Saturday 21 March 2015

Cara Atasi Rambut Gugur Yang Kronik

Pernahkah rambut anda gugur dengan banyak atas lantai bilik air lebih-lebih lagi semasa bersyampu? Mesti ia merimaskan, apatah lagi bagi wanita.

Rambut ni kan mahkota wanita. Tak terhad kepada yang tak bertudung, wanita bertudung pun mesti tak suka jika alami masalah rambut gugur yang kronik ni kan?

Wanita ini juga mengalami masalah yang sama sampai kena tegur dengan suami.


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.

Bila cakap tentang rambut gugur, mesti automatik tergambar di fikiran kita syampu. Memang betul, syampu mungkin dapat memberi penyelesaian kepada masalah rambut gugur, tapi kadang-kadang ia tak mencukupi.

Nak tahu kenapa? Sebab rambut perlukan nutrisi dari dalam. Jadi di samping menggunakan syampu, anda juga kena bekalkan nutrisi kepada rambut.

Antara vitamin Shaklee yang penting untuk rambut gugur ialah :
  • Protein - 97% daripada rambut terbina daripada protein. Jadi tidak hairanlah jika kekurangan protein akan menyebabkan rambut gugur.
  • Zink - Keguguran rambut merupakan simptom utama kekurangan zink. 
  • B Kompleks - Meningkatkan metabolisme kulit kepala, mengurangkan stress.
  • Lecithin - Melembapkan dan menghitamkan rambut
  • Vitamin E - Meningkatkan peredaran kulit kepala

Untuk kegunaan luaran pula, produk Shaklee yang dicadangkan ialah Revitalizing Shampoo dan Replenishing Conditioner. 



Revitalizing Shampoo

Replenishing Conditioner

Dengan gabungan kedua-dua ini : suplemen untuk dalaman dan syampu untuk luaran, pasti ia memberi kesan yang mengkagumkan. Dah letih beli syampu macam-macam tapi tak berkesan pun? Jadi apa lagi jom dapatkan Set Rambut Gugur ini dengan segera. 

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387 


Monday 16 March 2015

Surirumah Bergaji CEO

Surirumah yang bekerja dari rumah kini tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Malah ia telah menjadi trend sekarang.

Ramai wanita yang berjawatan tinggi, bergaji besar tapi meninggalkan semuanya semata-mata untuk duduk di rumah menjaga anak. Dari satu segi mungkin nampak macam rugi tapi kepuasan menjaga anak sendiri tidak ternilai berbanding semua itu.

Walaupun bekerja dari rumah, peluang untuk menjana income tidak pernah terbatas. Lebih-lebih lagi dengan adanya kemudahan internet.

Hanya berbekalkan handphone dengan data internet pun dah boleh mula bisnes dari rumah. Tanpa laptop atau komputer. Asalkan ada kemahuan.

Jangan main-main. Surirumah pun ada yang menjana income melebihi CEO. Untung kan? Dapat jaga anak dan dalam masa yang sama dapat menjana income yang lumayan.

Itulah kehebatan wanita dalam multitasking. Dengan kelebihan ini wanita dapat menjalankan bisnes online di rumah sambil menjaga anak.

Apa kata Puan Lyna tentang kelebihan wanita dalam multitasking ni. Jom saksikan.



Anda teringin nak jadi surirumah bergaji CEO juga? Buat perancangan dari sekarang. Tidak pernah terlewat untuk menggapai impian.

Jika ingin berjaya melalui Shaklee, boleh hubungi saya. Rebut peluang untuk mendapat time freedom dan financial freedom dengan Shaklee.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Kelebihan ESP Shaklee Yang Tiada Pada Produk Soya Jenama Lain

Bila sebut soya mungkin ada yang takut nak ambil lebih-lebih lagi apabila baca banyak artikel di internet tentang keburukan soya. Agenda Yahudi untuk merosakkan umat Islam, boleh menyebabkan kanser, cyst dan macam-macam lagi.

