Friday 10 August 2018

The Miracle Morning 2

Semalam saya tidur lebih awal, pukul 11.00 dan berjaya bangun lebih awal iaitu 3.00 pagi. Bangun awal-awal jadi lapar pula. Jadi buat air dan makan roti dulu. 

Hari ni, saya start dengan AFFIRMATION dulu. Sambil buat VISUALIZATION. Lepas tu SCRIBING, EXERCISE, READING dan SILENCE.

EXERCISE tu saya buat Tabata Workout. Tengok kat Youtube je. Cukup-cukup 10 minit. Bestnya kalau boleh jogging atau running. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.  

Insya-Allah suatu hari nanti saya mesti jadikan jogging atau running satu habit. READING saya sambung baca buku semalam. 


Image result for exercise


Akhirnya hari ni berjaya complete Miracle Morning walaupun bab SILENCE tu masih blur lagi nak buat macam mana sebenarnya. Takpe, nanti kita akan improve along the way. 

Apa yang saya perasan, hari ni rasa letih saya kurang. Alhamdulillah, a good sign. 


Entri berkaitan :

Wednesday 8 August 2018

The Miracle Morning 1

Alhamdulillah. Hari ni berjaya bangun seawal 3.30 pagi. Tidur pukul 12.30 tengah malam. Saya dalam proses nak jadikan bangun seawal mungkin sebagai habit. Sebab saya ada impian yang mesti direalisasikan tahun ini juga. 

Dan bila bangun lebih awal, lebih banyak kerja yang dapat saya selesaikan. Dengan bangun awal juga dapat la buat solat sunat. 




Selain itu, saya nak appy tips yang saya dapat daripada buku The Miracle Morning - Hal Elrod. Ada 6 perkara yang perlu dilakukan dalam masa sejam pertama selepas bangun tidur iaitu :

  • Silence 
  • Affirmation
  • Visualization
  • Exercise
  • Reading
  • Scribing

Setiap item tu cuma ambil masa 10 minit. Semua tu dah buat kecuali exercise. Tapi solat pun kira exercise la. Tengok la, kejap lagi ke saya exercise. Sebab nak siapkan entri blog dulu. 

Untuk reading, saya baca buku Hukum Tarikan - Michael J. Losier yang dah lama ada dalam simpanan saya. Dan saya belum betul-betul apply ilmu yang saya dapat daripada buku tu. 



Bagi yang belum baca The Miracle Morning, saya sangat-sangat recommend. Memang best. Especially buat yang rasa down, hopeless, stuck, depressed. Mesti baca. 


Tuesday 7 August 2018

Vitamin Shaklee Untuk Rambut Beruban

Masalah rambut beruban ialah perkara biasa yang kita alami. Namun jika masalah ini menjadi semakin kronik sehingga rambut putih lebih banyak daripada rambut hitam, ia sedikit sebanyak menjejaskan penambilan.



Ada juga yang rasa kurang keyakinan diri bila berhadapan dengan masalah rambut uban ini terutamanya lelaki dan juga wanita yang malu bila berhadapan dengan suami. 

Folikel rambut ada sel pigmen (melanosit) yang menghasilkan melanin iaitu bahan kimia yang memberi warna pada rambut. Apabila semakin menua, melanosit menjadi kurang aktif dan berhenti menghasilkan warna menyebabkan rambut menjadi uban.

Rambut orang Asia mula menjadi uban pada usia lewat 30-an. Jika uban terjadi lebih awal daripada itu, ia dinamakan uban pramatang. 

Antara faktor yang menyebabkan rambut uban ialah : 

  • Keturunan. Jika ibu bapa mendapat uban pada usia yang muda, anak juga berkemungkinan mengalaminya. 
  • Stress
  • Kurang vitamin B12
  • Tumor (yang jarang berlaku)
  • Penyakit tiroid 
  • Vitiligo yang memusnahkan sel yang menghasilkan pigmen pada kulit kepala
  • Merokok. Kajian menunjukkan perokok mengalami uban sebelum usia 30 tahun berbanding mereka yang tidak merokok 
  • Diet yang tak seimbang

Pengambilan Vivix dapat mengurangkan uban. Silap-silap, rambut jadi hitam semula kerana Vivix dapat meremajakan semula sel-sel rambut. 


Cara hilangkan rambut uban, Vitamin untuk rambut uban, Punca rambut uban
Rambut uban dah kurang


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 


Monday 6 August 2018

Tester Kit Perfume DeXandra di Masjid Saujana Utama

Semalam saya singgah solat Asar di Masjid Saujana Utama. Pada awalnya nak ke Puncak Alam, tapi ubah plan. Jadi solat kat sini je.

