Monday 10 February 2014

Cara Atasi Batuk Dan Hilangkan Kahak Pada Bayi

Tips ini saya ambil dari vitaminibu.com. 
Masuk hari ini sudah hampir 2 minggu Ibrahim mendapat batuk berkahak. 
Minggu lepas kami bawa Ibrahim berjumpa Dr Lim untuk diagnosis. Dr Lim mengatakan Ibrahim telah mendapat acute bronchiolitis. 
Beliau mencadangkan agar ditahan di ward. Oleh kerana dah fobia dengan kenangan lalu, maka kami meminta untuk hold dulu plan kena ward tu untuk kami cuba rawatan secara semula jadi di rumah.
Alhamdulillah Dr Lim sangat professional, beliau menghormati keputusan kami sambil memberi beberapa guidelines yang perlu kami patuhi sepanjang rawatan.
Bermula dari saat itu pelbagai teknik rawatan kami telah jalankan antaranya ; 
  1. Sedut kahak di klinik wangsa 
  2. Homeopathy 
  3. Garlic steam 
Teknik garlic steam ni sama macam teknik steam biasa cuma ada tambahan garlic oil dalam air steam tu.
Jangan cakap banyak lagi salwa, jom ajak readers layan gambar ;)

Step 1
Persediaan Garlic Steam
 Steamer – kami guna sterilizer Little Bean je…..
Garlic oil – saya guna newlife, company ni memang banyak product natural. Minyak kelapa dara pun saya guna produk mereka.
Air – sikit je dalam 3 cawan
Panaskan air dalam sterilizer, pecahkan 3 biji garlic capsule dan squeeze minyak ke dalam air. Kalau nak guna bawang putih mentah pun boleh, ketuk bawang putih dan letak dalam air.

Step 2
 Garlic Steam ready to go
Baki garlic oil tu kami sapu ke atas dada, belakang, ubun-ubun dan T-Zone Ibrahim.
Lepas tu kami urut-urut sikit belakang dia.
Kemudian untuk galakkan kahak dan hingus keluar dengan mudah, kami letak Ibrahim dalam keadaan arah ke bawah.
Nak buat begini kena hati-hati sebab kalau baby tendang kuat boleh tertolak ke depan mukanya.
Tapi suami saya kreatif, beliau guna kaki sebagai hadang.
Jadi hanya muka dan dada baby je mengadap steam.
Perlu lakukan ini dengan bantuan individu lain : sorang pegang baby dengan kemas dan seorang lagi tepuk dengan teknik percussion atau sekadar urust perlahan (Ibrahim ada masalah jantung jadi tak boleh buat percussion sangat, sikit-sikit tu boleh la)
Kalau nak effect lagi best, selubungkan dengan  kain lampin.
Masa ni memang baby meraung dengan cemerlangnya, tapi takpe wap-wap itu akan masuk dengan lebih cemerlang ke dalam saluran pernafasan yang keradangan akibat bronchiolitis, maka akan mencairkan kahak yang pekat dan kental, maka lebih mudah kahak keluar…..
sebab tu kena buat 2 orang supaya keselamatan baby terjamin sewaktu baby meronta kena wap panas.

Step 3
tepukan percussion untuk keluarkan kahak
Kalau baby yang tiada maslah jantung, ibu-ibu boleh buat percussion tap tu sambil wap sambil pembantu memegang baby dengan kemas.
Teknik tepukan percussion ni bertujuan untuk longgarkan kepadatan kahak.
Tangan perlu melengkung dan tepukan di lakukan pada kiri dan kanan dada bukan atas tulang belakang ye.
Kami buat camni dalam lebih kurang 5 minit sebelum proceed ke step seterusnya.

Step 4
 Garlic steam untuk keluarkan kahak dengan semulajadi
Inilah saat yang seronok bila kita nampak kahak-kahak dan hingus-hingus putih kehijauan keluar dengan jayanya…..
Kalau anda buat percussion tap tu lagi banyak kahak yang keluar….
sambil bersihkan kahak sambil tu tenangkan baby…..
boleh ulang step 2 – 4 sehingga tahap yang baby anda boleh tolerate
Jangan paksa baby, buat pelan-pelan pun takpe sebab taknak baby kita stress….kita nak baby yang sihat dan happy kan ;)

Final step
 selesa kahak dah kurang
Lepas dah keluar kahak dan hingus, kita boleh dengar nafas baby makin tenang dan kurang bunyi wheezing.
Bersihkan muka baby dari sebarang kotoran, tenangkan baby…..
Lepas tu bagi upah susu :)
InshaaALLAH baby akan tidur lena lepas tu :)

Lazimnya kami buat sehari 2 -3 kali.
Kalau anda baru mula nak buat, cuba dulu sehari sekali.
Dan kurangkan tidur bawah air cond sebab air cond akan menyebabkan kahak jadi likat dan susah nak keluar.
Secara asasnya dari segi luaran, saya rawat Ibrahim dengan ;
  • Garlic steam
  • Homeopathy
 Dan dari segi dalaman, saya sendiri yang mengambil inisiatif untuk makan vitamin C dan saya makan extra Shaklee Nutriferon untuk meningkatkan interferon dalam sistem pertahanan badan.

Since bronchiolitis ni viral infection, so interferon  inshaaALLAH membantu bada melawan virus secara semulajadi.
Saya makan 5 sachet nutriferon sehari, alhamdulillah walaupun sedang batuk berkahak namun Ibrahim tak demam.
Saya sangatlah takut sebab bronchiolitis ni kalau tak rawat akan menyebabkan masalah lagi serius
tambahan Ibrahim kan ada issue jantung, lagi la saya kena jaga baik-baik supaya Ibrahim sembuh dengan segera.
Semoga perkongsian saya hari ni memberi manfaat kepada pembaca kami.
Terima kasih ya kerana sudi meluangkan masa membaca tulisan saya :)
Jumpa lagi dalam entry lain ;)

Sunday 9 February 2014

Tips : Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Makin hari makin ramai yang berhenti kerja makan gaji dan buat bisnes. Sama ada yang bekerja dengan kerajaan atau pun swasta. Lebih-lebih lagi mereka yang memiliki bisnes sendiri yang dijalankan secara part-time. Bisnes online terutamanya. 

Saya rasakan ia satu perkembangan yang positif dan I’m also into it. Tumpang happy bila lihat status rakan Facebook tentang ini terutamanya yang bergelar WAHM (Work at Home Mom). Ish tak sabar rasanya saya nak ikut jejak langkah mereka. Target saya – sebelum 2015. Moga Allah permudahkan.

Tapi nak berhenti kerja ni bukan senang. Banyak faktor yang harus dipertimbangkan. Mana boleh main tangkap muat. Lebih-lebih lagi jika dah berkahwin dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Oleh sebab saya suka sangat dengan topik ini, saya kongsikan tips sebelum berhenti kerja yang mungkin berguna untuk pembaca semua :D :

1. Lengkapkan diri dengan ilmu melalui pembacaan sama ada buku, Internet dan sebagainya. 
Pastikan anda tahu apa yang anda buat. Sebagai contoh, saya nak bekerja dari rumah. Jadi saya banyakkan pembacaan tentang topik tersebut. Antara buku yang menjadi rujukan saya :
- 101 Idea Bisnes Dari Rumah 
- Before You Quit Your Job

2. Buat bisnes secara sambilan terlebih dahulu. 
Mula buat bisnes semasa anda masih bekerja makan gaji. Inilah cara yang terbaik. Jika hanya mula bisnes setelah berhenti kerja, banyak risiko yang terpaksa ditanggung, lebih-lebih lagi apabila anda telah kehilangan pendapatan tetap yang biasa diperolehi setiap bulan.

3. Pendapatan bisnes yang stabil. 
Letakkan target masa yang sesuai untuk anda berhenti kerja. Mungkin anda memerlukan tempoh masa 6 bulan, setahun atau lebih. Sebaik-baiknya pendapatan bisnes anda mesti melebihi perbelanjaan bulanan anda (paling minimum). Jika berkali-kali ganda, itu adalah bonus!

4. Memiliki simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. 
Jika pendapatan sebulan RM 3000.00 kita memerlukan simpanan sebanyak 3 X RM 3000.00 = RM 9,000.00. Nak lagi selamat, ada simpanan untuk 6 bulan atau 2 tahun.

5. Hutang telah dilangsaikan. 
Sebaik-baiknya hutang telah dilangsaikan. Tapi jika anda sudah pun mempunyai simpanan untuk jangka masa panjang dan yakin anda boleh membayar hutang-hutang tersebut, just go on. Proceed.

6. Bina networking. 
Penting untuk membina networking dalam bisnes. Cuba aktifkan diri anda secara offline ataupun online. 

7. Mendapat restu orang yang penting dalam hidup kita terutamanya ibu bapa.
Mungkin ramai yang mendapat tentangan daripada keluarga jika dikhabarkan tentang hasrat untuk berhenti kerja, lebih-lebih lagi jika anda dah pun mempunyai gaji yang lumayan, sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta. Tunjukkan bukti yang anda mampu hidup selesa dengan pendapatan bisnes ini. Sebagai contoh, setiap bulan anda peruntukkan RM 2000.00 untuk ibu bapa anda. Sudah pasti mereka gembira dan automatik akan merestui hasrat anda.

8. Last but not least. Solat Istikharah. 
Yang paling penting jika masih ragu-ragu mohon petunjuk daripada Allah. Dia adalah sebaik-baik tempat mengadu. 

Jika anda pasti dengan keputusan anda, teruskan. Apabila anda berazam, tawakallah kepada Allah. 

Thursday 6 February 2014

Testimoni AJHT : Suplemen Untuk Sakit Sendi dan Urat

Masalah yang biasa berlaku pada golongan yang telah berusia ialah sakit sendi dan sakit urat. Namun begitu, golongan muda pun tidak ketinggalan mengalami masalah yang sama terutamanya yang berlebihan berat badan, pernah mengalami kecederaan ketika bersukan, pernah mengalami kemalangan, atau pun yang sering melakukan kerja-kerja berat.

Untuk masalah sakit sendi dan yang seumpamanya, Shaklee menawarkan produk yang selamat untuk dimakan, tidak seperti ubat tahan sakit yang biasa diambil jika mengalami sakit sendi. Kenapa saya katakan begitu? Kerana, pengambilan ubat tahan sakit dalam masa yang lama akan menyebabkan kerosakan organ dalaman, terutamanya buah pinggang. 

Penerangan lanjut tentang Advanced Joint Health Tablet Shaklee telah saya kongsikan di sini. Jemput baca. Seterusnya di sini saya highlightkan lagi beberapa Testimoni AJHT. 


Testimoni 1 - Dulu tak boleh solat berdiri, sekarang dah boleh.


Testimoni 2 : Sakit kaki berkurangan setelah 4 hari pengambilan.


Testimoni 3 : Tak perlu ambil ibuprofen lagi. Sakit lutut dan pinggang berkurangan.


Testimoni 4 : Kaki dah tak sakit bila dibengkokkan. Senang bergerak.


Testimoni 5 : Sakit di bahu berkurangan, tiada lagi sengal-sengal di bahu dan belakang badan.


Testimoni 6 : Dah boleh duduk bersila dan badan bertambah ringan.

Kredit 

Menurut ujian klinikal yang dijalankan, Shaklee claim bahawa kesan dapat dilihat dalam masa 5 hari. Insya Allah. Jadi usah ragu-ragu untuk mencuba. SMS/Call saya untuk pertanyaan lanjut 013-924 3387.