Saturday, 8 October 2016

Virus Zika : Apa Yang Wanita Hamil Wajib Tahu

Zika merupakan mikroorganisma yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ia tergolong dalam famili yang sama dengan aedes, juga yellow fever di Afrika.


Ia isu yang agak merisaukan kerana vektor atau pembawa virus zika iaitu aedes ada di Malaysia.

Zika sedikit unik berbanding aedes, di mana selain boleh tersebar melalui nyamuk, ia juga boleh tersebar melalui cara lain seperti hubungan seks, pendermaan darah dan yang terbaru dikesan, melalui air liur.

Apabila virus Zika menjangkiti orang lain, ia mengakibatkan gejala yang sama seperti jangkitan virus lain (chikunguya, denggi) iaitu :

- demam
- ruam-ruam
- mata kemerahan
- sakit kepala
- sakit dalam bahagian belakang mata
- rasa lenguh sendi

Zika lebih ringan berbanding denggi kerana hanya 1 daripada 5 orang yang dijangkiti menunjukkan tanda-tanda tersebut.

4 lagi mungkin dijangkiti tanpa individu itu sedari kerana virus Zika sembuh dengan sendiri (self limiting).
Ini adalah kerana sistem imun badan kita membina dan melawan virus Zika tersebut.

Orang yang pernah kena denggi boleh juga dijangkiti virus Zika kerana ia adalah virus yang berlainan dengan denggi walaupun dari famili yang sama.

Selepas seminggu (incubation period), kita akan rasa demam-demam, lenguh-lenguh dan sebagainya.

Ia akan sembuh dengan sendiri dan virus Zika akan hilang daripada darah.

Orang yang dijangkiti virus Zika tak perlu makan ubat, bergantung kepada simptom dan keseriusan.

Orang yang pernah kena demam denggi dan kemudian dijangkiti virus zika mungkin akan alami keadaan yang lebih teruk.

Walaubagaimana pun, ia masih dalam kajian para saintis.

Sebenarnya, denggi lebih berbahaya daripada Zika di mana pada tahun 2015 lebih 200 kematian berlaku akibat denggi di Malaysia.

Manakala setakat ini di Malaysia, kematian akibat Zika hanya 1 kes iaitu pada orang tua, yang mana sistem imunnya adalah lemah.

Virus Zika Dan Ibu Hamil

Simptom jangkitan virus Zika pada ibu hamil adalah sama dengan orang lain.

Yang menjadi isunya ialah kajian mendapati virus Zika boleh merentasi uri dan sampai ke janin.

Ini menyebabkan risiko untuk mendapat microcephaly adalah tinggi.

Janin yang mendapat virus Zika boleh dikesan melalui scan di mana kepala janin kecil berbanding biasa.

Apabila lahir pula ia boleh dikesan apabila dibuat ukur lilit kepala.

Kepala kecil bukan masalah besar namun ia berkait rapat dengan masalah saraf.

Ini kerana otak bayi turut menjadi kecil, akan mengalami masalah tumbesaran dan juga masalah mata.

Ia memberi kesan mental dan psikologi kepada si ibu dan juga kepada bayi sendiri apabila dia semakin membesar.

Di Brazil 1 daripada 20 ibu hamil akan mendapat bayi dengan masalah microcephaly.

Sebenarnya, denggi lebih berbahaya daripada Zika di mana pada tahun 2015 lebih 200 kematian berlaku akibat denggi di Malaysia.

Manakala setakat ini di Malaysia, kematian akibat Zika hanya 1 kes iaitu pada orang tua, yang mana sistem imunnya adalah lemah.

Hukum Menggugurkan Kandungan

Menurut Mazhab Syafie dan juga Muzakarah Fatwa Kebangsaan, terdapat 3  peringkat berkaitan dengan  menggugurkan kandungan.

1. 40 hari yang pertama.
Hukum menggugurkan kandungan pada peringkat ini ialah makruh.

2. 41 hari hingga 120 hari.
Hukumnya ialah makruh yang lebih berat.

3. 120 hari ke atas
Hukumnya ialah haram.

Bagaimanapun untuk hukum menggugurkan kandungan akibat virus Zika, sehingga artikel ini ditulis (8 Oktober 2016), belum ada fatwa dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

*** Artikel ini ditulis berpandukan perbincangan dalam Tabayyun (Astro Oasis) bertajuk Virus Zika : Gugur atau Simpan.

Tingkatkan sistem imun dengan Set Immune Protection. Sms/whatsapp untuk pertanyaan dan order 013-924 3387.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...