Wednesday 17 October 2018

Resepi Gulai Ayam Terengganu Mak Mertua Confirm Sedap

Sebelum ni saya pernah jual nasi minyak. Saya ni sebenarnya tak pandai mana pun masak. Jadi resepi ni saya dapat dari mak mertua. Mak mertua saya memang terkenal dengan masakan yang sedap. Dulu pun mak mertua saya pernah jual nasi juga. Tapi lebih kepada tukang masak la. 

Nama pun gulai ayam Terengganu. Memang tak sama dengan kari ayam. Bila dah duduk luar Terengganu tu memang rindu nak rasa masakan Terengganu. Yelah memang payah nak jumpa masakan Terengganu atau Kelantan kat sini. Kedai mamak banyak la hehe. 

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-bahannya mudah je iaitu :

1. Ayam 
2. Bawang merah - dikisar
3. Halia - dikisar
4. Lengkuas - dikisar
5. Kunyit - dikisar
6. Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
7. Rempah kari ayam
8. Rempah kurma
9. Cili kisar atau cili boh
10. Gula melaka (orang Terengganu panggil nissan)
11. Asam jawa
12. Santan 
13. Minyak
14. Air 
15. Garam 

Sukatan memang saya tak letak. Macam biasa, agak-agak je la. Bergantung kepada kuantiti ayam. 

Cara-caranya :

1. Semua bahan yang perlu dikisar kita kisar terlebih dahulu. 
2. Kemudian panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan. 
3. Masukkan bahan yang dikisar yang digaul bersama bersama rempah kari ayam dan rempah kurma . Kemudian masukkan cili boh. 
4. Atau boleh juga masukkan cili boh terlebih dahulu dan masak sampai warna bertukar jadi lebih gelap. Tapi jangan sampai hangit pula. Guna api perlahan. Tips ni mak mertua saya cakap supaya gulai lebih nampak merah, tak la pucat/kuning je. Kemudian baru masukkan bahan yang dikisar. 
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka.  
6. Tunggu hingga pecah minyak. 
7. Masukkan ayam. Api perlahan sahaja. 
8. Masak hingga ayam lebih kurang separuh masak atau pun dah hampir nak masak. Oh ya lupa nak beritahu. Saya masak ni menggunakan kuali sebab senang sikit nak kacau-kacau ayam dalam kuali tu nanti berbanding bila masak dalam periuk. 
9. Last sekali masukkan santan dan air. 

Memang lama sikit masa yang diambil untuk masak ni tapi serius memang sedap sebab rempah semua dah sebati dalam ayam tu. Ni la rupanya cara orang berniaga memasak. 

Terliur pula jadinya bila cakap pasal gulai ayam Terengganu ni. Lama dah tak makan nasi minyak Terengganu. My favourite!

Gambar insyaAllah nanti bila saya buat saya akan letak kat sini. Selamat mencuba! Kalau sedap boleh bagitau saya. :)



Tuesday 16 October 2018

Zink Untuk Masalah Rambut Gugur Yang Sangat Mudah dan Murah

Biasanya bila sebut sahaja masalah rambut gugur, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah nak cari syampu untuk rambut gugur. Sebenarnya syampu bukanlah satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah rambut gugur. 

Kadang-kadang, dah pun cuba macam-macam jenama syampu tapi tiada satu pun yang berkesan. Duit dah habis banyak. Masalah rambut gugur tak juga selesai. 

Untuk mengatasi masalah rambut gugur, kita perlu tahu puncanya dahulu. Antara puncanya ialah perubahan hormon, terutamanya yang biasa berlaku kepada wanita selepas bersalin.  Selain itu, ia juga disebabkan oleh stress, ubat-ubatan, penyakit seperti penyakit tiroid, dan juga kekurangan vitamin. 

Antara masalah kekurangan vitamin yang utama ialah zink. Keguguran rambut merupakan tanda kekurangan zink yang paling biasa dialami. Ini kerana, kekurangan zink menyebabkan sel-sel tubuh menjadi lemah, sehingga menyebabkan keguguran rambut. 

Zink merupakan antara mineral yang penting untuk rambut yang sihat dan kuat. Zink berfungsi dalam mensintesis lebih 200 jenis hormon dalam tubuh kita. Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku akibat kekurangan zink, ia akan menyebabkan keguguran rambut. 

