Wednesday 7 May 2014

Blog Kerja Dari Rumah Yang Menjadi Favourite Saya

Kerja dari rumah kini bukan lagi satu perkara yang janggal. Cuma berbekalkan internet, semua orang boleh bekarja dari rumah. Kat oversea dah lama perkara ini diamalkan. Bukan setakat Work At Home Mom (WAHM), Work At Home Dad (WAHD) pun ramai. 

Tapi sekarang kat Malaysia pun dah ramai yang jadi WAHM dan WAHD ni. Contoh WAHD ialah blogger yang terkenal tu - Ben Ashaari. Best je tengok. Duduk rumah jaga anak. Walaupun isterinya masih bekerja kat luar, itu bukan menjadi masalah. Yang penting persefahaman. 

Antara blog yang menjadi favourite saya tentang kerja dari rumah ialah blog Panduan Bekerja di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) kelolaan Puan Masayu Ahmad. 





Kat Malaysia belum banyak lagi blog kerja dari rumah. Jadi, blog inilah satu-satunya yang menjadi rujukan saya. Sangat banyak tips yang dikongsikan oleh Puan Masayu. Tiap-tiap hari pasti saya akan jenguk blog beliau. Kalau tak, rindu rasanya. 

Rakan-rakan Shaklee saya pun ramai yang bekerja dari rumah, dan kedua-dua suami dan isteri bekerja dari rumah pun ramai. Syok kan? hehe.

Insya Allah tak lama lagi saya pula bakal menyusul. I love being at home!
That's why i'm doing Shaklee business.



Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387

No comments:

Post a Comment