Sunday, 16 June 2013

Cara untuk atasi senggugut

Soalan : 

Setiap bulan saya akan mengalami senggugut/'period pain' yang teruk sehingga menjejaskan aktiviti seharian saya. Doktor mengesahkan bahawa saya tidak mengalami sebarang penyakit, jadi apakah yang dapat saya lakukan untuk mengatasi masalah senggugut ini tanpa mengambil 'painkiller' yang banyak ?

Jawapan :

Mencegah lebih baik daripada mengubati, setiap wanita sebenarnya boleh mengurangkan senggugut jika tahu caranya dan juga dengan mengubah gaya hidup. Tapi anda haruslah memastikan bahawa senggugut yang teruk itu bukanlah simptom kepada penyakit seperti endometriosis atau cyst. Caranya ialah dengan membuat pemeriksaan dengan doktor. 







Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi senggugut secara natural, tanpa menggunakan 'painkiller' :

1. DIET

- Banyakkan pengambilan sayur-syuran dan buah-buahan segar. Pengambilan serat yang banyak juga membantu. 
- Kurangkan pengambilan garam. 
- Minum banyak air. Ia akan membantu mengurangkan sakit kepala atau migrain semasa haid. Minum bersama jus lemon, ia mengurangkan kembung perut.
- Elakkan minuman daripada hasil tenusu dan minuman berkafein

2. SUPLEMEN

- Kajian menunjukkan bahawa Vitamin E, thiamine dan Omega-3 mampu mengurangkan senggugut. 
- Zink dan kalsium terbukti mampu mengurangkan kekejangan, kembung perut dan simptom-simptom PMS yang lain.
- B Kompleks membantu mengurangkan kekejangan otot.  

3. AKTIVITI 

- Lakukan aktiviti fizikal/senaman/'mild exercise' yang anda sukai seperti jogging, aerobik, cycling, swimming atau walking. Saya paling suka buat senaman. Di rumah sahaja dan ianya sangat mudah. It helps a lot.
- Mandi menggunakan air panas. Ia mengurangkan kesakitan dan memberikan kesan relaks. 
- Akupuntur. Kaedah ini telah digunakan untuk mengurangkan kesakitan sejak 2000 tahun lalu. 


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...