Suka solat kat sini sebab ramai jemaah. Sebelum ni, saya ingat ramai orang sebab ada majlis atau ceramah atau seumpamanya. Tapi sebenarnya tak pun. Wanita 1 baris je tapi lelaki agak ramai. Jarang biasanya jumpa masjid yang ada ramai orang macam ni kecuali waktu maghrib.

Bila solat kat masjid ni rasa tenang je. Sebab tu la kalau ada kelapangan tu, memang suka solat kat masjid walaupun wanita tak wajib solat kat masjid.

Sebelum solat tu ternampak tester kit perfume DeXandra. Nak try tak sempat dah sebab nak solat. Jadi lepas solat tu try la. Ada 1 je perfume yang berbau lembut yang saya suka. Yang lain baunya agak keras. Jadi saya tak suka.

InsyaALLAH nanti nak cari la kat outlet DeXandra sebaris dengan NT Shop tu. Harga pun tak la mahal sangat. Harap-harap ada la tester. Sebab tak tau nama perfume yang saya suka tu. Ada nombor je.

Sepatutnya ada nombor contact kat kotak tu, baru la orang yang nak beli boleh contact. Macam biasa, lupa lagi nak ambil gambar. Ni yang saya ambil dari google je.

 Image result for tester kit dexandra


9 Makanan Yang Dapat Melebatkan Rambut

Bila menghadapi masalah rambut gugur dan semakin menipis, terdapat macam-macam petua yang kita boleh amalkan. Selain syampu, tonik rambut atau apa sahaja rawatan untuk rambut gugur, terdapat juga makanan yang dapat melebatkan rambut dan mencegah rambut gugur. Makanan-makanan ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan untuk rambut yang sihat dan seterusnya dapat melebatkan rambut

9 makanan yang dapat melebatkan rambut tersebut ialah :




#1. IKAN SALMON
Ikan salmon mengandungi protein yang dapat menguatkan rambut dan omega 3 yang dapat mengurangkan inflamasi yang menyebabkan rambut gugur dan dapat melembapkan kulit kepala. 

#2. TELUR
Rambut terdiri daripada keratin, dan keratin diperbuat daripada protein. Diet yang kaya dengan protein merupakan cara yang paling berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut dan mengurangkan rambut gugur. 

Telur tinggi dengan vitamin B12 dan protein yang dapat menembusi akar dan folikel rambut. Selain itu, telur juga kaya dengan 4 mineral penting iaitu zink, selenium, sulfur dan iron. Iron penting kerana membantu mengangkut oksigen kepada folikel rambut. Kekurangan iron merupakan faktor utama rambut gugur. 

Telur juga mengandungi biotin, iaitu nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan rambut yang sihat. Biotin terkandung dalam telur kuning. 

#3. BAYAM
Bayam kaya dengan beta karoten, iron, vitamin C dan asid folik yang dapat menyihatkan folikel rambut dan dapat mengekalkan kolagen yang terkandung dalam rambut. 

#4. UBI KELEDEK
Ubi keledek kaya dengan beta karoten yang merupakan antioksidan. Beta karoten ditukar kepada vitamin A oleh tubuh. Kajian menunjukkan vitamin A membantu menghasilkan sebum, minyak semulajadi yang melindungi kulit kepala. 

#5. YOGURT 
Yogurt kaya dengan protein dan vitamin B5. Vitamin B5 bagus untuk pertumbuhan rambut. Selain itu, yogurt juga mengandungi nutrien lain seperti lemak, vitamin dan karbohidrat yang juga dapat menyokong pertumbuhan rambut. 

#6. DAGING
Daging bagus untuk mencegah rambut gugur kerana mengandungi iron yang mudah diserap dan dapat menyihatkan folikel rambut. Iron memudahkan penyerapan nutrien lain oleh folikel rambut. Ia mengandungi sulfur yang dapat menggalakkan pertumbuhan rambut baru dengan cara merangsang peredaran darah dan mengurangkan inflamasi yang dapat mengurangkan rambut gugur. 

#7. KACANG SOYA
Kajian menunjukkan kacang soya dapat membantu pertumbuhan rambut kerana spermidin yang terdapat di dalamnya. Kacang soya juga merupakan sumber protein terbaik yang bagus untuk rambut yang sihat dan kuat. 

#8. KACANG WALNUT
Kacang walnut kaya dengan biotin, omega 3 dan vitamin E. Vitamin E membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA. Kekurangan biotin dapat mengurangkan rambut gugur. 

#9. TIRAM 
Tiram kaya dengan zink. Kekurangan zink akan menyebabkan rambut gugur dan juga menyebabkan kulit kepala kering dan berkeruping/bersisik. 97% daripada rambut kita terdiri daripada protein. Tiram kaya dengan protein, dan juga iron. 

Jika mengalami masalah berkaitan rambut seperti rambut semakin menipis dan juga gugur, bolehlah cuba amalkan makanan-makanan di atas dalam diet seharian kita. 

Entri berkaitan :