Monday 24 June 2013

Vitamin untuk ibu mengandung (Trimester pertama)

Saat yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga ialah saat menimang cahaya mata. Tetapi sebelum itu bakal ibu terlebih dahulu melalui tempoh mengandung selama 9 bulan 10 hari. Kesihatan keseluruhan dan pemakanan seorang wanita, sebelum dan semasa kehamilan, mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan bayi yang sedang membesar. Justeru itu, dalam tempoh tersebut, bakal ibu hendaklah memastikan pengambilan vitamin adalah mencukupi. Vitamin pranatal yang diperlukan adalah seperti berikut :


Set hamil Shaklee
                                       

1. Vitalea
Multivitamin yang lengkap, mengandungi iron atau zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah, mencegah anemia dan mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang berat badan dan pramatang.

2. B-Kompleks (dilengkapi dengan asid folik)
Semasa merancang untuk hamil wanita digalakkan untuk mengambil asid folik dan jika mengandung pengambilannya hendaklah diteruskan. Ia sangat penting dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). 

3. Vitamin C
Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen yang berperanan untuk membina tulang rawan, otot-otot & tulang-tulang fetus. Selain itu, ia juga berfungsi untuk membantu melawan jangkitan dan penyakit.

4. Ostematrix (kalsium)
Berperanan dalam membina tulang dan gigi yang kuat pada bayi . Ia juga membantu mengatasi masalah seperti kekejangan otot (cramp), sakit pinggang serta sakit belakang yang selalu dihadapi oleh wanita hamil.

5. Energizing Soy Protein (protein)
Membantu penghasilan asid amino, asas binaan tubuh yang terpenting. Protein juga berfungsi membentuk kekebalan tubuh dari serangan penyakit dan penting dalam penghasilan susu ibu. 


Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Cadangan vitamin ini merupakan set yang paling asas untuk ibu mengandung. Berminat untuk mencuba demi memberikan yang terbaik untuk bayi anda? Hubungi : 

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 20 June 2013

Real story : Jutawan Shaklee

Antara blog yang saya suka baca sebelum join Shaklee ialah blog Presidential Master Cery atau lebih dikenali sebagai Master Cery sebelum ini. Kerana ia sarat dengan motivasi (salah satu perkara yang saya minati). Setiap post saya baca. Sehingga rasanya tiada pun post yang saya tak baca. Alhamdulillah berpeluang bertemu dengan beliau dalam Seminar Jutawan untuk pengedar Shaklee di bawah naungan beliau pada bulan Disember tahun lepas. Memang Kak Cery ada auranya yang tersendiri. Tak puas rasanya mendengar celoteh beliau dalam seminar ringkas tersebut. 

Di sini saya kongsikan salah satu post beliau tentang seronoknya bisnes online dengan Shaklee.

............................................................................................................

Bisnes online bersama Shaklee yang menguntungkan

Sekarang dah jadi trend ramai peniaga menjalankan perniagaan melalui online. Sosial media yang menjadi kegemaran mereka adaah seperti Facebook, blog, Twitter, Instagram, Vlog. Saya sendiri mencuba nasib menggunakan teknologi yang berasaskan website dan internet itu untuk memasarkan produk Shaklee. Pengalaman 3  tahun itu telah memberikan keuntungan. Kenapa saya kata menguntungkan?
  1. Saya tak perlu duduk mengadap depan komputer or laptop or smartphone 24 jam. 1 tahun setengah pertama menjalankan bisnes online, saya masih lagi bekerja sepenuh masa sebagai jurutera dan bisnes online ni hanya part time. Saya hanya peruntukkan 2-3 jam tengah-tengah malam atau sekitar 3 pagi untuk bisnes online.
  2. Saya tak perlu nak keluarkan duit yang banyak untuk upah orang buat renovation decoration kedai sebab saya hanya perlukan 'kedai' alam maya iaitu Facebook Fanpage atau pun blog. Kos untuk make up blog pun tak sampai ribu-ribu atau puluh ribu. Lagipun banyak sekarang blog yang bagi tutorial percuma.
  3. Saya tak perlu bersiap cantik-cantik macam nak pergi ofis. Pakai baju tidur pun boleh study dan ikut kelas melalui online. Kan dah jimat masa. Masa itu emas.
  4. Untungnya sekarang saya enjoy income pasif. Residual income dan kini tak perlu pulun buat sales. Hanya fokus coaching dan enjoy extra time. Siapa sangka bonus bulanan awalnya hanya RM1000++ telah menjadi 6 angka selepas 2 tahun berusaha dan sehingga kini angka itu kian membesar. Bukan once off yer. Ianya bulanan. Siapa yang tak nak increment bonus bulanan kadang-kadang mencecah 20% setiap bulan. Untung bukan.
  5. Tak perlu nak sewa atau beli kedai untuk letak produk saya. Tak perlu berpeluh menunggu di kedai dari pagi ke petang. Hanya paparkan  produk di 'kedai' alam maya.
  6. 'Kedai alam maya' saya beroperasi 24 jam. Bila-bila masa sahaja orang di luar sana boleh melawat blog or Facebook saya walaupun saya sedang tidur.
  7. Saya tak perlu nak keluar rumah selalu untuk pos produk atau bertemu pelanggan. Segalanya dihujung jari.  
  8. Saya dapat tambah ramai kawan baru dari seluruh negeri Malaysia hanya melalui alam maya. Lingkungan kawan saya tak terhad di tempat kerja atau sekitar rumah saya atau  keluarga sahaja. 
  9. Saya dapat peluang tambah kerja amal kerana apa jua ilmu yang saya kongsikan menjadi saham utk bekalan akhirat. 
  10. Untungnya saya boleh menggunakan bonus bulanan yang besar itu untuk memberi lebih banyak kepada orang di luar sana. Manis rasanya bila hasil dikongsi untuk mereka yang memerlukan. Jika saya masih bekerja makan gaji rasanya tak mampu untuk tolong lebih ramai orang.  
  11. Sejak saya berbisnes online jugalah saya berpeluang merealisasikan impian saya menjadi WAHM.
  12. Bisnes online yang saya pilih tak perlukan modal ribu-ribu tapi komitmen yang tinggi pada 2-3 tahun pertama. Untungnya tak perlulah nak buat loan ribu-ribu.
  13. Selepas setahun setengah berbisnes online, saya berhenti kerja dan dapat fokus sepenuhnya masa saya pada bisnes online ini. Semestinya menguntungkan sebab sambil saya berbisnes, anak dan famili saya ada depan mata saya dan saya menjadi boss kepada masa saya. Sambil masak atau baring-baring pun boleh layan bisnes online.
*Point di atas semuanya berdasarkan pengalaman peribadi saya yer. Ianya realiti bukan fakta tiruan..hihi

