Sunday 22 July 2018

Apa Itu HFMD dan Statistik Kes HFMD Terbaru Sehingga 19.7.2018

Apa itu HFMD? HFMD merupakan singkatan kepada Hand, Foot and Mouth Disease. Virus coxsackie yang membawa penyakit HFMD mudah tersebar melalui udara dan juga sentuhan melalui cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya. 



Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit HFMD kerana sistem pertahanan badan yang lemah dan juga terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih. 

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik, Klinik Pakar Kanak-kanak, Dr Yong Junina Fadzil, virus merebak menerusi cecair dari mulut dan juga hidung pesakit. Penyakit ini juga boleh tersebar kepada golongan dewasa dan berpotensi dijangkiti seumur hidup. 


Kanak-kanak biasanya mendapat kesan yang lebih teruk berbanding orang dewasa kerana sistem imun yang lebih rendah. Penyakit ini tidak boleh dipandang remeh kerana terdapat juga kes kematian dilaporkan di beberapa buah negara, walaupun dalam bilangan yang sedikit. 

Statistik kes HFMD terbaru sehingga Khamis lalu (19.7.2018) :

  • Sejumlah 63 buah sekolah dikesan terbabit dengan jangkitan HFMD
  • Johor dan Selangor mencatatkan jumlah sekolah tertinggi, masing-masing 17 dan 16 buah sekolah, diikuti Sarawak iaitu 10 buah sekolah.
  • Jumlah keseluruhan murid yang dijangkiti penyakit bawaan virus Coxsackie A16 dan Enterovirus71 (E71) yang direkodkan semalam seramai 176 orang. 
  • Murid prasekolah (64), murid sekolah rendah (103) dan pelajar sekolah menengah (9). 

Antara simptom-simptom HFMD ialah :

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Sakit perut
  • Sakit otot
  • Melepuh/lepuhan di bahagian tapak kaki, tapak tangan, bawah punggung, sekitar mulut dan sekitar lidah. 

Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah : 
  • Cuci tangan
  • Jaga kebersihan
  • Buang sampah di tempat sepatutnya
  • Jauhi serangga perosak 
  • Ambil makanan segar
  • Elakkan membawa anak ke tempat awam seperti pusat beli-belah, taman permainan dan kolam renang

Cadangan Suplemen Shaklee Untuk HFMD 


  1. Omega Guard - berfungsi meningkatkan sistem imun kanak-kanak
  2. Meal Shakes - membekalkan nutrisi lengkap walaupun tidak lalu makan 
  3. Herbal Blend - untuk kegunaan luaran sahaja. Kurangkan gatal dan cepatkan penyembuhan. 

Rujukan : Berita Harian, 21 Julai 2018. 



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


No comments:

Post a Comment