Saturday 5 April 2014

Bolehkah Ambil Alfalfa Selepas Bersalin / Semasa Pantang

Alfalfa sememangnya terkenal sebagai milk booster untuk ibu-ibu yang menyusu. Namun macam-macam pendapat berkenaan pengambilan alfalfa selepas bersalin yang menyebabkan sesetengah orang ragu-ragu untuk mengambilnya. 

Ada pendapat yang mengatakan alfalfa hanya boleh diambil 2 minggu selepas bersalin, manakala yang lain berpendapat ia boleh diambil sejurus selepas bersalin.

Jadi bolehkah ambil alfalfa selepas bersalin / semasa pantang?

Sebenarnya ada beberapa keadaan yang perlu diambil perhatian sebelum anda mengambil alfalfa. Secara asasnya, alfalfa boleh diambil sejurus selepas bersalin jika kedua-dua ibu dan bayi tidak mengalami sebarang masalah seperti bayi pramatang atau jaundis (kuning). 

Untuk masalah jaundis, seelok-eloknya alfalfa tidak diambil. Tunggu sehingga bayi bebas daripada jaundis, barulah ibu boleh mula mengambilnya.

Untuk bayi pramatang pula, juga dinasihatkan supaya tidak mengambil alfalfa sejurus selepas bersalin. Hanya perlu ambil vitamin yang asas untuk pantang seperti Vitalea, Vitamin C, B Kompleks, zink dan boleh ditambah ESP. 

Sebenarnya, alfalfa terkandung dalam set pantang seperti yang disyorkan oleh Shaklee. Jadi sudah tentu ianya selamat untuk diambil kecuali untuk beberapa keadaan seperti yang saya sebutkan di atas. 

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan dan memerlukan konsultasi selanjutnya, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 013-924 3387. 

Siti Nor Kamilah 
ID Shaklee : 885322 



Tuesday 1 April 2014

Cara Makan Vivix Shaklee

Cara makan Vivix Shaklee yang biasa disyorkan seperti yang tertera pada botol Vivix ialah 1 sudu teh sehari. Namun ramai yang mengadu badan jadi panas dengan cara pengambilan tersebut, walaupun telah minum air dalam kuantiti yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari.

Sebenarnya jika menghadapi masalah dengan cara pengambilan mana-mana vitamin, kita boleh ubah atau sesuaikan mengikut keadaan. Bak kata orang putih, try and error. Jadi jika anda juga mengalami masalah yang sama setelah mengambil Vivix, apa kata anda tukar cara pengambilan.

Caranya, 1 sudu teh Vivix dicampurkan ke dalam satu gelas besar (500 ml) air sejuk atau suam. Kemudian, tambah 1 sudu Performance Drinks.


Kenapa Performance Drinks? 

Kerana Performance Drinks berfungsi menyejukkan badan. 

Insya Allah. Boleh cuba jika nak tahu berkesan atau tak.

Seperti yang saya sebutkan di atas, tiada cara khusus untuk makan vitamin. Ikut keserasian dan tubuh masing-masing.Jadi tak perlu confuse jika cara pengambilan vitamin yang diberi oleh pengedar Shaklee anda berbeza berbanding pengedar Shaklee yang lain. 

Selain itu, disyorkan supaya Vivix diambil pada waktu pagi di samping kena banyakkan minum air.

Nak lagi sedap, boleh campur Vivix bersama Set Mighty 3 Gems (ESP + Performance Drinks + Meal Shake)


 
Vivix Shaklee 

Kredit : anakkuwiraku.com
Kredit foto : supersihat.com



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Sunday 2 March 2014

Tak Tahu Nak Ambil Vitamin Mana? Mula Dengan Set Asas Shaklee

Vitamin oh vitamin. Bagi yang tak pernah ambil mana-mana vitamin tak kira berapa umur anda sekarang pasti tertanya-tanya. Perlu ke aku ambil vitamin, bukan ada sakit apa pun. Tengok sesetengah orang tu, tak ambil vitamin pun tapi sihat je. Tapi ada juga tengok orang yang ambil vitamin ni, nampak berbeza daripada orang lain. Cergas semacam je. 

Jadi, nak ambil ke tak nak? Jawapannya, terpulang kepada diri sendiri. Tapi, jika anda berminat untuk mula mengambil vitamin atau suplemen, teruskan pembacaan anda. Pertama sekali, kita kena tahu apa tujuan ambil vitamin. Jawapannya, sudah tentulah supaya lebih sihat, dan sebagai langkah pencegahan daripada mendapat sebarang penyakit, lebih-lebih lagi penyakit kronik. 

Kekurangan nutrisi tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah kerana penyakit terjadi berpunca daripada kekurangan nutrisi atau pun berlebihan nutrisi. Kurang pun tak elok, lebih pun tak elok. Jadi sederhana itu lebih baik.  

Tapi apa pun keadaannya, mencegah ternyata lebih mudah daripada mengubati. Cara untuk mencegah daripada sebarang penyakit ialah dengan membekalkan tubuh kita dengan zat atau nutrisi yang mencukupi.  

Set Shaklee Family Wellness atau lebih dikenali sebagai Set Asas Shaklee terdiri daripada suplemen asas yang terdiri daripada multivitamin, vitamin b kompleks, vitamin c dan protein. 

Set Asas Shaklee


1. Vitalea (multivitamin)

Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, sumber makanan kita seharian sangat kurang nutrisinya berpunca daripada amalan pertanian moden, pengeluaran secara besar-besaran, kaedah pemprosesan dan juga cara memasak. 

Badan kita bukan sahaja memerlukan satu atau dua jenis nutrien sahaja, malah bermacam-macam nutrien untuk menjalankan fungsinya secara optimum. Maka pengambilan multivitamin sangat penting dalam diet seharian. 

Vitalea Shaklee diformulasi khas dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh orang dewasa. Kalau tak suka telan banyak-banyak vitamin, paling kurang Vitalea ni mesti anda ambil. 

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin b kompleks Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah biotin dan asid folik. Antara fungsi utama b kompleks :
  • Meningkatkan metabolisme dan mengurangkan masalah keletihan
  • Melegakan stress - baik untuk sakit kepala, kemurungan dan insomnia
  • Penting untuk mendapat kulit yang cantik
3. Vitamin C

Vitamin c merupakan vitamin antioksida. Kenapa perlu ambil vitamin c? Kerana ia tidak boleh disimpan atau dihasilkan oleh tubuh kita.

Secara umumnya, vitamin c penting untuk perkembangan sel yang sihat dan meningkatkan sistem imun.


Pendek kata, semua orang perlukan vitamin c dari bayi hinggalah lanjut usia.


4. ESP (protein)


Bila bercakap tentang soya, ramai yang takut nak ambil kerana dikatakan soya penyebab kanser. Tapi ramai yang tak tahu, sebenarnya soya yang boleh sebabkan kanser hanyalah soya GMO atau lebih mudah disebut sebagai soya yang telah diubah suai secara genetik.

Manakala, produk ESP Shaklee dihasilkan daripada NON-GMO soya. Protein penting untuk membina sel-sel tubuh kita.


Secara keseluruhannya, pengambilan set asas Shaklee memberi kebaikan seperti berikut :


Anda akan merasai perbezaannya seawal 1 bulan, dengan pengambilan yang konsisten serta cara pengambilan yang betul. 

Dapatkan TIPS EKSKLUSIF cara pengambilan vitamin yang betul dengan setiap pembelian di blog ini. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang set asas Shaklee, boleh hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-924 3387.


Monday 17 February 2014

Temporary Work at Home Mom

I'm temporarily wahm (work at home mom) starting today. Yeay. Gonna miss this place.

Wednesday 12 February 2014

Pengalaman Menggunakan Shaklee untuk Masalah Tumit Kaki Kasar

Jika baca pengalaman orang yang menggunakan Shaklee, banyak kesan positif yang dapat kita lihat. Google sahaja, pasti banyak testimoni yang dapat kita baca. Sesetengahnya sangat mengujakan, sebab dengan menggunakan produk Shaklee, kehidupan menjadi lebih baik. Dengan izin Allah jua.

Bila baca pengalaman orang lain, teruja untuk cuba sendiri. Sebagai pengedar Shaklee, lebih-lebih lagi la nak cuba kan? Saya pun tak ketinggalan. Cuba satu demi satu produk Shaklee.

Antara produk Shaklee yang sentiasa menjadi bestseller ialah ESP. Di sebalik rumours di Facebook, blog dan sebagainya yang mengatakan soya tidak baik untuk kesihatan, ESP terus laku macam pisang goreng panas.

Kenapa ESP menjadi favourite wanita-wanita di luar sana? Jawapannya tentulah kerana banyaknya manfaat untuk kecantikan wanita.

Yang paling best pasal ESP, jika konsisten mengamalkannya, dah tak perlu pakai mekap. Cantik secara semulajadi bak kata orang.

Tapi kali ni saya bukan nak cerita pasal kecantikan kulit, tapi nak cerita tentang kesan menggunakan ESP terhadap tumit kaki kasar.

Saya ada masalah tumit kaki kasar. Nak sapu losyen bukan rajin sangat pun. Tapi dengan pengambilan ESP setiap hari, tak perasan pun. Tiba-tiba je dah hilang kulit yang kasar tu. Licin je tumit.

Baru-baru ni saya tak berapa rajin nak ambil ESP jadi memang masalah tumit kasar makin menjadi-jadi. Bila baca tentang kebaikan ESP untuk tenaga (saya selalu letih-letih), terus saya ambil ESP setiap hari sebanyak 3 sudu kecil. Bukan ambil untuk masalah tumit pun. 

Dalam masa tak sampai seminggu pengambilan, saya dah perasan bahawa tumit kaki saya dah tak kasar lagi. Kulit kaki pun makin lembap. Sedangkan saya langsung tak gunakan losyen.

Jadi jika anda mengalami masalah tumit kaki kasar bolehlah cuba ESP. Harganya cuma RM 150 untuk kegunaan satu bulan setengah atau lebih.

SMS 013-924 3387 untuk sebarang pertanyaan dan order.