Dan mungkin ramai yang terus percaya tanpa mengetahui tentang fakta sebenar. Sebenarnya terdapat dua jenis soya di pasaran iaitu soya GMO (yang diubah suai secara genetik) dan soya non-GMO (tidak diubah suai secara genetik).

Yang mana satu membahayakan kesihatan manusia? Tentunya soya GMO. Manakala ESP Shaklee pula dihasilkan daripada kacang soya non-GMO yang ditanam secara organik.

Inilah kelebihan ESP Shaklee yang tiada pada produk lain seumpamanya. Setiap 1 tin ESP Shaklee (850 gm) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya asli. Banyak kan?

Jadi, jika memang amalkan pengambilan protein soya, cuba check sama ada produk tersebut menggunakan soya GMO atau non-GMO. Dan jika ia terbukti soya GMO, masih belum terlambat untuk bertukar kepada non-GMO soya iaitu ESP Shaklee.

Wednesday 4 March 2015

Tips Urus Masa Ibu Bekerja dan Surirumah Supaya Hidup Tidak Kelam-kabut

Baru-baru ini saya menghadiri Seminar Supermommy oleh Puan Husna Haron di yang diadakan di Hotel Sumai, Kuala Terengganu. Seminar ini berkenaan pengurusan masa wanita, sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya ibu bekerja yang sibuk dan surirumah yang merasakan hidup mereka sentiasa kelam-kabut.

Saya telah lama follow beliau melalui facebook, emel dan bila mendapat tahu beliau akan mengadakan seminar di Kuala Terengganu, apa lagi. Tentu saya tak akan lepaskan peluang ni.




Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Alhamdulillah tiada masalah untuk tinggalkan anak saya sebab suami ada untuk mengambil alih tugas itu :)

Sesekali perlu juga tinggalkan seketika tugas di rumah untuk menuntut ilmu dengan tujuan untuk memperbaiki diri. InsyaAllah ia pasti berguna untuk panduan pada masa akan datang.

Kenapa saya hadir seminar ini?

Kalau diikutkan, saya baru ada seorang anak dan tidaklah sesibuk mana. Saya surirumah yang bekerja dari rumah (work at home mom) sahaja. Bukannya wanita berkerjaya di luar. 

Saya hanya menjalankan satu bisnes sahaja, bukannya 3, 4 bisnes. Saya tidak pula memegang jawatan penting dalam mana-mana organisasi atau parti politik hehe.

Jadi saya hanya perlu bahagikan masa untuk keluarga dan bisnes sahaja. Tapi masalahnya, saya sering stress kerana tidak pandai membahagikan masa antara keduanya. Ni baru anak sorang, kalau anak lima tak tahu la macam mana agaknya ye.

Stress bila melihat rumah bersepah tapi pada masa yang sama belum update blog untuk mempromosikan bisnes saya. Sering merasakan tidak cukup masa untuk buat semua benda yang perlu. Nak luangkan masa untuk hobi pun jauh sekali.

Disebabkan itulah saya hadir ke seminar ini dan banyak sekali ilmu yang saya dapat. Yang paling saya suka tentunya berkenaan Law Of Attraction. Saya dapat faham dengan lebih jelas tentang cara untuk aplikasikan Law of Attraction dalam hidup saya.

Alhamdulillah ilmu yang saya dapat dalam Group Jutawan Shaklee dan seminar-seminar Dr Azizan Osman yang pernah saya hadiri sangat berkait rapat dengan apa yang saya pelajari dalam seminar ini. Saya lebih cepat faham. Rupa-rupanya inilah tips yang mentor kami dalam Shaklee selalu tekankan. Apakah tips-nya?

Tips urus masa ibu bekerja dan surirumah supaya hidup tidak kelam-kabut


Ada 2 tips penting yang dikongsikan oleh Puan Husna :

1. Jaga solat. 


Solat sempurna, awal waktu dengan wuduk yang sempurna. Khusyuk, faham maksud bacaan, postur solat yang betul dan perfect. Rajinkan diri menuntut ilmu untuk mendapat solat sempurna.

