Saturday 16 March 2019

Cara Berhenti Merokok. No 5 Paling Senang

Berhenti merokok bukan suatu perkara yang mudah.  Ia adalah kerana ketagihan nikotin yang terdapat dalam rokok. Jika berhenti merokok, pelbagai 'withdrawal symptom' yang dialami seperti pening, mual dan sebagainya. 

'Withdrawal symptom' inilah yang menyukarkan mereka yang ingin berhenti merokok. Jika tak kuat semangat, memang mudah je untuk merokok balik. 

Terdapat banyak cara sebenarnya untuk berhenti merokok. Daripada yang mahal hinggalah yang murah. Antaranya ialah :



1. Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy - NRT)


NRT bertindak membekalkan nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam asap rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai pengganti nikotin dalam rokok.

Pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan (withdrawal symptom) yang mungkin berlaku semasa berhenti merokok.

Antara produk NRT yang terdapat di pasaran ialah gam nikotin, inhaler nikotin, lozenge nikotin, semburan hidung nikotin (nasal spray) dan patch nikotin.

Kredit 


2. E-rokok atau vape


E-rokok atau vape dikatakan lebih selamat berbanding rokok biasa. Walau bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok. Menurut WHO, e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin.


Hasil kajian Dr Nauri Kunugita dari National Institute of Public Health, Jepun melaporkan bahawa sebatang rokok elektronik mempunyai 10 kali ganda karsinogen (kelompok zat yang merosakkan DNA, menyebabkan kanser) berbanding sebatang rokok biasa.

Selain itu, banyak kesan buruk dilaporkan akibat penggunaan e-rokok atau vape. Macam dalam berita di bawah ini.


Kredit

3. Akupuntur


Akupuntur merupakan kaedah untuk berhenti merokok tanpa menggunakan ubat. Drug-free. Kajian saintifik dalam American Journal of Public Health akupuntur dapat mengurangkan kekerapan merokok. Akupuntur dapat menenangkan fikiran, meningkatkan paras serotonin, membantu mengatasi withdrawal symptom daripada ketagihan nikotin dan memberi kesan dalam masa yang lama yang memudahkan untuk berhenti merokok. Walau bagaimanapun, rawatan ini agak mahal.


4. Hipnoterapi


Hipnoterapi merupakan kaedah yang menggunakan minda separa sedar dalam usaha untuk berhenti merokok. Hipnoterapis iaitu orang yang melakukan hipnoterapi akan menggunakan suggestion atau affirmation tertentu supaya tertanam dalam minda separa sedar.


5. Suplemen


Salah satu cara berhenti merokok yang berkesan ialah dengan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.  Dengan Vivix, proses berhenti merokok lebih mudah tanpa atau kurang 'withdrawal symptom'. Berikut merupakan pengalaman berhenti merokok Encik Hazrin :







 
Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee Selangor
Call / whatsapp : 013-9243387 




No comments:

Post a Comment