Friday 13 July 2018

Bila Saya Mula Bisnes?

Bila mula bisnes?

Saya tak la banyak pengalaman bisnes. Mula pun dah agak lewat iaitu masa belajar kat u dulu.

Antaranya jual makanan dan juga join MLM macam Sureco dan Zhulian. Masa tu tak tahu apa-apa. Main redah je.

Atau boleh dikatakan hanya menjadi pengguna produk MLM tu. Bukan buat bisnes pun. Beli kopi banyak kotak, tapi end up diri sendiri guna.  🤣

Saya pun tak sure dari mana minat nak buat bisnes tu bermula. Mungkin daripada pembacaan kut.

Keluarga saya pun tak ramai yang buat bisnes. Boleh dibilang dengan jari. Ramai yang kerja cikgu termasuklah ummi dan arwah abah.

Masa tu saya pun tak pasti apa cita-cita saya. Mungkin cikgu kut. Sebab saya takde satu kerjaya yang betul-betul saya idamkan. Yang saya impikan siang dan malam.

Sehinggalah tahu tentang bisnes. Macam best je. Dari situlah saya pasang niat untuk jadi businesswoman yang berjaya.

Lepas habis u, tak dapat kerja. Tanam anggur beberapa tahun jugak la. Sempat la ada kebun sayur belakang rumah yang mengeluarkan hasil. Sambil jadi driver ummi.

Bukan saya je tak dapat. Ramai juga kawan yang sama course pun tak dapat kerja.

Ramai yang apply KPLI. Tapi saya tak. Sampai pakcik saya tanya kenapa tak apply. Sebab tak minat la saya jawab.

Bukan memilih. Tapi saya dah ada pengalaman jadi guru ganti (GSTT) selama sebulan (je) di daerah Setiu. Masa tu arwah abah kat PPD Setiu. Ingat-ingat lupa dah. And i think this is not for me.

Saya kagum dengan anak-anak muda yang belum habis sekolah pun dah ada bisnes yang berjaya sebab saya mula agak lewat. 20-an kira agak lewat la.

Tapi untuk kawan-kawan yang mungkin rasa dah berumur dan dah terlambat nak buat bisnes, tiada istilah terlambat sebenarnya.

Selagi kita masih bernyawa, peluang tu tetap ada. Yang penting mula. Jika ada impian tersebut.

#mystory
#notabisnesKakKam
#TeamEndeavor






Atau untuk order dan pertanyaan hubungi Kamilah : whatsapp 013 924 3387.   


No comments:

Post a Comment