2. Baca Al-Quran dan terjemahannya.


Bawa Al-Quran terjemahan ke mana-mana sahaja dalam handbag.

Puan Husna menceritakan testimoni daripada seorang wanita yang telah mengamalkan tips ini dengan membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Kebetulan masa tu bulan puasa. Amazingly, beliau mengatakan beliau ada masa yang terlebih-lebih sekarang di mana kalau diikutkan logik, memang tak masuk akal. Bagaimana dengan membaca Al-Quran dapat memanjangkan masa kita. 

Sebenarnya panduan yang diberikan oleh Puan Husna sangat simple. Cuma perlu kekuatan untuk istiqamah. Amalkan 2 tips ini secara konsisten dan lihatlah perubahan dalam hidup kita. Insya-
Allah. Selamat beramal.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 16 January 2015

Bahagia Seorang Surirumah

Semasa saya bekerja makan gaji dulu, saya sangat cemburu dengan sesiapa sahaja surirumah yang saya kenal. Kenapa cemburu?

Antaranya sebab mereka dapat masak sendiri makanan untuk keluarga (dapat pantau sendiri kebersihan, kehalalan makanan berbanding makanan yang dibeli di kedai-kedai), dapat sambut kepulangan anak dari sekolah, dapat makan tengah hari bersama-sama dengan anak, dapat jaga anak sendiri dan the list goes on.

Bahagianya saya tengok.

Cemburu di sini bukanlah cemburu yang negatif. Sebaliknya ia adalah cemburu yang positif yang dengannya membolehkan saya berusaha sebaik mungkin untuk bergelar seorang surirumah sepenuh masa juga. 

Alhamdulillah saya telah berjaya sekarang.

Dan bila menjadi surirumah sepenuh masa, bukanlah bermakna saya mempunyai banyak masa lapang, boleh seronok-seronok buat apa saja yang saya mahu. 

Kerana di samping tugasan harian biasa seorang surirumah, saya juga menjalankan bisnes Shaklee secara online. 

Kerja non-stop juga macam orang yang makan gaji, tapi saya happy asalkan dapat tinggal di rumah - tempat yang paling selesa dalam dunia :).


Bahagia bila dapat bangun awal.

Bahagia bila dapat menyediakan sarapan untuk anak dan suami meskipun ia sekadar kuih daripada frozen food (karipap, roti goreng dll).

Bahagia bila dapat membasuh dan menjemur pakaian di awal hari.

Bahagia dapat menikmati dan menghirup udara pagi yang sejuk, segar dan nyaman.

Bahagia bila dapat mencuri masa untuk menunaikan solat Dhuha tanpa risau mencuri masa bekerja (berbanding bekerja makan gaji macam dulu).

Bahagia dapat menyediakan makanan tengah hari dan makan bersama anak sekembalinya dari tadika.

Bahagia dapat mengemas rumah supaya sentiasa cantik dan kemas (walaupun selalunya tidak kekal lama).

Bahagia dapat menjaga sendiri anak berbanding dulu (terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh atau nurseri).

Bahagia dapat atur masa sendiri (time freedom), pergi ke mana-mana saya suka bila-bila masa (tak perlu tunggu hari cuti kerana hari-hari-hari cuti).

Bahagia bila dapat shopping di masa tak ramai orang.

Bahagia bila dapat meluangkan lebih masa bersama ibu yang semakin uzur.

Bahagia dapat berkhidmat untuk suami dan anak-anak.


Semua di atas adalah senarai kesyukuran saya setiap hari. Semakin hari semakin banyak kesyukuran saya kepada Allah atas semua nikmat. Dari sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar nikmat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Siti Nor Kamilah
Your Favourite Shaklee Independent Distributor
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387