Alhamdulillah Khamis lepas telah selesai webinar Group iReach
iaitu group Shaklee di bawah upper upline saya iaitu Presidential Master Lyna
Noh. Webinar semalam telah disampaikan oleh Ija Ramli dengan tajuk Dahsyatnya Bersyukur Dari Hati.
Bermula
lebih kurang pukul 9.30 sehingga 11.30 malam. Wow! Webinar kali ni memang luar
biasa hebat.
Biasanya webinar sebelum-sebelum ini ambil masa 1 jam sahaja. Bagi yang belum familiar dengan webinar, ia bolehlah
diibaratkan sebagai meeting atas talian.
Kita boleh dengar suara dan slaid yang
dipaparkan. Selain itu, boleh berinteraksi dengan speaker yang menyampaikan
webinar tersebut dengan menaip perkataan pada kotak yang disediakan.
Sejujurnya, saya dulu pun tak pernah dengar perkataan
webinar ni. Dah join Shaklee baru tahu. Maklumlah, macam-macam perkara yang
saya kena belajar sejak join Shaklee ni.
Tapi tak la pulak saya rasa bosan,
sebab makin banyak kita study, makin banyak yang kita tahu. Makin banyak yang
kita tahu, makin mudah untuk consult customer. Dan seterusnya membawa kepada
peningkatan income kita. Best kan?
Mulai hari ini, saya akan kongsikan pengalaman tentang
kebaikan, keseronokan dan kegembiraan saya bekerja dari rumah melalui entry Syoknya Bekerja Dari Rumah.
Kerana pasti ramai isteri, ibu malah wanita yang belum
berkahwin pun lagi yang berimpian untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM) tetapi
masih samar-samar. Tak tahu macam mana caranya.
Saya dulu pun memasang angan-angan untuk menjadi WAHM
sebelum saya berkahwin lagi. Sebelum saya bertemu calon suami lagi (yang kini dah
menjadi suami).
Saya tak tahu kenapa keinginan tersebut sangat kuat. Dan juga
pada masa tu belum ada idea langsung macam mana nak capai impian tersebut. Yang
saya tahu, saya nak duduk di rumah je jaga anak :)
Salah satu sebab saya seronok bekerja dari rumah ialah
kerana saya tak perlu menghadiri meeting larut malam (yang sinonim dengan MLM)
walaupun Shaklee sendiri merupakan MLM. Sekarang dengan kemudahan teknologi,
macam-macam yang kita boleh manfaatkan.
Tidak pernah sekalipun saya terpaksa
meninggalkan suami dan anak di rumah untuk meningkatkan ilmu bisnes dengan
menghadiri perjumpaan bisnes pada malam hari kerana ia boleh dilakukan dari
Small Office Home Office (SOHO) sahaja melalui webinar.
Malah speaker yang menyampaikan webinar tersebut juga boleh
melakukannya di rumah dengan ditemani oleh suara jeritan dan pekikan anak-anak
(sebagai music background hehe). Begitulah meriahnya webinar Shaklee.
Webinar merupakan salah satu cara yang mudah untuk pengedar
Shaklee berkongsi dan menuntut ilmu. Free je pun. Tak perlu bayar. Nak atau tak
nak je.
Yang bestnya, speaker boleh berada di mana-mana sahaja di
seluruh dunia, asalkan ada talian internet. Mudahnya webinar ni. Ia salah satu
tool penting untuk bisnes, lebih-lebih lagi bisnes online.
Jika anda mahu merasai keseronokan bekerja dari rumah dengan
Shaklee, anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee. Kalau nak join under
saya pun dialu-alukan :)
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387