Friday 22 May 2020

Jurnal 100 Hari Exercise

Dah lost count. Sebenarnya setiap hari saya pergi briskwalk (2 hari je cuti) sehinggalah 2 hari lepas. Khadijah request nak pergi awal sikit sebab nak balik main mercun bawang dengan sepupu-sepupu dia. 

Saya pula nak la rehat dulu lepas berbuka puasa. Baru rasa best nak pergi briskwalk. Terus rasa tak semangat nak pergi. Ikutkan je la dia. Hajatnya nak la exercise sendiri tapi tertidur la pulak. 

Nampaknya takde harapan la nak konsisten pergi briskwalk kalau macam ni. Tapi mungkin ada bagusnya juga. 

Sebab kalau pergi briskwalk tak berpeluh sangat berbanding exercise kat rumah. Maybe sebab berjalan je. Kalau berlari mungkin berbeza. Isunya tak larat nak lari. 

Jadi, lepas habis puasa ni saya akan restart semula jurnal 100 hari exercise ni dengan jadual baru. InsyaAllah akan cuba exercise setiap pagi. 
 

No comments:

Post a Comment