Monday 5 May 2014

Kebaikan Vitamin E Shaklee Yang Menjadi Favourite Wanita Cantik

Vitamin E banyak terdapat dalam produk kecantikan. Contohnya pelembap, pencuci muka, lipstik, syampu dan lain-lain lagi. Kenapa? Tentunya kerana manfaatnya yang banyak sekali untuk kecantikan. 

Kerana kebaikannya, vitamin E menjadi favourite wanita cantik. Kalau yang concern pasal kecantikan, memang takkan miss makan vitamin E setiap hari. Yang dah mencuba pasti puas hati. Tapi sebenarnya macam-macam kebaikan vitamin E untuk kesihatan. Antaranya :

1. Kesihatan jantung

Vitamin E terkenal sebagai makanan untuk kesihatan jantung sejak dari dulu lagi. Ia mencegah daripada berlakunya penyakit jantung. Manakala bagi mereka yang telah menghidapi penyakit jantung, vitamin E membantu mengelakkan ia daripada menjadi semakin parah. 
Sumber : Journal of the American Medical Association

2. Antioksidan yang utama

Vitamin E melindungi membran sel dari radikel bebas - kerosakan membran sel meningkatkan risiko kanser, penyakit jantung dan penyakit yang lain. Vitamin E sangat berkesan sebagai antioksida sebab ia larut lemak. Kenapa? Kerana kebanyakan membran sel terdiri daripada lemak. Ia memberi perlindungan yang lebih berkesan apabila digabungkan dengan vitamin A dan vitamin C.

3. Bantu cegah kanser

Kekurangan vitamin E meningkatkan risiko kanser.

4. Tingkatkan sistem imun (pertahanan) badan

Sangat penting terutamanya untuk orang yang berusia lanjut kerana sistem pertahanan badan menjadi lemah pada usia ini. Maka, mereka lebih terdedah atau mudah mendapat penyakit yang serius. 

5. Boleh digunakan untuk mengurangkan parut, jerawat, kedutan dan bintik penuaan

Vitamin E mempercepatkan proses penghasilan sel baru. Ia memberikan kesan anti-penuaan, sekaligus menghasilkan kulit yang lebih muda. Ia boleh disapu terus pada kulit/luka.

6. Baik untuk penglihatan

Mengurangkan risiko katarak. Mereka yang mengambil 400 IU vitamin E sehari mampu mengurangkan risiko berlakunya katarak sehingga 50%. 

7. Mengurangkan senggugut dan mengurangkan simptom menopaus

Terutamanya mereka yang mengalami senggugut yang teruk, amat disyorkan untuk mengambil vitamin E.

8. Mengurangkan sunburn

Melindungi kulit daripada kerosakan akibat radiasi pancaran uv.

9. Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)

10. Sangat baik untuk kesihatan kulit dan rambut

Bagi wanita yang mementingkan kecantikan, memang tak boleh tinggal vitamin E ni.

11. Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.

Kajian menunjukkan 1 daripada 15 lelaki yang menghadapi masalah kesuburan, berpeluang untuk mendapat zuriat selepas mengambil vitamin E sebanyak 200 IU sehari selama sebulan. 



vitamin e untuk parut, kulit cantik, kesuburan
1 botol vitamin E mengandungi 120 kapsul


Selain itu, vitamin E juga boleh dijadikan masker untuk muka. Tapi saya akan kongsikan tentang masker vitamin E dalam entry yang lain pula. 

Harga sebotol Vitamin E untuk kegunaan 4 bulan ialah RM 149.00. 

Ingat vitamin E, ingat kulit cantik.

Hubungi saya untuk mendapatkan vitamin awet muda ini.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Call 09-690 5039


No comments:

Post a Comment