Saturday 17 October 2015

Vitamin Untuk Ibu Hamil Trimester Pertama

Apabila disahkan mengandung, perkara pertama yang biasanya ibu hamil lakukan ialah mendaftar di klinik ibu mengandung sama ada di klinik kerajaan atau klinik swasta.

Selain itu, perkara yang amat penting yang bakal ibu perlu titik beratkan ialah pengambilan vitamin atau suplemen. Sudah tentu kita ingin memberikan yang terbaik untuk permata hati yang bakal lahir. Pengambilan suplemen salah satu caranya. 

Apakah vitamin yang penting untuk ibu hamil semasa trimester pertama?

1. ASID FOLIK 
Asid folik merupakan salah satu vitamin yang sangat penting lebih-lebih lagi pada trimester pertama kerana perkembangan tiub neural fetus berlaku dalam tempoh ini. 

Kekurangan asid folik akan menyebabkan berlakunya kecacatan tiub neural iaitu spina bifida.

Asid folik juga penting untuk perkembangan otak dan penghasilan tulang belakang. Dos yang diperlukan ialah 400 mcg asid folik setiap hari. 

2. ZAT BESI ATAU IRON
Mengikut World Health Organization (WHO), masalah yang paling biasa berlaku pada ibu hamil ialah masalah anemia atau low HB. Zat besi penting kerana ia menghasilkan hemoglobin yang terdapat dalam sel darah merah.

Antara tanda-tanda kurang zat besi ialah ibu hamil akan cepat rasa letih, selalu rasa mengantuk, susah nak fokus dan yang lebih serius akan menyebabkan pitam.

Kekurangan zat besi akan menyebabkan masalah sukar untuk hamil / tak subur, keguguran pada awal kehamilan (biasanya 8 minggu),bayi lahir tak cukup bulan dan meningkatkan risiko kematian pada ibu semasa bersalin. Dos yang diperlukan ialah 29 mg zat besi setiap hari.

3. VITAMIN C
Vitamin C penting dalam meningkatkan sistem imun (pertahanan) badan. Selain itu, pengambilan vitamin C membantu meningkatkan penyerapan asid folik dan zat besi. 

4. KALSIUM
Kalsium penting untuk tulang, gigi, otot, jantung dan lain-lain. Kalau nak tahu, untuk berdegup jantung kita memerlukan kalsium. Hebat kan fungsi kalsium? Bila berlaku cramp, itu tandanya ibu hamil tak cukup kalsium. Dos yang diperlukan ialah 1000 mg setiap hari. 

5. OMEGA 3 / DHA
Kalau nak anak pandai dan mata yang cantik (sempurna), wajib ambil Omega 3. Kenapa? Kerana Omega 3 penting untuk mata dan otak. Dos yang diperlukan ialah 300 mg DHA setiap hari. 


Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
id 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

No comments:

Post a Comment