hanna, anak pertama saya. Semasa hamil juga, saya telah disahkan menghidap penyakit hipertiroid di mana hormon tiroid saya aktif melebihi paras normal.

Alhamdulillah sepanjang kehamilan semua berjalan dengan lancar. Saya nak berkongsi dengan para ibu semua yang mengalami masalah tiroid dan GDM (kencing manis semasa hamil).

Alkisah bermula masa kehamilan pertama, saya disahkan mengalami tiroid. So terus kena ambil darah. Bermula hari tu kene refer HKL dan klinik kesihatan untuk check-up. 

Dipendekkan cerita, selepas bersalin, semasa dalam pantang saya stop treatment tiroid. Tak buat proper follow up dah dari hospital. Ubat tiroid pun dah stop sampaikan satu hari saya rasa tak best pada badan saya.

Ujian darah tiroid lepas hamil menunjukkan bacaan tiroid yang sangat tinggi. t4=60 dan tsh bacaan tiroid tak normal. Doktor ada explain kat saya yang kemungkinan kalau tiroid saya tinggi akan beri kesan pada jantung saya.

Jantung boleh bengkak sebab terlalu kuat mengepam. Macam tu lah kefahaman saya. Heartbeat pun tak normal. Lebih dari 100 degupan/min.

So start hari tu saya pun terus decide nak consume GLA COMPLEX untuk kurangkan sikit hormon yang tak balance. Gla berfungsi untuk atur balik proses dalam badan kita. Omega guard pun start beli sebab nak bagi nutrisi pada jantung.

Lepas tu saya refer semula HKL untuk proper checkup di klinik pakar HKL. Masih consume Shaklee dan masa yang sama kene makan ubat hospital jugak. Both kene balance sebab supplement bukan untuk menyembuhkan. 

Tapi, sesuatu yang menggembirakan terjadi in between treatment hospital, saya hamil anak kedua. Alhamdulillah. Tapi berdebar jugak sebab sebelum tu doktor pakar dah ingatkan kene gap kan sikit kehamilan sebab nak kene kawal hormon tiroid biar jadi normal dulu.

Rezeki Allah saya tak tolak. Ambik GLA dan Omega jadi tersubur dan terhamil pulak. Hehehehehe Alhamdulilah. Izin Allah s.w.t.

Dipendekkan cerita lagi, sepanjang hamil anak kedua, treatment on, ubat tiroid on, supplement shaklee untuk hamil pun consume. Towards the end of 3rd trimester, kene pulak GDM kencing manis masa hamil. 

Dugaan lagi. Macam mana boleh silap pun tak tau laa. Sebelum ni tak pernah ada kencing manis, ter-ada pulak. Alhamdulillah nasib baik ESP ada, saya kawal diet, masa nak ambik darah untuk cek gula, malam tu kene puasa, ESP memang BESTFRIEND time tu. 

Alhamdulillah lepas tu bacaan untuk GDM back to normal, tapi still kene monitor gula. Selang beberapa minggu bacaan GDM dah normal semula. Syukur.

Lepas waktu yang ditunggu, dah bersalin, saya continue semula treatment tiroid. Alhamdulillah, lepas hamil, saya consume Set Berpantang Shaklee, add Vivix dan sambung balik makan GLA Complex + Omega. 

Bermulalah rutin biasa pesakit tiroid yang dah tak hamil. Anak kedua saya full Shaklee. Sampai sekarang menyusu dan consume Vivix + Omega + GLA Complex untuk tiroid.

Bacaan tiroid alhamdulillah, masa anak pertama dulu, tinggi, t4=60. Tapi masa Husna t4=40. Still tinggi tapi ada perbezaan masa first treatment tiroid selepas hamil Hanna dan Husna.

Saya teruskan konsisten makan Vivix + Omega + GLA Complex, Alhamdulillah dari t4=40 turun jadi t4=30+ sehinggalah sekarang bacaan t4=28. masih ada hipertiorid, sebab ubat hospital pun on off makan

Perlu diingat yer. walaupun kita consume supplement, kalau jenis yang sakit kronik ni, tak boleh off ubat hospital. Lagi satu saya perasan, masa saya konsisten both, ubat ok, supplement ok, bacaan tiroid saya back to normal. t4=24.

