Showing posts with label Rambut gugur teruk. Show all posts
Showing posts with label Rambut gugur teruk. Show all posts

Tuesday 16 October 2018

Zink Untuk Masalah Rambut Gugur Yang Sangat Mudah dan Murah

Biasanya bila sebut sahaja masalah rambut gugur, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah nak cari syampu untuk rambut gugur. Sebenarnya syampu bukanlah satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah rambut gugur. 

Kadang-kadang, dah pun cuba macam-macam jenama syampu tapi tiada satu pun yang berkesan. Duit dah habis banyak. Masalah rambut gugur tak juga selesai. 

Untuk mengatasi masalah rambut gugur, kita perlu tahu puncanya dahulu. Antara puncanya ialah perubahan hormon, terutamanya yang biasa berlaku kepada wanita selepas bersalin.  Selain itu, ia juga disebabkan oleh stress, ubat-ubatan, penyakit seperti penyakit tiroid, dan juga kekurangan vitamin. 

Antara masalah kekurangan vitamin yang utama ialah zink. Keguguran rambut merupakan tanda kekurangan zink yang paling biasa dialami. Ini kerana, kekurangan zink menyebabkan sel-sel tubuh menjadi lemah, sehingga menyebabkan keguguran rambut. 

Zink merupakan antara mineral yang penting untuk rambut yang sihat dan kuat. Zink berfungsi dalam mensintesis lebih 200 jenis hormon dalam tubuh kita. Apabila ketidakseimbangan hormon berlaku akibat kekurangan zink, ia akan menyebabkan keguguran rambut. 

Zink Shaklee yang terbaru diformulasikan tanpa alfalfa. Jadi ia sesuai diambil oleh semua golongan termasuklah pesakit SLE. Jangan tunggu sehingga botak. Dapatkan zink segera. 


vitamin untuk rambut gugur, rambut gugur shaklee




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Saturday 4 August 2018

4 Minyak Yang Bagus Untuk Melebatkan Rambut

Selain menggunakan syampu, penggunaan bahan daripada sumber alam semulajadi seperti minyak juga dapat membantu untuk melebatkan rambut. Mungkin agak leceh untuk menggunakannya, tetapi sebenarnya penggunaan minyak untuk melebatkan rambut juga salah satu kaedah yang berkesan. Terdapat banyak jenis minyak. Di sini dikongsikan 4 jenis minyak yang boleh melebatkan rambut dan boleh didapati di Malaysia.





1. Minyak Kelapa.

Minyak kelapa kaya dengan vitamin, mineral dan asid lemak perlu yang dapat merangsang folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia mengandungi partikel kecil yang dapat menembusi folikel rambut. Minyak kelapa juga dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan juga menebalkan rambut. Selain itu, minyak kelapa juga bermanfaat untuk masalah kelemumur.

Cara guna : Urut kulit kepala dengan minyak kelapa dan biarkan semalaman semasa tidur.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun dapat melembutkan rambut dan boleh juga digunakan sebagai conditioner. Minyak zaitun bagus untuk merawat rambut yang kering, bercabang dan rosak.

Cara guna :
Panaskan 1/2 cawan minyak zaitun dan sapu pada rambut. Tutup seluruh ranbut dengan plastik dan kemudian balut dengan tuala. Biarkan selama 45 minit, kemudian syampu.
3. Minyak Jojoba

Minyak jojoba kaya dengan asid lemak, yang dapat meningkatkan kelembapan rambut. Oleh sebab itu, minyak ini sesuai untuk rambut yang kering dan rosak. Minyak ini juga dapat menghilangkan kelemumur kerana kulit kepala yang kering akan menyebabkan kelemumur.

Cara guna : Sapu pada kulit kepala dan tunggu beberapa minit sebelum bilas.
4. Minyak Kastor

Minyak kastor dapat membersihkan kulit kepala dan dapat menggalakkan pertumbuhan rambut. Minyak kastor merupakan antara minyak yang paling berkesan untuk rambut yang nipis dan rambut gugur. Penggunaan minyak kastor selama sebulan dapat meningkatkan pertumbuhan rambut tiga hingga 5 kali ganda berbanding biasa. Biasanya, rambut manusia tumbuh lebih daripada 1 cm setiap bulan.

Cara guna :
Campur minyak kastor dengan dengan essential oil. Campur sedikit minyak kelapa dengan minyak kastor dalam mangkuk kecil. Sapukan minyak dan sapu pada seluruh kulit kepala. Setelah selesai, tutup kepala dengan shower cap dan biar sepanjang malam.

Selamat mencuba!



Friday 20 July 2018

Cara Atasi Masalah Rambut Gugur Teruk Dengan Berkesan

Setiap hari jumlah rambut gugur yang normal ialah 50 sehingga 100 helai. Namun bila kita menyedari rambut gugur lebih banyak daripada biasa, ia tidak lagi normal. Kena cepat-cepat cari penyelesaian supaya tidak berlaku kehilangan rambut yang kronik sehingga menyebabkan botak. 

Nourishing Scalp Complex mengandungi formula eksklusif Scalp Health Complex :
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E serta Koenzim Q10 melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan persekitaran
  • Bertindak lembut untuk menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Formula tanpa bilas memudahkan penggunaan, malah rambut boleh digayakan mengikut cita rasa anda tanpa mengambil masa yang terlalu lama
  • Tidak menyebabkan rambut melekit atau berminyak
Siapa perlu guna Nourishing Scalp Complex?

1. Semua peringkat umur lelaki dan wanita, semua jenis rambut termasuk rambut yang diwarnakan
2. Untuk yang berambut nipis atau mengalami masalah keguguran rambut
3. Untuk rambut yang rosak
4. Untuk kulit kepala yang gatal, kering dan kelemumur
5. Untuk yang mencari rawatan semulajadi untuk rambut yang lebih lebat dan lebih kuat 





TESTIMONI 1 :

I’m now using the Nourishing Scalp Treatment. I haven’t noticed subtle results, I have noticed tremendous results!! Wonderful improvement! Now, when I shower, as well as before I blow dry, I have little to no hair loss. It’s amazing! I’m almost 46 years sophisticated & unfortunately, thinning hair comes with the territory. I’m literally stopping it in it’s tracks! I have long hair & I have a lot of hair & I’m going to keep it that way! You just apply some drops of this product & massage it into your scalp. 



TESTIMONI 2 :

rambut gugur, rawatan rambut gugur, serum untuk rambut, syampu rambut gugur


Harga Nourishing Scalp Treatment RM 103 termasuk pos.

Beli secara online di E-sell (menggunakan kad kredit atau kad debit sahaja).  
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.