Ada banyak lagi yang menguntungkan tapi untuk setakat ini, itu sahaja yang dapat saya senaraikan. Apa yang boleh saya simpulkan, walau apa pun bisnes anda jika anda ingin lakukan melalui online, pastikan anda benar-benar passion dengan apa pun pilihan anda. If you willing to work hard, duplicate semua yang mentor anda buat, bersedia menanam kepercayaan pada diri, Tuhan dan produk, sentiasa berdoa, dream big, clear goal, bersedia memberi komitmen. Percayalah anda akan rasa manisnya bisnes online dan sangat menguntungkan. 

Bagi saya  bisnes online dengan Shaklee telah memberi pulangan yang menguntungkan. Bukan saya sahaja yang makan besar tapi ramai anak anak buah saya turut merasakan keuntungan tersebut. Jadi jangan piih bisnes online sekadar tiru-tiru atau ikut-ikut yer. Tepuk dada tanya selera :) Pendek kata, walaupun bisnes online ni pulangannya menguntungkan tidak bermakna, anda hanya goyang kaki. Bisnes online ni tak mudah seperti yang disangka. Tiada kesenangan yang datang bergolek tanpa usaha keras. Apa jua bisnes pasti kene tempuh ujian, dugaan , cabaran, kesukaran. Adat berniaga. Kalau nak berjaya, no excuse, Just do It.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Betul tu. Just do it. Kalau tunggu masa yang sesuai, nak tunggu lengkap serba-serbi, sampai bila baru kita nak start. Kak Cery telah membuktikan beliau berjaya menjana income 6 angka sebulan dalam masa 2 tahun sahaja. Confirm-confirm dah jutawan kan? I follow her. Bak kata Master Zura pula, tak perlu buat loan untuk mula bisnes Shaklee malah dapat 'settle' lagi loan-loan yang ada. Kan best tu? Saya pun dalam proses untuk selesaikan loan saya especially PTPTN tu. Insya Allah dalam masa terdekat ini. Nak selesaikan loan-loan anda dengan Shaklee juga? Bukan jaminan tapi jika anda berusaha, anda pasti dapat. 


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 16 June 2013

Cara Untuk Atasi Senggugut

Soalan : 

Setiap bulan saya akan mengalami senggugut/'period pain' yang teruk sehingga menjejaskan aktiviti seharian saya. Doktor mengesahkan bahawa saya tidak mengalami sebarang penyakit, jadi apakah yang dapat saya lakukan untuk mengatasi masalah senggugut ini tanpa mengambil 'painkiller' yang banyak ?

Jawapan :

Mencegah lebih baik daripada mengubati, setiap wanita sebenarnya boleh mengurangkan senggugut jika tahu caranya dan juga dengan mengubah gaya hidup. Tapi anda haruslah memastikan bahawa senggugut yang teruk itu bukanlah simptom kepada penyakit seperti endometriosis atau cyst. Caranya ialah dengan membuat pemeriksaan dengan doktor. 







Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi senggugut secara natural, tanpa menggunakan 'painkiller' :

1. DIET

- Banyakkan pengambilan sayur-syuran dan buah-buahan segar. Pengambilan serat yang banyak juga membantu. 
- Kurangkan pengambilan garam. 
- Minum banyak air. Ia akan membantu mengurangkan sakit kepala atau migrain semasa haid. Minum bersama jus lemon, ia mengurangkan kembung perut.
- Elakkan minuman daripada hasil tenusu dan minuman berkafein

2. SUPLEMEN

- Kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 mampu mengurangkan senggugut. 

- Zink dan kalsium terbukti mampu mengurangkan kekejangan, kembung perut dan simptom-simptom PMS yang lain.
- B Kompleks membantu mengurangkan kekejangan otot.  

3. AKTIVITI 


- Lakukan aktiviti fizikal/senaman/'mild exercise' yang anda sukai seperti jogging, aerobik, cycling, swimming atau walking. (Saya paling suka buat senaman. Di rumah sahaja dan ianya sangat mudah. It helps a lot.)

- Mandi menggunakan air panas. Ia mengurangkan kesakitan dan memberikan kesan relaks. 
- Akupuntur. Kaedah ini telah digunakan untuk mengurangkan kesakitan sejak 2000 tahun lalu. 



Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK from iReach HD on Vimeo.



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.