Syukur kepada Allah s.w.t sepanjang treatment tiroid dan kehamilan, saya sangat bertenaga. Handle 2 orang anak, drive ke HKL saat tengah sarat. Tak rasa letih pun. Memang sangat berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua.

Semoga yang membaca cerita saya mendapat sedikit inspirasi dan dapat kongsikan kepada family, kawan dan orang sekeliling yang ada tiroid jugak ok. Ikhtiar dan doa semoga kita diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik. InsyaAllah.

FAIRUS EMILIA



Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387



Kulit Gelap, Kusam dan Berminyak Hilang Dengan Vitamin E


Assalamualaikum.

Saya Nor Ruzanna Hanee atau lebih manja dipanggil sebagai ana. Dulu-dulu orang panggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung', mula-mula tu ok la tapi lama-lama terkesan plak rasanya orang panggil macam tu. Dalam hati Allah je tau betapa sedihnya. Macam-macam usaha saya lakukan nak hilangkan kulit kusam dan berminyak ni sampaikan kulit saya jadi sensitive akibat tersalah menggunakan produk.

Then takdir Allah saya dipertemukan dengan Shaklee. Permulaan saya consume Vitamin E Shaklee ni masa tu Vitamin C Shaklee tiada di pasaran, nak kena tunggu lama then saya decide nak guna vitamin E Shaklee. Masa tu bajet ciput tapi setelah ditambah tolak bahagi saya beli, lagipun Vitamin E ni tahan 4 bulan sebab pengambilannya sebiji je sehari. Bonus lain, Vitamin E ni boleh dijadikan masker, jimat kan hehe.

Alhamdulillah kini, kulit wajah saya beransur hilang kusamnya plus dah kurang berminyak dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten. Tona kulit pun menjadi sekata and tiada lagi yang memanggil saya dengan gelaran ‘dayang senandung'.


NOR RUZANNA HANEE






























Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387

Facebook : Siti Nor Kamilah


Saturday 11 June 2016

Penghidap Asma Selama 15 Tahun Semakin Sihat Dengan Suplemen Shaklee


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera.


Saya Nurul Hidayah bt Zakaria, dan hari ni saya nak kongsikan kisah suami saya, Akmal bin Azmi, seorang penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas. Dan asmanya diwarisi daripada keluarga.


Berkahwin dengan seorang penghidap asma tegar, membuatkan saya tidak senang duduk apabila suami saya diserang asma. Sejak awal perkahwinan kami, saya agak takut setiap kali asmanya menyerang. Suami saya tak boleh mengalami perubahan cuaca yang terlalu drastik (dari sejuk ke panas dan sebaliknya), berurusan dengan persekitaran yang berhabuk dan berdebu serta tidur dalam penghawa dingin terlalu lama. Kadang-kadang kalau silap makan pun, lelahnya boleh menyerang.


Lelahnya sering menyerang ketika waktu malam. Kadang-kadang pukul 3 pagi, nafas suami saya berbunyi. Memang sangat menakutkan. Dia saya perhatikan sangat susah untuk bernafas. Dan setiap nafas yang disedut, sangat pendek. Dan di tengah malam tu juga, saya terpaksa drive ke hospital untuk dapatkan rawatan. Walaupun suami saya dibekalkan inhaler oleh doktor, namun ada kalanya lepas 3 kali pam inhaler pun tetap tak berkurang.


Hampir setahun dua juga saya berulang alik ke hospital membawa suami saya untuk ambil nebulizer. Boleh dikatakan hampir setiap bulan kami perlu ke hospital. Malah lelahnya semakin hari makin teruk dan kerap. Tiada sebarang perubahan. Malah, kalau kami tak ke hospital, suami saya langsung tak boleh baring sebab terlalu sukar nak bernafas.