Zink Shaklee yang terbaru diformulasikan tanpa alfalfa. Jadi ia sesuai diambil oleh semua golongan termasuklah pesakit SLE. Jangan tunggu sehingga botak. Dapatkan zink segera. 


vitamin untuk rambut gugur, rambut gugur shaklee




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Monday 15 October 2018

Apa Itu Penyakit Parkinson dan Simptom-Simptomnya

Apa itu penyakit Parkinson? Parkinson merupakan sejenis penyakit neurodegeneratif yang tiada ubat. Parkinson merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan masalah pergerakan. Penyakit Parkinson berlaku bila sel saraf dalam otak tidak menghasilkan dopamin yang mencukupi dalam otak.

apa itu parkinson, tanda-tanda parkinson, simptom-simptom parkinson

Bila paras dopamin menjadi sangat rendah, ia mula menampakkan simptom-simptom penyakit Parkinson. Paras dopamin yang rendah berkait rapat dengan ketagihan, kemurungan atau depression, eating disorder, tenaga yang berkurangan dan juga masalah untuk fokus. Dopamin merupakan neurotransmitter yang mempengaruhi pergerakan tubuh dan juga kelakuan.

Apabila sel saraf tidak menghasilkan jumlah dopamin yang mencukupi, simptom-simptom mula terjadi dengan lebih kerap. Bermula dengan sebelah bahagian tubuh sahaja, kemudian pada kedua-dua belah iaitu kanan dan kiri. 

Simptom-simptom penyakit Parkinson ialah tangan menggeletar, tangan atau kaki menjadi kaku, pergerakan menjadi lambat, dan tak mampu untuk menyeimbangkan diri. Apabila keadaan makin teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk berjalan, sukar melakukan kerja seharian seperti memasak, mencuci sehinggalah kepada kesukaran untuk menelan, kesukaran untuk bercakap, dan juga kemurungan atau depression. 

Penyakit Parkinson biasanya terjadi ketika usia 60 tahun di mana ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding wanita. Menurut Journal of Neurotoxicology, 2000 pendedahan kepada sesetengah pestisid yang biasa digunakan dapat meningkatkan kekerapan berlakunya penyakit Parkinson.

Ia dikesan terutamanya jika individu tersebut membesar di ladang-ladang berskala besar yang menggunakan bahan kimia. Ia juga banyak terjadi di kalangan peladang. Selain itu, pestisid juga banyak digunakan di ladang-ladang golf.  



Saturday 29 September 2018

Cara Beli Rumah Idaman Walaupun Kerja Sendiri Dari Rumah

Saya belum lagi berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Masa kerja makan gaji dahulu selama 8 tahun, jawatan saya hanyalah sementara. Sementara ni special sikit. Tak sama macam kontrak. 

Kalau kontrak, ada tempoh tertentu. Tapi sementara ni, tiada tempoh. Maknanya sampai bila-bila la. 3 tahun pertama je gaji naik. Lepas tu statik. 

Tak ke sedih tu. Ada ramai juga staff yang lebih senior yang dah kerja berpuluh tahun tapi masih terima gaji yang sama. 

Berapa gaji saya dulu? Lebih kurang RM 1+++. Tak bersyukur? Bukan. Masa tu memang saya syukur sangat sebab dapat kerja tu walaupun bukan berdasarkan kelayakan iaitu ijazah. 

No, saya tak memilih. Kalau memilih, memang saya tak minta la kerja kat situ. Cuma dalam hati saya rasa ada something better for me. 

Yang saya takkan kerja kat situ sampai pencen macam staff-staff yang lain. Tapi saya memang salute la dengan staff yang dah lama tu sebab masih lagi stay walaupun gaji statik je. 

Saya pula dah nampak yang saya takkan lama kerja kat situ unless diserap untuk jawatan tetap dan lain-lain. Masalahnya benda tu tak berlaku. 

Bila ada jawatan kosong, kena apply semula. Tu pun bukan senang nak dapat. Yelah masing-masing ada kabel. Kita yang takde kabel ni memang tak nampak jalan la. 

Dengan gaji RM 1+++ je memang tak mampu la nak beli rumah. Tapi bila difikirkan balik, saya bersyukur. Sebab disebabkan jawatan sementara tu dan gaji tak seberapa, saya tak mampu beli rumah. 

Jadi tak terikat dengan hutang yang besar. Jadi semua yang Allah jadikan tu ada hikmahnya. Bila tiba masa yang sesuai, insyaAllah saya akan mampu memiliki rumah sendiri. 

Saya suka cuci mata tengok rumah kat mudah.my, iproperty.com dan lain-lain. Bab berangan ni memang best. Dalam banyak-banyak tu ada la yang saya berkenan.

Terutamanya rumah banglo yang tidak menghadap straight ke rumah orang. Contohnya, bahagian tepi rumah tu memang dinding je. Takde tingkap.

Ada rupanya rumah macam ni. Tapi memang rare la. Bestnye kalau dapat beli. 

Rumah macam ni la yang saya suka. Sebab bila kita buka tingkap/sliding door, orang takkan nampak. Jadi boleh buka dengan seluas-luasnya. 

Saya ni jenis suka buka tingkap. Jadi kalau boleh setiap tingkap yang ada kat rumah tu saya nak buka. Kalau rumah biasa ni, buka tingkap akan menghadap ke tingkap rumah jiran sebelah.

