Bila
sebut pelakon Sarimah Ahmad pastinya semua orang kenal. Masa saya kecil-kecil
dulu suka jugak tengok lakonan beliau dalam filem P. Ramlee. Sekarang beliau
dah pun berumur 73 tahun. Namun masih cantik dan sihat macam dulu.
Jika dilihat
wajah dan fizikal beliau, langsung tak nampak usianya. Macam baru 40-an. Ok ini
buatkan saya sangat jealous. Jadi ‘wajib’ tahu apa rahsia awet muda beliau
supaya saya boleh amalkan.
Antara
tips dan rahsia awet muda yang beliau kongsikan ialah :
1. Bangun
Tidur Dan Mandi Sebelum Subuh
Seawal
usia 4 tahun lagi beliau telah dididik oleh ibu bapa untuk mandi pada pukul 5
pagi dengan air perigi yang sangat sejuk. Air yang sejuk sangat baik untuk
kesihatan, ditambah lagi dengan mandi sebelum Subuh.
Kini
seawal jam 3.30 pagi atau selewat-lewatnya 5.00 pagi beliau akan bangun dan
terus mandi. Kemudian beliau melakukan solat Tahajjud, solat Taubat dan membaca
Al-Quran sebelum solat Subuh.
2. Melakukan
Senaman
Beliau
sangat berdisiplin dalam melakukan senaman. Setelah bangun dari tidur beliau
melakukan senaman regangan selama 30 minit. Dan melakukan kerja-kerja rumah
untuk mengeluarkan peluh.
3.
Amalkan Makanan Sunnah
Walaupun
telah mempunyai 32 orang cucu dan 5 orang cicit beliau masih kelihatan anggun.
Sebelum solat Subuh, beliau minum air zamzam, mengambil satu camca extra virgin
olive oil yang dicampur dengan habbatus sauda, satu camca madu lebah asli (King
of Madu) dan minum air suam.
4. Makan
Masakan Tanpa Minyak
Beliau
lebih gemarkan makanan yang dimasak tanpa minyak seperti ikan bakar yang
dimakan dengan sayur masak air sahaja.
5. Makan
Buah-buahan dan Ulam-ulaman
Beliau
mengambil buah-buahan seperti betik, nanas dan pisang kerana mengandungi banyak
serat dan juga jimat dari segi kos. Amalan makan ulam-ulaman juga telah menjadi
kebiasaan hasil ajaran ibu beliau.
6. Elak
Tidur dalam Bilik Berhawa Dingin
Amalan
beliau sejak dari dulu ialah tidak tidur dalam bilik berhawa dingin kerana ia
tidak baik untuk kesihatan.
7.
Setiap Perbuatan Mesti Ikhlas
Akhir
sekali, tips yang beliau berikan ialah setiap pekerjaan mesti dilakukan dengan
ikhlas dan semata-mata kerana Allah.
Tips
yang beliau berikan tidaklah sesukar mana untuk diamalkan. Jom sama-sama
amalkan untuk sentiasa awet muda walau berapa pun usia kita sekarang.
Baca juga : Awet Muda Dengan Vivix
Kredit foto : sarimahahmad.wordpress.com
Suplemen Shaklee untuk awet muda? Hubungi :Baca juga : Awet Muda Dengan Vivix
Kredit foto : sarimahahmad.wordpress.com
Siti Nor Kamilah
ID Shaklee : 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
ID Shaklee : 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Tips yang bermanfaat sekali. Terima kasih dear
ReplyDeleteSama-sama :) Terima kasih berkunjung ke sini.
Delete