Thursday 8 December 2016

Kritikan dan Cemuhan Menjadi Penguat Semangat

Bila buat keputusan untuk buat bisnes Kak Kam tahu yang ada banyak cabaran yang akan ditempuhi. Namun tak sangka pula cabaran tersebut sebegini hebat.

Bila orang terdekat sendiri meremehkan dan mencabar kita untuk buktikan kita boleh berjaya. Sedikit sebanyak buatkan diri rasa down namun bukan melemahkan semangat sampai nak berhenti buat bisnes.  Tapi dengan kata-kata tersebutlah membuatkan Kak Kam makin berkobar-kobar untuk berjaya.

Kalau nak diceritakan memang banyak. Terlalu berat sampai buatkan kita menitiskan air mata. Apa pun Kak Kam percaya apa yang dilalui ni hanyalah sedikit berbanding orang yang jauh lebih berjaya.

Bila baca kisah kejayaan orang, kita tahu kita pun takkan mampu menghadapi cabaran yang mereka lalui. Sebab cabaran kita jauh lebih ringan daripada mereka. Maknanya banyak lagi cabaran mendatang yang perlu ditempuhi kalau nak lebih berjaya.

Selagi kita belum pernah dikutuk, disindir maknanya jauh lagi perjalanan kita. Sebab orang dah berjaya ni macam-macam yang mereka dah lalui. Kutukan dan kejian adalah perkara biasa.

Perjalanan setiap orang berbeza. Ada yang cepat ada yang lambat. Jika lambat ia bukan bermakna yang kita tak akan berjaya. Cuma kita kena percaya dan yakin yang kita akan berjaya di saat tiada yang yakin dengan kita. Dengan syarat apa yang kita buat tu betul.

Walaupun begitu, terlalu banyak juga pertolongan yang Kak Kam terima. Terima kasih buat yang banyak menyokong Kak Kam walaupun mereka sendiri masih ragu-ragu.

Kita sendiri pun tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa depan. Apa yang boleh dibuat ialah buat je kerja kita. Let Allah do the rest.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan

Wednesday 7 December 2016

Petua Yang Diamalkan Dalam Menjaga Kesihatan

Buntu sebenarnya nak mengarang hari ni. Tak tau petua apa yang boleh dikongsi. Tiba-tiba teringat apa yang pernah Kak Kam buat dulu masa belajar kat matrikulasi. 

Dulu suka bangun awal pagi dan terus mandi lepas baca kebaikan mandi pukul 4 pagi. Mesti kita ingat mandi masa ni sejuk. Sebenarnya tak pun. Bestnya masa ni air tak sejuk pun. Suam-suam je. 

So bolehlah amalkan selalu masa tu. Memang suka sangat bangun awal pagi, buka sliding door untuk rasa udara yang segar dan nyaman tu. Lepas tu study. 

Badan pun rasa segar dan sihat. Tapi tu dulu la. Ni orang kata petua untuk awet muda jugak kan? Makin bertambah usia makin malas pulak nak buat. 

Maybe kena start semula ni rutin ni. Lepas tu boleh la siapkan kerja bisnes. Bila dah jadi tabiat takde masalah lagi. 


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.


Tuesday 6 December 2016

19 Sebab Tubuh Kita Perlu Detoks


🍋🌶 Saya tinggal atau bekerja di kawasan yang penuh dengan pencemaran dengan asap yang banyak dan udara yang kotor
🍋Saya seorang perokok / terdapat perokok di sekeliling saya
🍋 Saya exercise kurang daripada 3 kali seminggu
🍋 Saya selalu tidur kurang daripada 6 jam sehari
🍋 Saya selalu terganggu/terjaga semasa tidur
🍋 Saya selalu ambil fast food, makanan berlemak, makanan bergoreng dan makanan separa masak
🍋 Saya tidak makan secara berlebihan tetapi berat badan saya tetap bertambah
🍋 Saya selalu mengidam makanan manis
🍋 Saya selalu minum arak
🍋 Saya tinggal di persekitaran dan gaya hidup yang sering menyebabkan stress
🍋 Saya selalu alami masalah sembelit
🍋 Saya selalu rasa kembung perut, gas dan tidak hadam selepas makan
🍋 Saya ingin mengatasi masalah nafas berbau
🍋 Saya risau tentang masalah bau badan saya
🍋 Saya selalu rasa letih dan tidak bertenaga
🍋 Saya mudah tersinggung dan moody tanpa sebab
🍋 Saya alergik terhadap makanan dan mempunyai masalah kulit ( ruam-ruam, ekzema, jerawat dan lain-lain )
🍋 Saya sering sakit kepala dan migrain
🍋 Saya sukar untuk fokus dan menghadapi masalah dalam mengingat

Cuba check. Daripada 19 ni berapa skor anda? Kak Kam pasti paling kurang pun mesti ada satu. Betul? Mudah tersinggung pun tanda tubuh banyak toksin tau. Macam mana kita dapat toksin ni? 

Daripada bahan kimia, pestisid, air tercemar dan tidak bertapis, pengawet makanan, logam berat dan radiasi elektromagnetik. 

Ia terdapat dalam makanan, air, dan produk penjagaan rumah. Toksin yang terdapat dalam tubuh berkumpul dalam usus, hati, buah pinggang, sistem limfa dan tisu lemak.

Shaklee pun ada program detoks yang tersendiri, unik dan eksklusif serta tidak sama dengan mana-mana program detoks lain. Ia disediakan oleh pakar nutrisi Shaklee sendiri.

Program detoks Shaklee terdiri daripada mealplan khusus, exercise dan juga suplemen. Barulah lengkap.

Suplemen dalam Set Detoks Shaklee ialah :
1. Alfalfa - Detox darah
2. Herblax - Detox usus
3. Peppermint ginger- Detox buang angin
4. Vivix - Detox sel
5. DTX Complex - Detox hati


kenapa detoks, set detoks shaklee


Ramai yang telah dapat manfaat daripada program detoks ni. Kalau dah try macam-macam cara tapi still tak dapat turunkan berat badan, anda perlu tahu yang anda perlu detoks. Tau kan nak hubungi Kak Kam macam mana ? SMS atau whatsapp 013-924 3387. Jom detoks!

Monday 5 December 2016

Bisnes Yang Sesuai Untuk Surirumah Tanpa Modal Yang Tinggi


Sekarang zaman dah berubah. Masa dulu para suami yang membanting tulang bekerja. Isteri hanya duduk di rumah menjaga anak-anak. Sekarang kalau nak buat macam tu alamatnya dapur tak berasap la kut. Kecuali suami bergaji besar atau memang orang kaya.

Sekarang dua-dua suami isteri perlu bekerja untuk menjalani kehidupan yang selesa. Yang menjadi surirumah untung sangat jika suami mampu sediakan segala keperluan.

Tapi macam mana jika pendapatan suami masih tidak mencukupi tapi tak tahu nak buat apa. Terlebih dahulu Kak Kam nak cerita la tentang bisnes yang satu ni iaitu bisnes Shaklee.

Modal yang diperlukan untuk buat bisnes ni hanyalah RM 68.90. Tak sampai seratus pun. Kalau nak keahlian percuma pun boleh. Beli produk dengan harga RM 800 dan kita dah menjadi ahli yang sah.

RM 800 banyak sangat? Tak semestinya semua produk tu kita guna sendiri. Boleh juga kumpul order daripada kawan-kawan untuk mencukupkan jumlah tu. 4 orang beli RM 200. Atau cari 8 orang yang nak beli RM 100. Senang kan?

Bila dah jadi ahli takkan kita tak nak try produknya kan? Shaklee ada macam-macam produk untuk semua golongan - kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Juga ada macam-macam set kesihatan.

Bila kita dah makan produk dan merasai kesannya, tugas kita hanya share kebaikan produk tu dengan orang lain. Sama ada secara online atau offline. Senang ke susah?

Dalam bisnes ni juga kita akan dibimbing dari a hingga z. Inilah salah satu kelebihan buat bisnes Shaklee. Kita tak keseorangan. Ada support group yang best.

Ingin menjana pendapatan dengan Shaklee? Jika bertangguh akan rugi. Boleh hubungi Kak Kam melalui sms atau whatsapp 013-924 3387.

Harapan Dan Target Saya Dalam Bisnes Shaklee Untuk 6 Bulan Dari Sekarang

Bila dikatakan bisnes, takde target memang tak sah. Begitu juga dengan Kak Kam. Untuk 6 bulan dari sekarang, target utama Kak Kam ialah untuk bantu lebih ramai orang selesaikan masalah mereka dengan Shaklee. 

Tak kiralah sama ada masalah itu berkaitan kesihatan atau pun kewangan. Sebab memang kita boleh dapat dua-dua ni dengan Shaklee. 

Yang takde masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya lebih sihat dan dapat elak dari sebarang penyakit dengan Shaklee. Yang ada masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya dapat kembali sihat seperti sediakala dengan izin Allah. Yang ada masalah nak amalkan suplemen sebab masalah bajet pula Kak Kam nak bantu supaya dapat makan suplemen secara free. Ada caranya.

Memang diakui bahawa bagi sesetengah kita, suplemen adalah mahal. Tapi ia sebenarnya tak mahal jika kita mempunyai bajet yang mencukupi untuknya. 

Malah pengambilan suplemen sebenarnya dapat membantu kita berjimat dari terpaksa berulang-alik ke klinik atau hospital kerana masalah kesihatan kita dan anak-anak kita. Lagi pun, mana boleh dibandingkan nikmat kesihatan kita dengan wang ringgit. Memang tiada galang gantinya.

Selain itu, pada April 2017 Kak Kam nak pastikan dah berjaya mendaki tangga ketiga dalam Shaklee iaitu Coordinator. Bila dah berada di rank ini, potensi pendapatan yang diperolehi ialah 5 angka sebulan. 

Kak Kam juga target supaya dapat allocate sekurang-kurangnya 1/3 daripada income Kak Kam untuk Ummi dan juga my big family. Dan lebih banyak portion untuk zakat dan sedekah. 

Tak lupa juga Kak Kam nak sangat duduk dekat dengan branch Shaklee supaya lebih mudah menghadiri sebarang aktiviti. Tak tahulah sama ada branch KB atau yang mana. We'll see. 

Untuk memastikan Kak Kam capai semua target, Kak Kam cuba untuk tidak lagi buang masa untuk perkara yang tak sepatutnya (contohnya scroll newsfeed fb hehe). Nak bangun awal pagi setiap hari. Komited dengan task #tsunamishaklee. Kurangkan masa tidur. Update blog dan fb setiap hari dengan bersungguh-sungguh. Dan yang pastinya share tentang Shaklee secara lebih agresif. 

Doakan Kak Kam ye. 


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.