Saturday 1 June 2013

Air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks

Saya sering juga menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah kuning yang terang, macam warna vitamin B-Kompleks tu. 

Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :

Kuning Pucat - normal
Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome




Berdasarkan panduan di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal. Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. Pada peringkat awal pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.

Kredit : vitaminsemulajadi.com


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

No comments:

Post a Comment