Showing posts with label Penyakit parkinson. Show all posts
Showing posts with label Penyakit parkinson. Show all posts

Monday 15 October 2018

Apa Itu Penyakit Parkinson dan Simptom-Simptomnya

Apa itu penyakit Parkinson? Parkinson merupakan sejenis penyakit neurodegeneratif yang tiada ubat. Parkinson merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan masalah pergerakan. Penyakit Parkinson berlaku bila sel saraf dalam otak tidak menghasilkan dopamin yang mencukupi dalam otak.

apa itu parkinson, tanda-tanda parkinson, simptom-simptom parkinson

Bila paras dopamin menjadi sangat rendah, ia mula menampakkan simptom-simptom penyakit Parkinson. Paras dopamin yang rendah berkait rapat dengan ketagihan, kemurungan atau depression, eating disorder, tenaga yang berkurangan dan juga masalah untuk fokus. Dopamin merupakan neurotransmitter yang mempengaruhi pergerakan tubuh dan juga kelakuan.

Apabila sel saraf tidak menghasilkan jumlah dopamin yang mencukupi, simptom-simptom mula terjadi dengan lebih kerap. Bermula dengan sebelah bahagian tubuh sahaja, kemudian pada kedua-dua belah iaitu kanan dan kiri. 

Simptom-simptom penyakit Parkinson ialah tangan menggeletar, tangan atau kaki menjadi kaku, pergerakan menjadi lambat, dan tak mampu untuk menyeimbangkan diri. Apabila keadaan makin teruk, ia boleh menyebabkan kesukaran untuk berjalan, sukar melakukan kerja seharian seperti memasak, mencuci sehinggalah kepada kesukaran untuk menelan, kesukaran untuk bercakap, dan juga kemurungan atau depression. 

Penyakit Parkinson biasanya terjadi ketika usia 60 tahun di mana ia lebih kerap berlaku kepada orang lelaki berbanding wanita. Menurut Journal of Neurotoxicology, 2000 pendedahan kepada sesetengah pestisid yang biasa digunakan dapat meningkatkan kekerapan berlakunya penyakit Parkinson.

Ia dikesan terutamanya jika individu tersebut membesar di ladang-ladang berskala besar yang menggunakan bahan kimia. Ia juga banyak terjadi di kalangan peladang. Selain itu, pestisid juga banyak digunakan di ladang-ladang golf.