Monday 20 July 2020

Cara Mula Bisnes Shaklee - Hanya Dari Rumah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Macam mana ye nak mula bisnes Shaklee? Susah ke? Banyak ke modal yang diperlukan? Kena ada laptop ke? Kena ada internet ke? Atau boleh je guna handphone? 

Jadi hari ini saya akan kongsikan cara mudah untuk mula bisnes Shaklee. Jadi apa yang perlu saya ada untuk mula bisnes Shaklee? 

1. Modal RM 35 sahaja. 

Eh murahnya yuran keahlian Shaklee. Ingatkan ribu-riban. Ya sangat murah. Atau pilihan kedua, boleh join Shaklee dengan modal zero bila buat pembelian produk sekurang-kurangnya RM 400. Tak semestinya pembelian kita sahaja. Boleh juga kumpul order daripada orang lain untuk cukupkan RM 400 tu. Dah boleh daftar ahli secara PERCUMA. 

2. Ada smartphone dan internet. 

Yang ni paling kurang kena ada. Sebab bisnes sekarang kalau tak buat secara online, memang rugi. Bak kata Irfan Khairi. Kalau ada laptop, itu satu bonus. 

Tapi kalau saya takde smartphone dan internet, boleh ke saya buat bisnes Shaklee? 

Jawapannya, tentulah boleh. Bisnes Shaklee juga boleh dijalankan secara offline. Tapi, mungkin agak sukar sedikit berbanding online.  

Apapun, orang lama dalam Shaklee ramai yang berjaya menggunakan pemasaran offline je. Itu bermakna online ke offline ke, semuanya boleh berjaya asalkan kita betul-betul nak. 

Persoalannya, tanya diri sendiri. Saya nak ke mula bisnes Shaklee? 

Kalau nak, boleh hubungi : 



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 013-9243387


Friday 22 May 2020

Student Pun Boleh Jadi Master Coordinator Shaklee

Tadi terbaca dekat wall fb salah seorang Master Coordinator tentang New Master Coordinator yang hanya berusia 22 tahun dan merupakan seorang student. Income minimum Master Coordinator lebih kurang 30k sebulan.

Ya Allah bagusnya adik tu. Muda-muda dah kaya raya. Untung dapat kenal Shaklee awal. Rasa terbakor bila baca pasal dia. Mudah-mudahan saya pun dapat ikut jejak beliau soon. 

Jurnal 100 Hari Exercise

Dah lost count. Sebenarnya setiap hari saya pergi briskwalk (2 hari je cuti) sehinggalah 2 hari lepas. Khadijah request nak pergi awal sikit sebab nak balik main mercun bawang dengan sepupu-sepupu dia. 

Saya pula nak la rehat dulu lepas berbuka puasa. Baru rasa best nak pergi briskwalk. Terus rasa tak semangat nak pergi. Ikutkan je la dia. Hajatnya nak la exercise sendiri tapi tertidur la pulak. 

Nampaknya takde harapan la nak konsisten pergi briskwalk kalau macam ni. Tapi mungkin ada bagusnya juga. 

Sebab kalau pergi briskwalk tak berpeluh sangat berbanding exercise kat rumah. Maybe sebab berjalan je. Kalau berlari mungkin berbeza. Isunya tak larat nak lari. 

Jadi, lepas habis puasa ni saya akan restart semula jurnal 100 hari exercise ni dengan jadual baru. InsyaAllah akan cuba exercise setiap pagi. 
 

Saturday 16 May 2020

Jurnal 100 Hari Exercise (Day 2)

Tadi nyaris tak pergi briskwalk. Tiba-tiba je rasa mengantuk lepas berbuka puasa. Try tidur sekejap, tapi takleh lelapkan mata pun. 

Jadi, saya decide untuk terus bersiap-siap dan keluar. Malam ni sejuk je. Tak macam semalam, takde angin. 

Mungkin sebab nak hujan. Kilat ada kelihatan sekali sekala, tapi agak jauh. Tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Malam ni baru rasa lenguh sikit kaki tu. Tak lari pun walaupun teringin sangat. Sebab memang tak larat. I guess, kena turunkan berat badan sikit kut baru boleh start lari. 

Hari ni baru rasa berpeluh sikit berbanding semalam. Plus lepas balik tu saya buat kerja pertukangan sikit (gergaji kayu), makin banyak peluh keluar. 

Rasa best pulak briskwalk malam ni. Tak lupa juga saya bawa air Performance Lime. Nak tidur ambil 4 biji Ostematrix supaya lenguh-lenguh ni hilang dan juga mudah bangun pagi. Rasa tak sabar nak habiskan journey 100 hari ni :)

Masa saya tulis blog ni dah nak dekat pukul 12 malam, jadi catatan saya ni adalah post pada 15 Mei dan bukannya 16 Mei. 

Malam nanti saya sambung pula untuk Day 3. InsyaAllah. 

Friday 15 May 2020

Seminar Rezeki Magik

Alhamdulillah dalam tempoh PKP ni, takleh gi mana-mana, saya berpeluang join seminar online dari rumah je. Nama pun Seminar Rezeki Magik. 

Saya dapat join pun kira magik juga sebab adik yang sponsor. Out of nowhere. Yuran sebenar dalam RM 300 juga untuk seorang. Alhamdulillah 'ala kulli hal. I am abundant. 

Seminar ni terdiri daripada 3 speaker iaitu Prof Dr Muhaya, Pak Nasrullah (Magnet Rezeki) dan juga Ustaz Hakim (Avengers). 

Seminar 2 hari ni mengajar tentang cara-cara supaya kita dapat capai magik dalam kehidupan sehari-hari. Bukan berdasarkan logik semata-mata. 

Best sangat seminar ni, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Banyak juga persoalan yang bermain di fikiran selama ini, terjawab dalam seminar ini. Tinggal nak apply je. 

Yang paling memberi kesan kepada saya, dapat belajar cara solat taubat daripada Pak Nasrullah. Ilmu ni sangat mahal. Siap praktikal lagi di mana seminar bermula pukul 4.00 pagi. Belajar cara buat solat taubat dan terus apply on the spot. 

Amazing. Daripada lebih seribu peserta, dalam 800 orang juga yang join live fb pukul 4 pagi tu. InsyaAllah semoga Allah turunkan rahmat dan keberkatan kepada semua peserta termasuklah saya. Amin. 

I am magic.