Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.
Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan
produk Shaklee.
Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain.
Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?
Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya.
September 2004 ~ 9 tahun lepas.
Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir
setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding.
Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat.
Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain
appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.
As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat
tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya.
So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi
sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.
Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan
nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu
kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu.
Allah Maha Mendengar.
Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin
ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki. Tapi rezeki kali ini ~
Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM,
ada juga rasa nak lari.. hihi
Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka.
Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai
seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang
dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la.
Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul?
Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.
Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda
kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.
Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta.
Clinical studies.
Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee.
Bimbang jugak jika ada steroid etc.
Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif
terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat
evidence based medicine.
Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.
So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati untuk seterusnya menggunakan produk
Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam
tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium.
Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni?
Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik
banyak dan healing crisis ni, that was my thought.
Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk
teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine
attack.
Lepas 2 minggu pun tak ada. Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan
hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.
Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.
Saya beralih ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang
salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua.
Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam
berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa
dah tak jalan.
Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene.
She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak
kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school
dulu? Kenapa government tak supply?
Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan.
Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan.
Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri.
Body Healing Mechanism. Subhanallah.
Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak
saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya.
Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative
keluarga, kawan-kawan etc etc..
Pelbagai reaksi saya terima ..
Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!
Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?
Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.
Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.
Desperate sangat ke?
Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.
Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.
Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.
This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.
Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.
Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur.
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri.
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk.
Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan.
Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya
bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam
kehidupan dunia sekarang.
Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari
mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri.
Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi
jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi
rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang
berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!
Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat
kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus
dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi..
Rezeki jangan di tolak.
Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee.
Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja.
Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah
banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.
Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu.
Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital.
Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital
boleh rehat sedikit. Health is Wealth!
Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’ banyak yang kami dapat melalui bisnes
Shaklee.
Ni gambar kami masa 2004 - tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee,
ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan.
Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.
Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk
dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.
Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan
kami dalam komunikasi kemanusiaan.
Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat
selesa.
Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri.
Kebebasan membuat apa yang saya suka!.
Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak
dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan
mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian
saya. Spending more time with them.
Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup
sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul?
Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan
supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee.
Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan
sekarang.
Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya
perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi
lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.
Shaklee has changed my life since 2004.
It changed our health.
It changed our thinking.
It change our maturity.
For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life.
Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah pilihan yang
anda boleh fikirkan secara serius.
Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan Shaklee. Kami di Future Wellness
Presidential Master group bersedia untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun kami
dalam perniagaan shaklee.
In shaa Allah, training dan support system yang dapat membantu anda untuk melakar
kejayaan dalam perniagaan.
Sebagai Master Coordinator yang telah membantu ramai insan diluar sana. Tiba masanya
kami memberi dan membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan bimbingan yang lebih
baik dalam bidang perniagaan dan agar tidak di tipu dan dianiaya. Agar tidak menjadi
'mangsa' penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.
Jika ada Ilmu, Informasi dan Mentor yang betul, kami pasti segala impian anda untuk Lebih
Sihat, Bebas masalah kewangan dan mempunyai gaya hidup yang diimpikan pasti menjadi
kenyataan. In shaa Allah. Hidup bebas tanpa Bos!