Friday 16 May 2014

Apa Yang Best Tentang Pencuci Pinggan Mangkuk Shaklee?

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Shaklee ada produk pencuci untuk rumah, termasuklah pencuci pinggan mangkuk. Saya cerewet sikit pasal pencuci pinggan mangkuk ni. Seboleh-bolehnya saya cari yang tidak meragukan. In other words : halal.

Salah satu pilihannya ialah produk buatan Muslim. Dulu bila ada stokis HPA senang la sikit nak beli. Sekarang dah takde kat sini. Jadi saya terpaksa switch ke jenama lain. Jadi saya guna la pencuci pinggan Shaklee.

Alkisahnya, bila dah habis dan saya pula tak simpan stok. Jadi terpaksalah saya beli kat kedai berdekatan je. Kalau tak, nak basuh dengan apa pinggan yang bertimbun tu?

Bila kat kedai susahnya nak pilih. Yang ada tanda halal lagila takde kan. Pencuci pinggan mangkuk pun kena ada tanda halal ke? Bukan macam tu, saya memilih untuk berhati-hati dalam hal ni. 

Seperti yang selalu diberitahu, kalau tak sure halal atau tak, baik tinggalkan je. Jadi pilih punya pilih saya ambil la satu jenama ni yang tak biasa saya guna. Harganya murah je. RM 4.20. Sebab tu saya pilih.

Bila mencuci pinggan tu baru saya tahu. Rupanya yang baru ni tak berapa berkesan. Bubuh banyak-banyak pun masih tak hilang kotoran minyak tu. Masih melekit. 

Masa ni terbayang-bayang guna pencuci pinggan Shaklee dulu. Sangat jauh beza. Ia pekat dan memang mudah menanggalkan kesan minyak. 

Kalau untuk kotoran biasa, satu titik dah memadai untuk pinggan mangkuk yang banyak. Dah jadi macam ni baru saya tahu ke'best'an pencuci pinggan Shaklee. Takpe, dah habis yang ni nanti confirm saya tak pilih yang lain dah. 

Saya mesti pilih Shaklee! Hehe.

Untuk bacaan lanjut tentang pencuci pinggan Shaklee ni boleh klik sini.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 untuk order dan pertanyaan. 

Siti Nor Kamilah
ID 885322

No comments:

Post a Comment