Isteri mana yang tak sayangkan suami sendiri kan? Dalam keadaan yang cukup merisaukan, saya tergerak hati untuk cuba berikan Shaklee kepada suami saya. Saya mula buat beberapa bacaan dan akhirnya saya memilih untuk konsisten dengan Vivix, Vitamin C, Omega Guard & Coq Health.


Setelah hampir 3 ke 5 bulan konsisten, saya mula perasan yang suami saya dah jarang pergi hospital untuk neb. Kalau tak dulu, dalam sebulan mesti kena ke hospital. Semakin lama suami saya konsisten, saya perhatikan hospital bukan lagi tempat lawatan kami. Malah, bila lelah mula datang, dia hanya pam sekali dengan inhaler. Dan lelahnya berkurangan.


Saya sangat teruja. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan peluang kepada kami untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat. Kini, saya lebih gembira bila suami saya dah jarang diserang asma. Saya juga tidak risau seperti dulu, bila suami saya lelah sampai susah nak bernafas. Dan kini, rasanya dalam setahun, baru sekali dua je suami saya perlu ke hospital untuk neb.


Walaupun saya tahu, penyakit asma tidak boleh diubati, tetapi sekurang-kurangnya suami saya semakin sihat dan asmanya datang sekali sekali dan tidak teruk seperti dahulu. Syukur Alhamdulillah. Penghidap asma sejak 15 tahun yang lepas telah mendapat kesihatan yang lebih baik sekarang.


Sekarang, saya konsisten berikan Omega Guard kepada anak-anak saya. Itulah salah satu usaha yang saya lakukan untuk mereka. Semoga anak-anak saya bebas daripada asma. InsyaAllah.


Terima Kasih Shaklee. Kami sayang Shaklee.


NURUL HIDAYAH BT ZAKARIA & AKMAL BIN AZMI
































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah


Friday 10 June 2016

Vitamin Untuk Kolesterol Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 


Saya Noor Azmiah Mohamad, isteri kepada Huzair Bahrin. Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana pertama kali saya dan suami jatuh cinta dengan produk Shaklee. 


Orang kata kalau tak kenal tak cinta, tak cuba mana nak tahu kan. Sebelum saya betul2 jatuh cinta dengan produk shaklee saya pernah beli dan makan beberapa vitamin shaklee tapi mmg main2 shj...sehari makan...sehari tak...kadang2 seminggu xmakan...org kata mmg tak bersungguh langsung...sampai akhirnya produk expired dan dimakan tikus, tikus pun tahu pilih produk yg natural...lawak pun ada. Tapi, sampai satu hari...saya terdesak dan terpaksa mencari semula produk Shaklee ni...


Kisahnya bermula apabila suami saya, disahkan kadar kolesterol dalam darahnya terlalu tinggi dengan bacaan 13.0 (normal 5)....bacaan hati atau Alt pula 100+ (normal 41) yang mana pada tahap merbahaya dan risiko tinggi utk serangan jantung atau strok. Masa pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KKM) mmg doktor juga terkejut dengan bacaan tersebut dan minta refer ke hospital. Tapi, suami minta utk tangguhkan sebulan sbb suami seboleh2 tak mahu bergantung pada ubat ubatan dr hospital. Masa tu mmg risau sgt.


Sebelum membuat pemeriksaan suami saya mmg hadapi sakit sakit badan, lesu dan kalau lihat raut wajah pun tak ceria. Saya memulakan misi google mencari produk Shaklee utk kolesterol...beli dan terus jadi ahli. Maka sejak dr hari pertama terima produk itu, dengan konsistan makan set kolesterol terdiri dr Omega, lecithin, garlic dan saya add on Alfalfa sekali makan berdua (walaupun saya xde buat pemeriksaan tapi pemakanan kami sudah tentu sama) jadi saya pun makan sama...


