Wednesday 5 June 2013

Kebaikan dan manfaat Meal Shakes

Semua orang teruja dengan promosi pada bulan Jun ini iaitu Meal Shakes. Lebih-lebih lagi para ibu yang telah merasai kebaikan multivitamin ini, yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Malah telah 'sold out' pun di beberapa branch Shaklee. Nak buat macam mana, sebaik saja tahu bulan ni 'offer', terus masing-masing pergi borong. Mana tak habisnya. 

Apa itu Meal Shakes

Meal Shakes merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu lactalbumin (sejenis susu), buah-buahan, sayu-sayuran, kacang soya dan lain-lain. Meal Shakes merupakan makanan segera yang sihat. 

Kebaikan Meal Shakes 

1. Mengandungi nutrisi lengkap
- Terdiri daripada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

2. Membekal nutrisi kepada sel-sel
- Kaya dengan protein yang penting dalam membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

3. Sebagai anti-oksida
- Vitamin A, C, E, zink dan selenium bertindak sebagai anti-oksida yang melambatkan proses penuaan dan bertindak melawan jangkitan

4. Mengembalikan seri wajah
- Vitamin B, zat besi dan copper berperanan membina sel-sel darah merah yang sihat, memberikan 'complexion'/warna kulit yang lebih cantik

5. Membantu tumbesaran
- Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang perlu untuk membina tulang dan sel-sel

6. Untuk detoks
- Dilengkapi dengan fiber/serat yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Multivitamin dengan rasa yang lazat
- Rasanya sangat lazat dan sesuai untuk semua



Di kalangan ibu-ibu, Meal Shakes memang suplemen 'favourite' untuk anak selain Omega. Jika anda belum pernah mencuba Meal Shakes, inilah masanya yang terbaik. Promosi sah sehingga hujung bulan. Nanti saya akan kongsikan lebih banyak info mengenai Meal Shakes. Nantikan ya. Jika berminat untuk order, boleh terus hubungi saya : 
  
Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 4 June 2013

Cinch Energy Tea Mix : Booster untuk tenaga

Salah satu produk Shaklee yang menjadi 'favourite' saya ialah Cinch Energy Tea Mix. Ia bukan sekadar teh biasa. Namanya pun Cinch Energy Tea Mix. Dulu-dulu suka minum kopi Radix terutamanya apabila keletihan selepas pulang dari kerja. Kalau bateri tu boleh diibaratkan tinggal nyawa-nyawa ikan. Lepas minum kopi tu baru rasa macam recharge balik tenaga. Barulah boleh diteruskan dengan kerja-kerja rumah dan memasak. Kalau tak, alamatnya dapur tak berasap la. Teruk kan? Memang itulah masalah saya dari dulu. Mudah rasa letih. Tapi sejak susah nak dapat stok kopi Radix tu, jarang-jarang la dapat minum.  

Tapi Alhamdulillah, kini saya dah jumpa penggantinya. Selain pengambilan ESP, Vitalea, B-Kompleks dan Omega Guard, Cinch Tea pun dapat menambah tenaga. Lepas minum je terus dapat rasa kesannya. Cepat sangat. Tu yang saya suka tu. Kalau penat dan letih, terus jadi bertenaga. Kalau mengantuk, terus jadi segar. Jadi ia sangat sesuai untuk adik-adik yang sedang belajar tu, yang perlu 'stay up' untuk study. Selain itu, sesuai untuk mereka yang selalu memandu dalam jarak yang jauh. Biasanya memandu dalam masa yang lama menyebabkan kita mudah mengantuk. Jadi kalau selalu berhadapan dengan masalah ini boleh 'standby' siap-siap. Kalau mengantuk je boleh terus minum. 



Walaupun harganya sedikit mahal, tapi tak rugi kalau beli. Dengan harga RM 131.00, ia mengandungi 28 sachet. Anda pasti suka jika dapat merasai perubahan sebelum dan selepas mengambil Cinch Energy Tea Mix ini. 

Beli secara online di sini (eSell) 

Rujuk cara pembelian di sini : Tutorial menggunakan eSell Shaklee


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 2 June 2013

Cara pengambilan ESP Shaklee

Satu-satunya produk Shaklee yang sering jadi rebutan sehingga selalu 'sold out' seluruh Malaysia ialah Energizing Soy Protein (ESP). Namun bagi yang pertama kali mencuba pasti nak tahu cara pengambilan ESP yang betul. Ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui dan dipatuhi : 

1)  Pengambilan tidak melebihi _____ sudu sehari
2) Tidak boleh dibancuh menggunakan air panas. Kerana ESP merupakan protein dan protein akan termusnah dalam air panas. Jika ingin membuat minuman panas, gunakan air suam sahaja. 
3)  Elakkan diminum bersama minuman berkafein atau berkarbonat.
4)  Menggunakan 'shaker' kerana ia tidak mudah larut.


Sebenarnya macam-macam cara atau resepi boleh dicuba untuk ESP. Bagi saya sendiri, suka  ambil ESP + serbuk koko. Apatah lagi kalau sejuk. Marvellous rasanya! Nak tahu resepi ESP? Klik sini.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Dapatkan TIPS EKSKLUSIF pengambilan ESP supaya dapat kesan yang optimum dengan setiap pembelian melalui saya . 


Beli secara online di E-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja).  
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

13 resepi ESP yang mudah disediakan

1.    ESP + air suam/air sejuk
2.    ESP + Performance Drink Shaklee
3.    ESP + Meal Shakes Shaklee
4.    ESP + Performance Drink + Meal Shakes Shaklee
5.    ESP + serbuk koko
6.    ESP + susu tepung 
7.    ESP + susu segar (fresh milk)
8.    ESP + minuman yogurt
9.    ESP + jus buah (tembikai, oren, epal, mangga dan lain-lain)
10.  ESP + sunquick
11.  ESP + sirap bandung
12.  ESP + susu segar + oat + serbuk koko + madu (resipi Prof. Muhaya)
13.  ESP + serbuk koko + susu tepung/susu segar




Anda boleh mempelbagaikan lagi resepi ESP mengikut kesukaan anda. Selamat mencuba :)

Kredit : www.mamafaiz.com

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Saturday 1 June 2013

Air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks

Saya sering juga menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah kuning yang terang, macam warna vitamin B-Kompleks tu. 

Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :

Kuning Pucat - normal
Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome




Berdasarkan panduan di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal. Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. Pada peringkat awal pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Kredit : vitaminsemulajadi.com


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.