Wednesday 17 October 2018

Resepi Gulai Ayam Terengganu Mak Mertua Confirm Sedap

Sebelum ni saya pernah jual nasi minyak. Saya ni sebenarnya tak pandai mana pun masak. Jadi resepi ni saya dapat dari mak mertua. Mak mertua saya memang terkenal dengan masakan yang sedap. Dulu pun mak mertua saya pernah jual nasi juga. Tapi lebih kepada tukang masak la. 

Nama pun gulai ayam Terengganu. Memang tak sama dengan kari ayam. Bila dah duduk luar Terengganu tu memang rindu nak rasa masakan Terengganu. Yelah memang payah nak jumpa masakan Terengganu atau Kelantan kat sini. Kedai mamak banyak la hehe. 

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-bahannya mudah je iaitu :

1. Ayam 
2. Bawang merah - dikisar
3. Halia - dikisar
4. Lengkuas - dikisar
5. Kunyit - dikisar
6. Rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
7. Rempah kari ayam
8. Rempah kurma
9. Cili kisar atau cili boh
10. Gula melaka (orang Terengganu panggil nissan)
11. Asam jawa
12. Santan 
13. Minyak
14. Air 
15. Garam 

Sukatan memang saya tak letak. Macam biasa, agak-agak je la. Bergantung kepada kuantiti ayam. 

Cara-caranya :

1. Semua bahan yang perlu dikisar kita kisar terlebih dahulu. 
2. Kemudian panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan. 
3. Masukkan bahan yang dikisar yang digaul bersama bersama rempah kari ayam dan rempah kurma . Kemudian masukkan cili boh. 
4. Atau boleh juga masukkan cili boh terlebih dahulu dan masak sampai warna bertukar jadi lebih gelap. Tapi jangan sampai hangit pula. Guna api perlahan. Tips ni mak mertua saya cakap supaya gulai lebih nampak merah, tak la pucat/kuning je. Kemudian baru masukkan bahan yang dikisar. 
5. Masukkan air asam jawa dan gula melaka.  
6. Tunggu hingga pecah minyak. 
7. Masukkan ayam. Api perlahan sahaja. 
8. Masak hingga ayam lebih kurang separuh masak atau pun dah hampir nak masak. Oh ya lupa nak beritahu. Saya masak ni menggunakan kuali sebab senang sikit nak kacau-kacau ayam dalam kuali tu nanti berbanding bila masak dalam periuk. 
9. Last sekali masukkan santan dan air. 

Memang lama sikit masa yang diambil untuk masak ni tapi serius memang sedap sebab rempah semua dah sebati dalam ayam tu. Ni la rupanya cara orang berniaga memasak. 

Terliur pula jadinya bila cakap pasal gulai ayam Terengganu ni. Lama dah tak makan nasi minyak Terengganu. My favourite!

Gambar insyaAllah nanti bila saya buat saya akan letak kat sini. Selamat mencuba! Kalau sedap boleh bagitau saya. :)



No comments:

Post a Comment