Thursday 6 June 2013

Vision board

Hari ini kita kita ubah topik sikit. Asyik cerita pasal vitamin je. Sesekali cerita pasal perkara lain pula iaitu tentang 'vision board'. Saya suka sangat nak berkongsi pasal vision board ini kerana bagi saya ia sesuatu yang amat menarik. Tahukah anda apa itu 'vision board' atau dalam bahasa Melayunya papan impian? Bagi yang meminati bidang ilmu minda separa sedar, Law of Attraction dan yang seumpamanya mesti dah familiar dengan istilah ini dan saya pasti masing-masing dah ada pun vision board. Bagi yang belum tahu jom baca lebih lanjut. 

Definisi vision board yang mudah difahami saya ambil dari sini :

"A vision board is simply a visual representation or collage of the things that you want to have, be, or do in your life. It consists of a poster or foam board with cut-out pictures, drawings and/or writing on it of the things that you want in your life or the things that you want to become. The purpose of a vision board is to activate the law of attraction to begin to pull things from your external environment that will enable you to realize your dream. By selecting pictures and writing that charges your emotions with feelings of passion, you will begin to manifest those things into your life. "

Dalam perkataan lain vision board merupakan tempat di mana kita mencurahkan segala impian, keinginan dan apa yang kita mahu lakukan dalam hidup kita. Ia sama ada dalam bentuk poster ataupun wallpaper yang diletakkan pada skrin komputer, handphone dan sebagainya. Bagi saya sendiri, vision board saya pada sehelai kertas putih yang besar atau lebih dikenali sebagai kertas mahjong. Kenapa dinamakan kertas mahjong pun saya tak tahu. Macam tak sesuai je :) 


Contoh vision board

Cara untuk membuat vision board :

1. Kumpul gambar-gambar yang anda sukai dan betul-betul minat daripada majalah, surat khabar ataupun daripada internet. Katalog produk juga salah satu sumber yang baik. Contohnya gambar kereta impian, rumah impian dan lain-lain. Cari gambar yang berwarna-warni dan ceria. Selain gambar, boleh juga mengambil perkataan/ayat (affirmations) yang anda sukai.  Proses ini mungkin mengambil masa yang lama. 

2. Susun cantik-cantik dan tampal keratan gambar tersebut dan letakkan sekali 'time frame' iaitu target bila ia akan direalisasikan. Ini adalah kerana target yang betul hendaklah mempunyai jangka masa contohnya memiliki kereta idaman Honda City pada bulan September 2014.

3. Dah siap. Tampal di tempat yang membolehkan anda selalu melihat vision board itu. Lihat sekerap yang boleh dan visualisasikan/bayangkan yang anda dah pun mencapai impian tersebut.

Nak rujukan bergambar, boleh lihat di sini.

Kalau berkesempatan saya akan kongsikan vision board saya pula. Stay tuned!

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 5 June 2013

Kebaikan dan manfaat Meal Shakes

Semua orang teruja dengan promosi pada bulan Jun ini iaitu Meal Shakes. Lebih-lebih lagi para ibu yang telah merasai kebaikan multivitamin ini, yang sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Malah telah 'sold out' pun di beberapa branch Shaklee. Nak buat macam mana, sebaik saja tahu bulan ni 'offer', terus masing-masing pergi borong. Mana tak habisnya. 

Apa itu Meal Shakes

Meal Shakes merupakan multivitamin dalam bentuk serbuk yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu lactalbumin (sejenis susu), buah-buahan, sayu-sayuran, kacang soya dan lain-lain. Meal Shakes merupakan makanan segera yang sihat. 

Kebaikan Meal Shakes 

1. Mengandungi nutrisi lengkap
- Terdiri daripada 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu

2. Membekal nutrisi kepada sel-sel
- Kaya dengan protein yang penting dalam membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain

3. Sebagai anti-oksida
- Vitamin A, C, E, zink dan selenium bertindak sebagai anti-oksida yang melambatkan proses penuaan dan bertindak melawan jangkitan

4. Mengembalikan seri wajah
- Vitamin B, zat besi dan copper berperanan membina sel-sel darah merah yang sihat, memberikan 'complexion'/warna kulit yang lebih cantik

5. Membantu tumbesaran
- Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang perlu untuk membina tulang dan sel-sel

6. Untuk detoks
- Dilengkapi dengan fiber/serat yang membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Multivitamin dengan rasa yang lazat
- Rasanya sangat lazat dan sesuai untuk semua



Di kalangan ibu-ibu, Meal Shakes memang suplemen 'favourite' untuk anak selain Omega. Jika anda belum pernah mencuba Meal Shakes, inilah masanya yang terbaik. Promosi sah sehingga hujung bulan. Nanti saya akan kongsikan lebih banyak info mengenai Meal Shakes. Nantikan ya. Jika berminat untuk order, boleh terus hubungi saya : 
  
Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 4 June 2013

Cinch Energy Tea Mix : Booster untuk tenaga

Salah satu produk Shaklee yang menjadi 'favourite' saya ialah Cinch Energy Tea Mix. Ia bukan sekadar teh biasa. Namanya pun Cinch Energy Tea Mix. Dulu-dulu suka minum kopi Radix terutamanya apabila keletihan selepas pulang dari kerja. Kalau bateri tu boleh diibaratkan tinggal nyawa-nyawa ikan. Lepas minum kopi tu baru rasa macam recharge balik tenaga. Barulah boleh diteruskan dengan kerja-kerja rumah dan memasak. Kalau tak, alamatnya dapur tak berasap la. Teruk kan? Memang itulah masalah saya dari dulu. Mudah rasa letih. Tapi sejak susah nak dapat stok kopi Radix tu, jarang-jarang la dapat minum.  

Tapi Alhamdulillah, kini saya dah jumpa penggantinya. Selain pengambilan ESP, Vitalea, B-Kompleks dan Omega Guard, Cinch Tea pun dapat menambah tenaga. Lepas minum je terus dapat rasa kesannya. Cepat sangat. Tu yang saya suka tu. Kalau penat dan letih, terus jadi bertenaga. Kalau mengantuk, terus jadi segar. Jadi ia sangat sesuai untuk adik-adik yang sedang belajar tu, yang perlu 'stay up' untuk study. Selain itu, sesuai untuk mereka yang selalu memandu dalam jarak yang jauh. Biasanya memandu dalam masa yang lama menyebabkan kita mudah mengantuk. Jadi kalau selalu berhadapan dengan masalah ini boleh 'standby' siap-siap. Kalau mengantuk je boleh terus minum. 



Walaupun harganya sedikit mahal, tapi tak rugi kalau beli. Dengan harga RM 131.00, ia mengandungi 28 sachet. Anda pasti suka jika dapat merasai perubahan sebelum dan selepas mengambil Cinch Energy Tea Mix ini. 

Beli secara online di sini (eSell) 

Rujuk cara pembelian di sini : Tutorial menggunakan eSell Shaklee


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah