Saturday 19 January 2013

Fiber atau Serat Untuk Kurus?

Adakah anda memilih makanan yang terdiri daripada fiber atau serat untuk kurus? Tapi tahukah anda apakah khasiat fiber selain daripada untuk kurus? Maklumat ini mungkin berguna untuk anda yang merancang untuk kurus, dengan memperbanyakkan pengambilan fiber dalam jadual pemakanan anda seharian.




Kebaikan Serat 

1. Bagus untuk penghadaman
    
Serat tidak mempunyai nilai kalori walaupun diambil dengan kuantiti yang banyak, malahan serat sangat bagus untuk sistem penghadaman. Serat boleh didapati daripada biji-bijian, bijirin, gandum, buah-buahan, sayuran dan kekacang. Serat terbahagi kepada dua kategori : serat larut dan serat tak larut. Nutrisi cadangan adalah untuk 20-35 gram jumlah semua jenis serat per hari. Ia memperbaiki fungsi usus dengan mengurangkan tempoh masa pergerakan usus sekaligus membantu membuang dan membersihkan sisa toksik dalam usus. Serat juga meningkatkan rasa kenyang dan bertindak sebagi pelembut najis. Walau bagaimanapun, satu perkara yang harus diingat, pengambilan diet yang tinggi serat perlu disertai dengan pengambilan air yang banyak untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah sembelit.

2. Membantu menurunkan berat badan

Serat bertindak sebagai penindas selera. Makanan yang kaya serat menyerap air dan menyebabkan ia mengembang. Keadaan ini menyebabkan perut rasa kenyang dan boleh membantu dalam penurunan berat badan. Keadaan ini selari dengan amalan pemakanan Rasulullah yang mana Baginda mengamalkan memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat. Makanan berserat juga melemahkan kebolehan tubuh untuk menyerap gula dan lemak. Ini bermakna makanan berserat boleh diambil walaupun dalam proses penurunan berat badan kerana ia mengekalkan paras insulin yang rendah dan membenarkan tubuh untuk meneruskan proses pembakaran lemak.

3. Mengawal penyakit

Serat dapat membantu mengawal penyakit diabetes. Ini berlaku apabila serat mengurangkan amaun insulin yang dibebaskan oleh pankreas dengan cara memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukosa yang memasuki edaran darah. Ia juga membantu mengurangkan edaran gula dalam darah. Serat membebaskan gula secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah, mengurangkan rasa lapar, sakit kepala dan kelesuan ekoran daripada penurunan paras gula dalam darah secara mendadak.

4. Mengurangkan risiko penyakit

Risiko penyakit jantung dapat dikurangkan dengan pengambilan serat. ini terjadi apabila kolesterol LDL atau lebih dikenali sebagai kolesterol jahat berkurangan di dalam badan kita. Serat akan bergabung dengan kolesterol dan membawanya keluar daripada tubuh manusia. Serat juga mengurangkan risiko untuk mendapat kanser kolon dengan menyeimbangkan pH dalam usus. Di samping itu, serat membantu dalam melawaskan sistem pencernaan dan memudahkan pembuangan najis daripada usus. Serat tidak bergabung dengan mana-mana vitamin dan mineral, jadi pengambilannya tidak akan mengganggu penyerapan vitamin dan mineral lain.

Sumber : Majalah Anis, Mac 2012

Wednesday 16 January 2013

Nak Beli dan Dapatkan Produk Shaklee?

Di mana boleh saya beli dan dapatkan produk Shaklee?


Semestinya anda boleh beli daripada saya (Pengedar Sah Shaklee). Boleh sms atau telefon saya : 013-9243387. Emel ohvitamin@gmail.com. Atau boleh hantar mesej ke inbox Facebook saya Siti Nor Kamilah. Pertanyaan anda akan dijawab dalam masa 24 jam. 

Bagi customer yang tinggal di Besut, produk akan dihantar ke depan pintu rumah anda. Penghantaran PERCUMA. Best kan? Bagi yang tinggal di luar Besut pula, produk akan dipos melalui POSLAJU atau GDEX. Terpulang kepada anda. 



# Untuk makluman anda, saya tak simpan stok. Setelah customer membuat bayaran, order akan dibuat dan Shaklee akan pos order tersebut.


CARA BELI SHAKLEE SECARA ONLINE



Selain daripada itu, ada cara lain tak? Boleh beli kat tempat lain? Shaklee ada stokis tak?


Soalan ini merupakan soalan yang biasa diajukan kepada saya. Untuk makluman anda Shaklee tidak mempunyai stokis dan tidak dijual di kedai-kedai atau farmasi seperti produk-produk atau suplemen lain. Shaklee hanya boleh didapati melalui pengedarnya (seperti cara di atas) dan juga boleh didapati di cawangan-cawangan seluruh Malaysia. Anda boleh menggunakan ID saya untuk membuat pembelian di mana-mana cawangan Shaklee.


Siti Nor Kamilah
ID 885322   

Anda boleh rujuk alamat-alamat berikut: 

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

Sila hubungi:
Suknit Kaur, Sales & Marketing Manager


Pejabat Cawangan 

Cawangan KamiWaktu PerniagaanPeta Lokasi
Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 6442
Fax: 603-4149 6313

Hubungi :
Ida ( Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m



Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.

Telefon : 604-397 4325
Fax: 604-397 4324
Hubungi : Cannie Teoh
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Ipoh
32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Telefon: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263 


Hubungi : Eunice Lau
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Johor Bahru
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188
Fax: 607-352 4188 


Hubungi : Fiona Chow
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m


Kota Bharu 
319, Section 25, Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Hubungi : Anuar
(Penyelia Cawangan)
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kota Kinabalu 
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Hubungi : Olivia Fernandez
(Penyelia Cawangan)
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu
(Pertama & Ketiga):

10:00 a.m. to 7:00 p.m









Tuesday 15 January 2013

Vitamin Untuk Pelajar



Beli secara online di sini : eSell

Rujuk cara pembelian di sini : Tutorial menggunakan eSell Shaklee

Atau hubungi saya untuk sebarang pertanyaan :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387



Tuesday 8 January 2013

Sakit pelipat lutut hilang, badan rasa ringan : Testimoni AJHT dan Ostematrix

Bagi anda yang baru mengenali Shaklee, mesti tertanya-tanya - kenapa beli 6 percuma 1? (Seperti poster di sebelah kanan anda ni). Sebenarnya setiap bulan Shaklee akan mengadakan 'offer' untuk satu produk. Pada bulan Disember lepas, 'offer' untuk Collagen Powder. Bulan ni pula Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Tapi kena beli 6 ke? Tidak semestinya. 

Kalau nak murah, beli 6. Kalau nak beli satu pun boleh. AJHT ni sebenarnya produk terbaru Shaklee yang dilancarkan pada tahun lepas, iaitu 2012. Khusus untuk sendi. Apa kata pengguna yang telah mencuba AJHT ni?  


[PENGAKUAN PENGGUNA]

AJHT review First Day (21st June 2012):



Saya nak share pengalaman saya makan Advanced Joint Health Tablet (AJHT), walaupun baru sekali makan (malam tadi), kesannya memang menakjubkan. Dah 2-3 hari kaki saya sakit especially kat pelipat lutut tu kan..memang sakit ya amat. 


Bila nak duduk antara dua sujud, sakitnya ALLAH je yang tahu..tu yang makan AJHT tu, sebab dalam buku kecik tu ada bagitau boleh bantu sendi2 dan tulang rawan..and AJHT ni best taken with Ostematrix. 

So, saya amik both sekaligus. 2 biji AJHT, 2 biji Oste before sleep. Wahh! penangan lepas amik memang saya takleh nak tidur lena, maybe "short term healing crisis". 


Minum air banyak before sleep, sudahnya saya asyik ke toilet dan nak dijadikan cerita, 2-3 hari ni pun saya batuk-batuk..lepas makan AJHT n Oste tu, saya tak batuk dah malam tadi. 

Gi toilet buang air sekali dengan kahak-kahak pun keluar (yang ni kena buat study lak apa significant function AJHT n Oste ni boleh buangkan kahak..huhu..). 

Nak kira bangun berapa kali ke toilet tu saya pun tak pasti. Sudahnya kol 4 pagi tadi baru dapat lena. Bangun kol 6 pagi tadi, solat Subuh, MASHA-ALLAH! pelipat lutut saya tak sakit langsung!! serius tak tipu..

AlhamduLILLAH, badan rasa lebih ringan bila bangun tidur, jauh lebih ringan daripada saya consume Oste tetiap malam before this.


AJHT review after 5 days (26th June 2012):


Woohoo! memang AJHT the best! i konsisten makan ajht+oste harini dah masuk hari ke-6, serius kesan dia lain macam..segala-galanya lancar..haha..bila cakap pasal segala-galanyanya lancar..yea segala2nyalahh..

kalo u all ada problem sembelit amik oste (ni utk sape2 taknak amik alfalfa/herblax kan), amik sekali dgn AJHT ni membantu..angin satu badan pun hilang..

i rasa melayang2 je badan bangun pagi..dahler kurus kering..hahahaha..memang rasa best badan..takde lenguh-lenguh, pelipat lutut yang sakit haritu after 3 days totally hilang..ALhamduLILLAH..part badan or sendi2 yang selalu sakit, lenguh tu akan hilang..inshaALLAH.





Vitamin untuk sakit lutut


Siapa yang perlukan AJHT : 

Golongan dewasa dan lanjut usia

Mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti

Atlet / Ahli sukan

Pekerja yang melakukan kerja berat seperti pekerja binaan

Pernah menjalani rawatan atau pembedahan berkaitan sendi





OK. Jangan tunggu-tunggu lagi. AJHT bila digabungkan dengan Ostematrix, memang best!

AJHT ni laris betul, boleh lawan ESP. Kejap ada stok. Kejap takde.

Bila ada stok tu, kejap je sold out. Time tu, tak dapatlah saya nak tolong jika tiada ready stock.



MAKLUMAN PENTING (UPDATE PADA 28.7.2018): 
AJHT tiada stok sekarang. Sebagai alternatif boleh ambil Ostematrix, Omega, Kolagen dan Vivix. 




Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor - ID 885322 
SMS/ Whatsapp : 013-924 3387

Monday 31 December 2012

Vitamin Untuk Kanak-Kanak



Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 30 December 2012

Ubat Sakit Urat Shaklee?

Seperti orang lain, mak saya turut tidak ketinggalan mengambil suplemen Shaklee. Antaranya Vitalea, Garlic, Alfalfa, B-Kompleks, Lecithin, OsteMatrix dan ESP. Apabila ditanya kesan atau kebaikan selepas mengambil suplemen tersebut, tak banyak kesan positif yang dirasai. 

Kesan utama hanyalah gastrik yang dialami oleh mak semakin berkurangan dan kurang rasa lapar, selepas amalkan ESP. Setelah di'siasat', rupanya mak saya ambil seminimum mungkin, sebab takut nak ambil banyak-banyak. Sebagai contoh, OsteMatrix hanya 1 biji berbanding dos yang sepatutnya iaitu 4 biji untuk mendapat kesan yang optimum. 
     
Baru-baru ini mak saya cuba pula Advance Joint Health Tablet. Saya cadangkan supaya mengambil sebanyak 2 biji agar kesannya dapat dilihat dengan lebih cepat. Keesokan harinya beliau memberitahu saya ''Bagus la ubat sakit urat ni. Makan 2 biji semalam. Hari ni rasa ok sikit.'' 

Alhamdulillah tak sangka begitu cepat sekali kesannya. Yelah bukan senang nak jumpa ubat yang sesuai untuk sakit urat ni. Biasanya 'painkiller' je la. Balik-balik 'painkiller'. Rupanya berkesan juga untuk sakit-sakit urat. Bukan sekadar untuk sakit lutut, sakit pinggang dan sakit belakang sahaja. Jom lihat serba-sedikit info berkenaan Advance Joint Health Tablet : 





Bahan-bahan yang terdapat dalam AJHT :
  • Ekstrak Boswellia 
  • Ekstrak jagung : sumber glukosamin yang pekat  - Glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.
  • Vitamin C
  • Zink, kuprum dan manganes

Ciri-ciri :
  • 100%  bebas kekerang
  • 100% vegeterian
  • 100% bebas kondrotin (untuk penyerapan glukosamin yang baik)
  • Hanya dua biji sehari
  • Kaplet yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten

Kebaikan / Manfaat :
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

Keistimewaan AJHT :

Hasil ujian klinikal yang dijalankan, AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari. 

Lelaki ini pernah accident dan disebabkan itu dah tak mampu nak bersukan. Tapi lepas ambil AJHT, masalah beliau selesai. Dah mampu bersukan semula macam biasa. 






Jangan tak tahu, masalah sakit sendi ni bukan orang tua sahaja yang alami. Orang muda pun ramai. Sakit lutut la. Sakit pinggang la. 

Nak nak lagi yang dah beranak pinak. 

Jadi jangan biarkan diri anda derita. 


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Tuesday 18 December 2012

Kebaikan Kolagen


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 17 December 2012

Pengedar Shaklee di Besut

Berita baik buat anda yang tercari-cari dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan produk Shaklee di Besut kerana ia tidak dijual di kedai-kedai biasa atau farmasi, dan juga tiada stokis. Kini anda boleh mendapatkan produk Shaklee daripada saya, Shaklee Independent Distributor atau Pengedar Sah Shaklee. Khidmat penghantaran disediakan untuk pelanggan dari Besut (Jerteh, Kampung Raja, Kuala Besut). Penghantaran ke kawasan lain juga disediakan jika ada permintaan, dengan sedikit cas penghantaran untuk memudahkan anda. 

Manakala penghantaran ke seluruh Malaysia melalui pos untuk pengguna selain dari Besut. Shaklee dah lama bertapak di Malaysia. Jadi kebanyakan orang dah kenal apa itu Shaklee. Kalau belum kenal nanti kita berkenalan sedikit demi sedikit tentang Shaklee. Bak kata orang 'tak kenal maka tak cinta'. Dah kenal pasti jatuh cinta. 



Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Saturday 27 October 2012

7 Tips Untuk Sihat dan Bahagia - Dr Azizan Osman


Ada 7 perkara yang anda boleh buat untuk hidup sihat dan bahagia, Insya-Allah. 

1. Minum air banyak 

2. Exercise, mulakan dengan kempen berjalan kaki 30 hingga 60 minit dalam   
    keluarga anda. Ajak anak-anak anda berjalan bersama sama ada Sabtu dan   
    Ahad pagi lepas subuh atau setiap pagi/petang 3 hingga 4 kali seminggu.  
    Benda yang paling susah adalah untuk memulakan dan konsisten 
    berdisiplin. Mari kita ubah keluarga dan keturunan kita untuk hidup gaya 
    sihat. Bukan kita takut mati, tapi kita mahu hargai "pinjaman" dan amanah 
    Allah swt kepada kita dengan baik serta hidup sihat. 

3. Tidur yang cukup (Mesti tidur antara pukul 10 malam hingga 12 malam 
    supaya Liver kita dapat bekerja untuk Detox badan kita secara natural 
    dengan sempurna) 

4. Kurangkan makan terutamanya Carbo (Nasi, Tepung), gula elakkan, 
    makanan bergaram tinggi dan stop MSG. 

5. Banyakkan  makan sayuran 

6. Dapatkan khidmat nasihat pakar untuk makan supplement yg betul, bukan  
    beli daripada mereka yang promote sesuka suki melalui internet atau MLM, 
    mungkin produk mereka bagus tapi consult Doktor yang bagus dalam food 
    and nutrition. Percayalah bahawa 11 orang daripada 10 org mempunyai 
    sistem hormon dan nutrient tidak seimbang dalam badan. Masanya utk 
    repair, rosaknya sejak kecil tidak tahu, maka ia boleh menghidupkan sel 
    kanser atau melemahkan sistem imuniti. 

7. Solat Tahajud secara konsisten serta perbaiki solat kita. Betapa hebatnya 
    Islam & Rasulullah saw di mana ia membawa satu amalan yang holistik 
    dengan Lifestyle yang jika kita praktiskan dengan bagus, ia akan merubah 
    hidup kita, jasad, akal, hati dan ruh kita akan hidup serasi berdansa 
    bersama. :) Ingatan ini untuk diri sendiri. Pagi-pagi ahad ni, apakata gi 
    jalan kaki jap kat luar rumah tu! - Azizan Osman

(Sumber : Facebook)

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Friday 5 October 2012

Elakkan Tekanan Kerja Melampau


Ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.

















TEKANAN yang tidak diurus dengan baik menyebabkan seseorang itu membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. - Gambar hiasan.


TUNTUTAN dunia kerjaya memerlukan perhatian dan kesungguhan walaupun adakalanya kita merungut tentang beban tugas, kekangan waktu dan persekitaran tempat bekerja.


Kita terpaksa bekerja kerana itu merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bagaimanapun, janganlah pula kita terlalu asyik dengan kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri.
Walaupun pekerjaan memberikan kita kebahagiaan, kajian-kajian yang dibuat jelas menunjukkan bahawa pekerjaan juga 'menyumbangkan' pelbagai jenis penyakit kepada manusia, baik bersifat psikologikal atau fizikal.
Tekanan kerja yang melampau misalnya, bukan sekadar menyebabkan manusia terpaksa mengharungi kebimbangan, masalah tidur, penyakit fizikal seperti serangan jantung dan darah tinggi, malah ada yang sampai membawa ke tahap kematian.
Asia merupakan satu-satunya rantau yang memaksa manusia bekerja dengan sangat teruk.
Walaupun jumlah jam kerja ideal yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hanyalah 40 jam seminggu, didapati secara puratanya para pekerja di Asia bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, bahkan ada yang mencecah 90 jam seminggu.
Bunuh diri dan kematian yang berpunca daripada pekerjaan mungkin sesuatu yang janggal dalam budaya kita. Bagaimanapun, harus diingat statistik menunjukkan pekerja di Asia sedang mengalami masalah serius.
Mati akibat kerja
Secara global, dianggarkan seramai 2.5 juta manusia telah membunuh diri kerana kerja dan 60 peratus daripada kes membunuh diri berlaku di Asia.
Di Jepun sahaja, yang terkenal dengan simptom karoshi (kematian akibat terlalu teruk bekerja), dianggarkan 10,000 pekerja mati kerana pekerjaan setiap tahun.
Trend itu nampaknya sedang merebak ke beberapa negara lain di Asia. Semua ini bermula dengan jumlah masa bekerja yang mencapai tahap optimum. Mereka mengalami burnout dan kemurungan teruk yang kemudiannya memaksa mereka mengambil jalan singkat dengan membunuh diri.
Sebenarnya, negara kita juga sedang menghadapi masalah yang sama. Laporan Kementerian Kesihatan misalnya menunjukkan kadar prevalen kemurungan dalam kalangan golongan dewasa mencapai 1.8 peratus.
Walaupun ia mungkin diakibatkan oleh pelbagai sebab, tetapi salah satunya mungkin berpunca oleh pekerjaan.
Malangnya, dalam konteks budaya kita, aspek kesihatan psikologikal ini tidak dianggap sebagai isu besar.
Apabila berlaku tekanan kerja seperti kemurungan, rasa cemas dan tidak dapat tidur malam misalnya, banyak daripada kita mengambil jalan mudah dengan membuat kesimpulan bahawa individu tertentu terkena gangguan makhluk halus atau buatan orang.
Jarang yang cuba berfikir bahawa mereka mungkin sedang mengalami gangguan yang berpunca daripada bebanan pekerjaan.
Ini menjadikan, ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa tekanan kerja sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyakit epidemik yang sedang menyerang kita semua.
Sekiranya tidak diatasi, ia akan menyebabkan penyakit yang lain termasuklah darah tinggi, serangan jantung atau penyakit fizikal yang lain.
Kajian-kajian juga merumuskan bahawa pekerjaan adakalanya menyebabkan rumah tangga terganggu, khususnya apabila emosi negatif yang timbul akibat oleh pekerjaan dibawa pulang ke rumah.
Perasaan marah atau tekanan yang berlaku di tempat kerja kemudiannya telah menyebabkan keluarga dan anak-anak menjadi mangsa.
Salah satunya ialah melalui contagion effects. Sindrom ini berlaku apabila seseorang mengalami perasaan negatif seperti murung dan perasaan kemudiannya dipindahkan kepada pasangan atau keluarga mereka di rumah.
Pergilah bercuti
Salah satu langkah yang boleh diambil termasuklah bercuti. Hal ini kerana bercuti didapati mampu menghindar kita semua daripada diserang pelbagai penyakit psikologikal termasuklah kepenatan dan kemurungan.
Salah satu teori yang selalu dikemukakan bagi mengupas isu berkenaan ialah Conservation of Resources Theory.
Teori itu menerangkan mengenai pekerjaan yang menyebabkan manusia mengalami pengurangan 'tenaga' psikologikal dalam diri. Ia mencetuskan tekanan kerana manusia tersebut perlu berjuang untuk mendapatkan tenaga yang hilang.
Bagaimanapun, dengan bercuti, ia mampu mengembalikan tenaga psikologikal tersebut.
Semoga kita sentiasa menghargai peluang bercuti apabila tiba waktunya. Kesempatan tersebut melupakan kita seketika dengan kesibukan dunia pekerjaan dan memulihkan semula tenaga kita untuk menghadapi dunia pekerjaan.
Sumber : Kosmo Online (24 September 2012)

Nota : Vitamin B-Kompleks juga dapat membantu menangani tekanan.



Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah