Showing posts with label Bisnes untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label Bisnes untuk wanita. Show all posts

Monday 20 July 2020

Cara Mula Bisnes Shaklee - Hanya Dari Rumah

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Macam mana ye nak mula bisnes Shaklee? Susah ke? Banyak ke modal yang diperlukan? Kena ada laptop ke? Kena ada internet ke? Atau boleh je guna handphone? 

Jadi hari ini saya akan kongsikan cara mudah untuk mula bisnes Shaklee. Jadi apa yang perlu saya ada untuk mula bisnes Shaklee? 

1. Modal RM 35 sahaja. 

Eh murahnya yuran keahlian Shaklee. Ingatkan ribu-riban. Ya sangat murah. Atau pilihan kedua, boleh join Shaklee dengan modal zero bila buat pembelian produk sekurang-kurangnya RM 400. Tak semestinya pembelian kita sahaja. Boleh juga kumpul order daripada orang lain untuk cukupkan RM 400 tu. Dah boleh daftar ahli secara PERCUMA. 

2. Ada smartphone dan internet. 

Yang ni paling kurang kena ada. Sebab bisnes sekarang kalau tak buat secara online, memang rugi. Bak kata Irfan Khairi. Kalau ada laptop, itu satu bonus. 

Tapi kalau saya takde smartphone dan internet, boleh ke saya buat bisnes Shaklee? 

Jawapannya, tentulah boleh. Bisnes Shaklee juga boleh dijalankan secara offline. Tapi, mungkin agak sukar sedikit berbanding online.  

Apapun, orang lama dalam Shaklee ramai yang berjaya menggunakan pemasaran offline je. Itu bermakna online ke offline ke, semuanya boleh berjaya asalkan kita betul-betul nak. 

Persoalannya, tanya diri sendiri. Saya nak ke mula bisnes Shaklee? 

Kalau nak, boleh hubungi : 



Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Sms/whatsapp : 013-9243387


Friday 13 July 2018

Bila Saya Mula Bisnes?

Bila mula bisnes?

Saya tak la banyak pengalaman bisnes. Mula pun dah agak lewat iaitu masa belajar kat u dulu.

Antaranya jual makanan dan juga join MLM macam Sureco dan Zhulian. Masa tu tak tahu apa-apa. Main redah je.

Atau boleh dikatakan hanya menjadi pengguna produk MLM tu. Bukan buat bisnes pun. Beli kopi banyak kotak, tapi end up diri sendiri guna.  🤣

Saya pun tak sure dari mana minat nak buat bisnes tu bermula. Mungkin daripada pembacaan kut.

Keluarga saya pun tak ramai yang buat bisnes. Boleh dibilang dengan jari. Ramai yang kerja cikgu termasuklah ummi dan arwah abah.

Masa tu saya pun tak pasti apa cita-cita saya. Mungkin cikgu kut. Sebab saya takde satu kerjaya yang betul-betul saya idamkan. Yang saya impikan siang dan malam.

Sehinggalah tahu tentang bisnes. Macam best je. Dari situlah saya pasang niat untuk jadi businesswoman yang berjaya.

Lepas habis u, tak dapat kerja. Tanam anggur beberapa tahun jugak la. Sempat la ada kebun sayur belakang rumah yang mengeluarkan hasil. Sambil jadi driver ummi.

Bukan saya je tak dapat. Ramai juga kawan yang sama course pun tak dapat kerja.

Ramai yang apply KPLI. Tapi saya tak. Sampai pakcik saya tanya kenapa tak apply. Sebab tak minat la saya jawab.

Bukan memilih. Tapi saya dah ada pengalaman jadi guru ganti (GSTT) selama sebulan (je) di daerah Setiu. Masa tu arwah abah kat PPD Setiu. Ingat-ingat lupa dah. And i think this is not for me.

Saya kagum dengan anak-anak muda yang belum habis sekolah pun dah ada bisnes yang berjaya sebab saya mula agak lewat. 20-an kira agak lewat la.

Tapi untuk kawan-kawan yang mungkin rasa dah berumur dan dah terlambat nak buat bisnes, tiada istilah terlambat sebenarnya.

Selagi kita masih bernyawa, peluang tu tetap ada. Yang penting mula. Jika ada impian tersebut.

#mystory
#notabisnesKakKam
#TeamEndeavor






Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


Tuesday 5 June 2018

Bisnes Online Tanpa Modal Untuk Tahun 2018 Yang Pasti Menguntungkan

Sekarang bisnes bukan suatu perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Dulu tak ramai orang yang terlibat dengan bisnes. Sekarang, boleh dikatakan 1 orang 1 bisnes. Macam saya, saya fokus kepada bisnes Shaklee sahaja. Tiada bisnes lain. 

Tapi nak pilih bisnes apa bukan suatu perkara yang mudah. Silap pilih, rugi. Ada orang kata, pilih bisnes berdasarkan minat. Mungkin betul. Tapi ada juga orang buat bisnes yang dia minat tapi tak berjaya. Semuanya tu terletak pada diri masing-masing. 

Jika dilakukan dengan sungguh-sungguh, kerja yang kita tak minat pun akan berhasil. Jika buat dengan bersungguh-sungguh serta berdisiplin, insyaALLAH pasti berjaya. 

Ramai yang bertangguh untuk memulakan bisnes kerana tiada modal. Itulah halangan paling besar. Mungkin ramai yang tahu, bisnes tanpa modal dah banyak sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi dan internet sekarang. Semuanya menjadi lebih mudah. 

Untuk tahun 2018 ni, bisnes apa yang boleh dilakukan secara online tanpa modal tapi menguntungkan? Kenapa bisnes online? Kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja hanya bermodalkan smartphone atau laptop dan juga talian internet. 

Jadi hari ni saya nak share tentang bisnes yang saya jalankan iaitu bisnes Shaklee. Saya memulakan bisnes Shaklee semasa saya masih bekerja. Sebelum itu, saya tercari-cari bisnes apa yang saya boleh jalankan dari rumah sahaja. Sebab, impian saya adalah untuk menjadi work at home mom. 

Saya ambil produk Shaklee untuk masalah keletihan yang saya alami. Bila dah cuba dan dah rasai kesannya, terus jatuh cinta. Lama-kelamaan bila baca sharing mentor-mentor dalam Shaklee (group facecook), baru saya tahu bahawa bisnes Shaklee boleh dijalankan dari rumah secara online. Tak perlu kedai pun. Wow! Inilah yang saya cari-cari selama ini. Apa lagi, terus saya daftar jadi ahli dan secara rasminya bergelar Shaklee Independent Distributor.

Berapa pelaburan untuk join bisnes Shaklee ni? Hanya RM 75. RM 65 untuk pendaftaran dan RM 10 untuk kos pos. Tak perlu buka kedai. Tak perlu modal berpuluh ribu. Tak perlu gajikan pekerja. Tak perlu sewa kedai. Boleh buat dari rumah je. 

Juga boleh dibuat secara part time atau pun fulltime. Tak perlu berhenti kerja untuk buat bisnes Shaklee. Tapi dengan income Shaklee insyaAllah boleh berhenti kerja. Again, jika dikerjakan bersungguh-sungguh. 




Nak jadi ahli Shaklee dan mula bisnes online?