Genap 1 bulan suami ulang buat pemeriksaan darah semula mmg agak berdebar juga sbb takut kena telan ubat klinik setiap hari...But, Amazing! Its really works! Kolesterol dr bacaan 13 turun kepada 6.2, walaupun belum bawah tahap normal tapi separuh dr bacaan pertama....Alt atau liver function pula...turun kepada 43...hampir juga keparas normal...dan doktor sgt kagum dengan keputusan itu...gembira sgt bila doktor minta suami teruskan makan produk shaklee. Dan kami yakin dengan izin Allah, masalah ini dapat diatasi jika kami teruskan pemakanan sihat dan supplemen Shaklee.


Waktu suami saya buat pemeriksaan kedua saya tak turut serta. Disebabkan gembira...suami siap minta doktor tuliskan bacaan sebelum (pemeriksaan pertama) dan selepas (pemeriksaan kedua) untuk tunjuk pada saya. Keratan kertas tu saya sertakan dibawah.


Sejak hari itu kami mmg yakin produk Shaklee bukan sebarangan. Ia benar benar berkesan dan yang paling penting 100% semulajadi. Sehingga kehari ini kami berdua masih terus consistant mengamalkan supplemen Shaklee. Alhamdulillah.






PN. NOOR AZMIAH & EN. HUZAIR


 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah
















Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum.

Saya ingin kongsikan kisah Shaklee saya dengan anda semua. Dalam banyak-banyak Shaklee Effect,yang saya suka ialah Set Berpantang. Alhamdulillah, pada 11 September 2015 saya selamat melahirkan anak kedua dan bermulalah kisah berpantang 44 hari saya bersama Set Berpantang Shaklee.


Selepas keluar daripada labour room, saya terus ambil Set Berpantang Shaklee iaitu, Vita Lea, B complex, Zinc Complex & Sustained Release Vitamin C. Memang set berpantang saya bawak siap-siap ke pusat bersalin. Saya rasa lebih bertenaga selepas ambil 4 jenis vitamin tersebut. Maklumlah, proses meneran telah membuatkan saya lemah walaupun kontraksi sekejap sahaja. 


Banyak kelebihan dan kesannya saya menggunakan set berpantang Shaklee ini. Berbeza dengan berpantang anak pertama. Masa berpantang anak pertama, saya makan set Shaklee dengan set berpantang klinik. Jadi, tidak tahu yang mana berkesan. Berpantang kali ini, saya memang bertekad untuk konsisten makan vitamin-vitamin berpantang


Dari segi luka jahitan, hari keempat berpantang, benang jahitan luka perenium sudah tertanggal. Luka cepat bercantum dan semakin pulih. Hari ke 14 berpantang, kesemua benang sudah tertanggal. Saya tidak risau lagi. Satu lagi, saya pernah mengalami masalah bengkak susu semasa berpantang, Alhamdulillah setelah makan 4 biji Lecithin, rasa sakit akibat bengkak mulai hilang. 


Saya juga lebih bertenaga dan kurang stress untuk menguruskan 2 orang anak dalam satu masa. Pengeluaran susu juga terbaik dan saya boleh buat stok susu untuk digunakan pada masa akan datang. Masalah sembelit juga tiada dengan adanya Ostematrix Shaklee. Berbanding anak pertama, sembelit berterusan sehingga bayi berusia 4 bulan. Peranakan cepat mengecut dan bidan juga mengakuinya. 


Hari ke 15, saya ambil Alfalfa Complex & GLA Complex untuk menstabilkan hormon dan juga untuk kesihatan dalaman saya. Penghasilan susu ibu juga meningkat selepas makan Alfalfa Complex & lebih pekat bila ambil ESP. Sekarang saya gigih kumpulkan stok ebm untuk bayi saya. 


Dengan adanya set berpantang Shaklee, saya lebih bertenaga & lebih ceria menjalani proses berpantang saya sehingga hari ke 44. Set Berpantang Shaklee TERBAIK !!!. Jika orang Tanya pendapat saya tentang set berpantang pilihan, pastinya saya akan cakap SET BERPANTANG SHAKLEE.

 
Wan Zainab Bt Wan Muhammad
(Che Wan Suplemen)


 

Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah