Friday 20 July 2018

HAK ISTERI

Tadi dengar siaran ulangan kat Ikim.fm. Penceramah Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Amin). Sempat tulis sedikit isi-isi penting. Saya tulis dalam bentuk point la ye. Senang sikit nak baca.
1. Bagi sedekah kat orang, bagi nafkah kepada isteri pulangannya akan dapat kat kita balik. Di dunia lagi Allah balas.

2. Bagi nafkah kepada isteri dikira sedekah. Dapat 10 kebaikan. Dapat 700 pahala. Kalau bagi RM 1000 dapat balik Rm 10k. Atau dapat dalam bentuk lain. Naik pangkat, dipermudah urusan. Kalau orang lain bukan main payah nak dapat, tapi bila giliran kita senang je. Allah permudahkan.
3. Jika suami berkemampuan tapi suami tak bagi nafkah, isteri boleh ambil dengan cara yang makruf (baik) walaupun tanpa pengetahuan suami. Sekadar mencukupi keperluan kita (makanan, tempat tinggal, pelajaran anak-anak).
4. Ada suami kena mintak baru bagi. Jadi isteri kena selalu ingatkan.
5. Jika suami culas dalam memberi nafkah, boleh buat potongan gaji suami. Isteri buat permohonan perintah mahkamah syariah.
6. Kadang-kadang, ada suami yang rasa mampu kahwin lagi kerana ada duit lebih. Sebenarnya rasa mampu tu kerana datang daripada hak isteri yang tak ditunaikan. Contohnya isteri guna duit sendiri beli barang dapur, bayar tuisyen anak tapi malas nak mintak kat suami. Suami rasa ada duit lebih tapi sebenarnya hak isteri.
7. Isteri nusyuz boleh gugur hak nafkah isteri. Tapi nusyuz yang diputuskan oleh qadhi atau hakim mahkamah syariah. Bukan suami yang pandai-pandai tentukan. Lambat bagi air pun suami kata nusyuz atau derhaka. Bila ada perintah mahkamah syariah, gugur perintah nafkah kepada isteri.
8. Bagi nafkah sesuai dengan kemampuan. Jika gaji isteri lebih besar daripada suami, untuk sementara waktu suami boleh minta tolong isteri bayar rumah (contoh), suami pulak beli barang dapur dan sebagainya (isteri support), suami kena minta halal daripada isteri. Tapi kena ada tempoh. Contohnya 2 tahun. Bila dah 2 tahun kena revise balik.
9. Bila ada harta (duit), first sekali suami belanja untuk diri sendiri. Beli baju lawa dll supaya penampilan nampak kemas, berkeyakinan. Lepas tu beli suplemen, ubat-ubatan untuk diri sendiri. (Ni ustaz yang cakap, bukan tokok tambah. Nak suplemen boleh contact saya) 
10. Lepas diri sendiri, belanja keluarga. Jika suami beli baju mahal, isteri pun kena belikan baju mahal.
11. Suami jangan kedekut nak belanja keluarga tapi pemurah bila bab nak belanja kawan. Harta yang kita belanja tu, isteri sebagai perantara je. Kat akhirat nanti dapat kat kita balik (pahala). Kalau kita tahu apa yang bakal kita dapat, mesti kita rasa menyesal jika bagi isteri RM 500 sebulan je (contoh). Kalau tahu dapat macam ni, mesti bagi RM 1K.



No comments:

Post a Comment