Showing posts with label bengkak kaki. Show all posts
Showing posts with label bengkak kaki. Show all posts

Thursday 17 May 2018

Testimoni Vivix Untuk Gout

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5

TESTIMONI 23 : ZAINAB MUHAMMAD

SERANGAN GOUT BERKURANGAN SELEPAS KONSISTEN AMALKAN VIVIX

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin menceritakan kesan pengambilan Vivix kepada nenek suami saya, Limah bt Abdullah yang berusia 86 tahun. Nenek merupakan penghidap gout sejak dulu lagi dan juga mengalami masalah darah tinggi. 

Gout kerap menyerang nenek sejak tahun 2017. Sangat kerap sehinggakan beliau pernah demam akibat bengkak pada kaki. Apabila beliau tersalah makan sudah pasti, gout bertandang.

Beliau terpaksa berpantang daripada makan seafood, kekacang, dan sebarang makanan yang boleh galakkan gout berulang.

Kesian melihat nenek apabila gout menyerang sehingga tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah. Kami pernah membawanya berjumpa doktor. Walaupun dah makan ubat anti radang, gout masih menyerang 2 minggu kemudian. 

Sehinggalah pada 23 November 2017, saya menyarankan suami supaya membelikan Vivix untuk nenek sebagai suplemen harian. Bulan pertama amalkan Vivix, nampak kesan positif berlaku ke atas beliau. Beliau nampak cergas sedikit berbanding sebelum ini. 

Pada 12 Januari 2018, kami ke Kuantan untuk menziarahi saudara dan nenek ikut sekali. Kami juga bimbang dan risau, takut nenek akan sakit pinggang jika berlama-lama dalam kereta. Maklumlah, perjalanan ke Kuantan mengambil masa 3 jam. Tapi, nenek tetap cergas & tidak mengadu sakit. Jika ditanya sama ada sakit atau tidak, pastinya beliau akan jawab begini.

"Sakit juga, tapi tak macam dulu dah." 

Bayangkanlah usia nenek sudah tua, badan pun dah sakit-sakit. Nak hilangkan sakit-sakit tersebut memang ambil masa yang lama. 

Kini dah botol ketiga Nenek amalkan Vivix. Pada usia nenek dah menghampiri 90an, beliau masih gagah. Semasa kenduri 3 Mac 2018, anak-anak sedara terkejut melihat beliau masih gagah & boleh berjalan. Sedangkan sebelum itu, terpaksa dipapah dan sering mengadu sakit.

Walaupun dah amalkan Vivix, kami juga berikan ubat gout apabila beliau rasa bengkak. Hal ini kerana Vivix bukannya ubat tapi hanyalah suplemen untuk bantu lengkapkan nutrisi disamping boleh mencegah. 

Kami pun happy bila beliau tak mengadu sakit seperti sebelum ini. InshaAllah kami akan terus konsisten berikan beliau Vivix supaya beliau memiliki kesihatan yang baik setiap masa. 

Inilah Shaklee Effect Nenek saya & Vivix.




Beli Vivix secara online di e-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit). 

ATAU

Untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.

Saturday 18 June 2016

Atasi Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome) Dengan Vivix


Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta dengan Vivix Shaklee. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail, 38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan?


Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24 jam, juga pemeriksaan darah. 

Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom, doktor memberi "sebeban" ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE. 

Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan Vivix saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol Vivix bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3 botol Vivix iaitu lebih kurang 3 bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan Vivix mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya.

Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan ataupun penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan VIVIX. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. 

Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.

Muhamad Rosdi Ismail




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

 Kamilah
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387