Tuesday 6 August 2013

Testimoni : Jerawat Teruk, Alergi dan Resdung Hilang dengan Set Skincare Shaklee

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, alahan dan resdung yang kronik dan telah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini namun tidak berkesan, testimoni ini mungkin boleh membantu. Testimoni daripada pengedar Shaklee sendiri iaitu Nor Farizan Mazlan. Saya dah pernah jumpa beliau dan memang kulitnya sangat cantik. Memang jauh berbeza jika dibandingkan dengan gambar pada tahun 2006 tersebut.




TESTIMONI ( Kulit jerawat + alergik bahan kimia + resdung)
 
Gambar yang muka jerawat teruk tu akhir 2005 dan berterusan hingga hujung tahun 2006... segala facial, laser.. ada je org sebut Jan kat sini elok, Jan produk ni ok semua ku cuba sebab nakkan kulit kembali pulih.. 


Testimoni untuk jerawat dan resdung

Sebab muka Jan jadi mcm tu ( hormon dan jugak facial wash yang dah bertahun-tahun Jan guna dia dah tukar packaging dan ada masukkan bahan yang Jan alergik.. di samping tu pun Jan ada resdung.. resdung yang Jan alami sampai buat mata jadi mata lanun.. luka belakang kelopak mata, setiap pagi mata asyik berair je ( Alhamdulillah tak berpanjangan sebab buat rawatan kat pakar mata). 

Bermula 2006 produk yang Jan ambil ( 3 bulan clean darah - alfafa) lepas tu baru upkan ambil vit e sebab nak kasi hilangkan parut-parut.. parut susah nak hilang sebab parut tu dalam kulit.. memang ambil masa hampir-hampir setahun tapi sebab sangat yakin dengan produk nie teruskan jugak sampailah kulit betul-betul pulih..

Sekarang dah khatam produk-produk shaklee nie.. Jan ambil Complete set skincare ( ESP, Vit C, Vit E, GLA, Alfafa, & yang terbaru (collagen powder - awal bulan 7))

Jika anda mengalami masalah kulit PASTIKAN detoks dgn ALFAFA dahulu.. memang jerawat keluar jugak.... pastikan pengambilan air masak yang diambil lebih 3 liter sehari...

Kredit : Famaz Healthy Care


Apa fungsi setiap vitamin?

Vitamin C
  • Membantu membaiki tisu - parut dan bekas-bekas jerawat
  • Mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit
  • Mencantikkan kulit dan mencegah pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat

Vitamin E
  • Membantu mengurangkan parut
  • Mengurangkan kedutan
  • Menghaluskan kulit
  • Membantu melambatkan penuaan

GLA Complex
  • Mengandungi Omega 6 yang bersifat anti radang yang membantu masalah kulit seperti alergi, ekzema, kegatalan
  • Melembapkan kulit
  • Membantu mengawal selia hormon (jerawat selalu dikaitkan dengan hormon yang tidak stabil)

Alfalfa
  • Membantu membuang toksin dalam tubuh. Toksin dalam badan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat dan berminyak.
  • Mengatasi masalah radang kulit akibat jerawat dan resdung
  • Mencantikkan kulit

ESP
  • Merangsang pembentukan sel-sel kulit - mengurangkan parut hitam akibat sel-sel mati
  • Mengurangkan kesan parut
  • Mengembalikan radian (keserian) kulit
  • Membaiki pigmentasi - bintik-bintik hitam dan jeragat

Kolagen
  • Melembapkan kulit
  • Membantu menghilangkan parut
  • Menganjal dan menegangkan kulit - mengurangkan kedutan 
  • Mengurangkan pigmentasi - jeragat
  • Mencerahkan kulit

Wajib ambil semua ke? Oh tak semestinya.

Anda boleh pilih mengikut masalah, kesesuaian dan bajet anda.

Jika menghadapi masalah, tak tahu nak ambil yang mana satu, anda boleh ajukan pertanyaan kepada saya. 

Insya Allah, khidmat nasihat percuma akan diberikan dengan setiap pembelian. 

Anda dialu-alukan untuk menjadi ahli untuk menikmati BEST PRICE! 

Dan yang penting, tidak perlu survey harga lagi :)


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Friday 2 August 2013

Atasi Masalah Sakit Sendi dan Urat Tanpa Painkiller

Teruja. Promosi bulan Ogos ini jatuh kepada...Advance Joint Health Tablet (AJHT). Vitamin khusus untuk kesihatan sendi. AJHT ni bukan untuk orang yang berusia sahaja.
Sakit sendi di kalangan warga emas
 
Jangan tak tahu. Orang muda pun boleh dapat sakit sendi ni. Terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 

Obesiti menyumbang kepada sakit sendi

Bagi wanita pula sakit sendi biasanya dialami oleh mereka yang suka memakai kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi memang cantik. Siapa yang tak suka kan? Saya pun suka. Tapi suka tengok je la hehe. Bahaya kan? Nak kelihatan cantik tapi sengsara yang dapat. 


Kasut tumit tinggi


Ilustrasi kesan memakai kasut tumit tinggi

Selain itu, golongan yang berisiko untuk mendapat sakit sendi ialah ahli sukan atau atlet. Tidak kira apa jenis sukan, golongan ini sering terdedah dengan kecederaan akibat terseliuh, jatuh dan sebagainya. 

Atlet berisiko untuk mendapat sakit sendi

Kebiasaannya apabila sakit sendi menyerang, tiada penawar lain yang dicari melainkan ubat tahan sakit atau painkiller seperti Paracetamol, Aspirin atau NSAIDs (Mefenamic acid, Ketoprofen, Indomethacin dll). Dalam jangka masa pendek mungkin sakit itu akan hilang, tapi sebenarnya ia tidak memulihkan ataupun menyembuh penyakit. Pengambilan ubat tahan sakit dengan dos tinggi dan berterusan dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan buah pinggang, hati dan permukaan dalam perut dan usus.

Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan ketagihan jika diambil dalam jangka masa yang lama. Jika diambil secara berlebihan pula, akan menyebabkan keracunan dan kesan toksid, lebih-lebih lagi jika diambil tanpa pengawasan doktor. 

vitamin dan suplemen untuk sakit urat







Kini ada alternatif yang lebih selamat untuk masalah ini. AJHT dihasilkan daripada bahan semulajadi dan yang pastinya tiada kesan sampingan.

Bahan-bahan yang terdapat dalam AJHT :
  • Ekstrak Boswellia 
  • Ekstrak jagung : sumber glukosamin yang pekat  - Glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobiliti dan fleksibiliti.
  • Vitamin C
  • Zink, kuprum dan manganes


Ciri-ciri :
  • 100%  bebas kekerang
  • 100% vegeterian
  • 100% bebas kondrotin (untuk penyerapan glukosamin yang baik)
  • Hanya dua biji sehari
  • Kaplet yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten

Ia terbukti secara klinikal mampu :
  • Menggalakkan mobiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangka masa panjang

Keistimewaan AJHT Shaklee :

  • Ia juga istimewa berbanding suplemen untuk kesihatan sendi yang lain yang terdapat di pasaran kerana AJHT tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. 
  • Hasil ujian klinikal yang dijalankan, AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam masa 5 hari sahaja. 

Jadi usah ragu-ragu lagi. Jika anda mempunyai alternatif yang lebih baik berbanding 'painkiller' yang memudaratkan, kenapa tidak anda cuba. Harga runcit untuk AJHT ialah RM 124 sebotol. Ia mengandungi 60 kaplet. Tapi untuk bulan ini sahaja-Ogos ada tawaran istimewa untuk anda. Nak tahu tawaran istimewa tersebut? Hubungi saya segera, sebelum kehabisan stok.  





*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.