Monday 5 December 2016

Harapan Dan Target Saya Dalam Bisnes Shaklee Untuk 6 Bulan Dari Sekarang

Bila dikatakan bisnes, takde target memang tak sah. Begitu juga dengan Kak Kam. Untuk 6 bulan dari sekarang, target utama Kak Kam ialah untuk bantu lebih ramai orang selesaikan masalah mereka dengan Shaklee. 

Tak kiralah sama ada masalah itu berkaitan kesihatan atau pun kewangan. Sebab memang kita boleh dapat dua-dua ni dengan Shaklee. 

Yang takde masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya lebih sihat dan dapat elak dari sebarang penyakit dengan Shaklee. Yang ada masalah kesihatan Kak Kam nak bantu supaya dapat kembali sihat seperti sediakala dengan izin Allah. Yang ada masalah nak amalkan suplemen sebab masalah bajet pula Kak Kam nak bantu supaya dapat makan suplemen secara free. Ada caranya.

Memang diakui bahawa bagi sesetengah kita, suplemen adalah mahal. Tapi ia sebenarnya tak mahal jika kita mempunyai bajet yang mencukupi untuknya. 

Malah pengambilan suplemen sebenarnya dapat membantu kita berjimat dari terpaksa berulang-alik ke klinik atau hospital kerana masalah kesihatan kita dan anak-anak kita. Lagi pun, mana boleh dibandingkan nikmat kesihatan kita dengan wang ringgit. Memang tiada galang gantinya.

Selain itu, pada April 2017 Kak Kam nak pastikan dah berjaya mendaki tangga ketiga dalam Shaklee iaitu Coordinator. Bila dah berada di rank ini, potensi pendapatan yang diperolehi ialah 5 angka sebulan. 

Kak Kam juga target supaya dapat allocate sekurang-kurangnya 1/3 daripada income Kak Kam untuk Ummi dan juga my big family. Dan lebih banyak portion untuk zakat dan sedekah. 

Tak lupa juga Kak Kam nak sangat duduk dekat dengan branch Shaklee supaya lebih mudah menghadiri sebarang aktiviti. Tak tahulah sama ada branch KB atau yang mana. We'll see. 

Untuk memastikan Kak Kam capai semua target, Kak Kam cuba untuk tidak lagi buang masa untuk perkara yang tak sepatutnya (contohnya scroll newsfeed fb hehe). Nak bangun awal pagi setiap hari. Komited dengan task #tsunamishaklee. Kurangkan masa tidur. Update blog dan fb setiap hari dengan bersungguh-sungguh. Dan yang pastinya share tentang Shaklee secara lebih agresif. 

Doakan Kak Kam ye. 


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Sunday 4 December 2016

Aktiviti Hujung Minggu WAHM

Semalam jadual pack sebenarnya. Ni baru boleh betulkan urat. Pagi kelas blog dan petang pula kelas asas. Kelas pagi free je.

Untuk kelas petang kena bayar RM 30 je. Tapi dapat free gift iaitu 5 sachet kolagen dan 3 sachet Cinch Tea yang bernilai RM 115. Kak Kam siap kira satu-satu lagi tu.

Jadi bayangkan. Bayar RM 30 je. Tapi dapat balik RM 115. Buat kat hotel pulak tu. Tak balik modal pun penganjur. Mana nak cari.

Inilah salah satu sebab Kak Kam suka datang kelas. Sebab mesti dapat hadiah free hehe.

Tapi ilmu yang kita dapat tu la paling penting sebenarnya.

So nak share la serba sedikit yang Kak Kam dapat tadi.

Kadang kita banyak sangat doa yang nak diamalkan sampai tak tahu nak baca masa mana. Boleh baca dalam solat.

3 tempat mustajab doa dalam solat :
$ lepas iqamat
$ dalam sujud terakhir
$ selepas tahiyat sebelum beri salam

Dalam sujud terakhir dan selepas tahiyat baca dalam bahasa arab doa yang kita nak minta.

Kelas tadi bukan kelas agama tau, tapi kelas Shaklee. =)


Buku Terakhir Yang Saya Baca : Stanza Cinta Yang Penuh Dengan Ayat-ayat Cinta Dari Alquran

Buku terakhir yang Kak Kam baca ialah novel terbitan Galeri Ilmu yang dibeli secara online masa tengah offer - RM 1 je sebuah daripada harga asal puluh-puluh ringgit jugak. 

Tajuknya Stanza Cinta. Masa tu beli 2 buah. 1 lagi pun novel juga. Sebab sebelum ni dah baca sinopsisnya yang agak menarik. 

Lama dah sebenarnya tak baca novel-novel ni. Kalau pinjam buku kat library pun pinjam buku lain, bukan novel. Tapi yang ni lain sebab novel islamik dan patuh syariah. 

Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang dalam dilema untuk memilih lelaki yang agak kurang dari segi agama yang telah lama dikenali atau pun lelaki yang menepati ciri yang diidamkan, yang soleh dari negara yang berlainan. 

Walaupun ia berkisarkan kisah cinta, banyak perkara dalam novel ini yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bila apa yang kita impikan tak menjadi kenyataan mampukah kita berlapang dada dan redha dengan ketentuan-Nya. 

Juga segala sesuatu yang Allah jadikan walaupun nampak macam buruk pada pandangan akal kita namun sebenarnya ia adalah yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang tak pandai menilainya. 

Sempat juga la menitiskan air mata bila part yang sedih tu. Sob sob. Memang best penulis ni. Nurul Hallawati. Boleh la cari buku beliau yang lain untuk dibaca. 

Bila google rupanya ada drama yang diadaptasikan daripada novel ni. Tapi tak pernah tengok rasanya. 

Membaca jambatan ilmu. Apa buku terakhir yang kawan-kawan baca?




 
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.