Kurang la privasi tu. Takkan la nak pakai tudung pulak dalam rumah bila nak buka tingkap/sliding door. Faham ke yang saya cuba sampaikan ni? Ok contoh rumah tu macam ni. 

Tingkap / pintu menghadap straight ke rumah jiran. No privacy.
 Kalau jerit marah anak pun boleh dengar hehe. 


Ini pula contoh rumah idaman saya. Of course rumah idaman rumah banglo. Kalau untuk pelaburan, tak kisah la beli flat ke, apartment ke. 


Cantik kan?

Ni rumah jiran.

Luas kan kawasan ni. Nak main bola ke badminton petang-petang pun boleh. 

Kalau ni rumah saya, saya buang pokok-pokok tu. Macam semak je. 

Luasnya dapur.

Ni pulak contoh rumah kedua. 

Yang ni sempit sikit. 

Boleh la buka sliding door dan tingkap luas-luas. Yeay!

Siap ada lif tu.

Comel kan rumah ni?

Kena kerja lebih keras lagi supaya boleh beli rumah dengan dengan payslip Shaklee sahaja. Eh kerja kat rumah pun ada payslip? Semestinya.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri saya yang lepas. :)

Entri berkaitan : Beli Kereta Idaman Dengan Bonus Statement Shaklee

Kredit foto :
iproperty.com
iproperty.com

Thursday 27 September 2018

Apa Itu Penyakit Tiroid Mata, Simptom-Simptom dan Rawatannya

Penyakit tiroid mata atau thyroid eye disease (TED) merupakan keadaan di mana berlakunya keradangan yang menyebabkan otot dan tisu lembut dalam soket mata menjadi bengkak. Keadaan ini menyebabkan bebola mata tertolak ke depan dan menyebabkan pelbagai simptom termasuk mata menonjol / tersembul(exophtalmos). 

Ia disebabkan oleh penyakit Graves iaitu salah satu jenis penyakit hipertiroid (pengeluaran hormon tiroid yang berlebihan). Namun penyakit tiroid mata ini juga boleh berlaku kepada pesakit hipotiroid. 



Simptom-simptom Penyakit Tiroid Mata 


Mata tertonjol/terbeliak (simptom yang paling ketara)
- Sakit bahagian belakang mata (terutamanya pada waktu pagi)
- Mata sembap
- Mata menjadi merah dan sakit bila kornea tak tertutup rapat
- Mata kering
- Penglihatan berganda (diplopia) bila otot terlalu bengkak
- Sukar menggerakkan mata
- Kelopak mata bengkak dan merah
- Sensitif kepada cahaya (photophobia)
- Kesukaran memakai contact lens
- Jika kronik, ia boleh menyebabkan penglihatan kabur dan warna yang dilihat tidak jelas

Rawatan Penyakit Tiroid Mata


1. Cool compress.
Memberi lembapan dan kelegaan

2. Sunglass.
Penyakit tiroid mata menyebabkan mata sensitif kepada cahaya. Sunglass dapat melindungi daripada cahaya matahari dan angin.

3. Eye drop.
Eye drop dapat mengurangkan kekeringan. Sapu gel sebelum tidur dapat mencegah kornea daripada kering kerana kelopak mata tak tertutup sepenuhnya. 

4. Tinggikan kepala.
Dengan meninggikan kepala ketika tidur dapat mengurangkan bengkak dan tekanan pada mata

5. Cermin mata dengan prisma.
Untuk masalah penglihatan berganda (double vision), pakai cermin mata dengan prisma. 

6. Pengambilan steroid.
Pengambilan steroid (hydrocortisone / predisone) dapat mengatasi masalah mata bengkak.

7. Pembedahan kelopak mata.
Pembedahan kelopak mata dapat mengurangkan iritasi

8. Pembedahan otot mata.
Apabila 1 atau lebih otot mata menjadi terlalu pendek, ia boleh menyebabkan double vision. Pembedahan otot mata dapat membetulkan double vision. 

9. Pengambilan suplemen seperti selenium

10. Kurangkan stress.
Apabila stress, hormon tertentu akan dihasilkan. Keadaan ini mempengaruhi paras hormon tiroid dan menyebabkan penyakit tiroid mata. 

Tiroid mata biasanya akan pulih dengan sendiri dalam tempoh masa tertentu dan biasanya tidak kronik setelah melepasi fasa aktifnya. 

Namun terdapat juga tiroid mata yang kronik yang menyebabkan bebola mata tertolak jauh ke depan.


Keadaan ini menyebabkan kelopak mata tidak tertutup rapat, bahagian kornea kering dan tidak dilindungi.

Selain itu, terdapat juga penyakit tiroid mata yang sangat kronik yang boleh menyebabkan kerosakan kekal pada mata dan hilang penglihatan.